Topeng....

Setiap ketika kita bertopeng... tatkala  menunaikan tanggungjawab kepada yang Maha Esa... terangkat hijab seketika namun kekadangnya terlabuh jua bilamana terasa adanya manusia yang memerhatikan kita...

mengapa perlu ada topeng di antara kita.
Ingin sentiasa dipandang muliakah kita?
Punya 2 watak kah sebenarnya kita???
atau.... perihal rahasia yang tidak bisa dipandang oleh manusia biasa.

Terpacul persoalan ini bilamana aku menerima catatan rekod capaian internet domainku. Terdapat manusia yang begitu ghairah masuk ke site pornografi dan dengan rakusnya memuat turun gambar dan movie lucah...
Perlu kusediakan jawapan kepada pegawai atasan... mengapa masih kedapatan lowongan tatkala sekuriti telah diperketatkan.
Dengan kadar seloroh aku tanya soalan itu kepada amoy sepejabat....
apa yang seronok dipandang... fesyen baru kah ataupun fesyen zaman batu yang dipertontonkan????
dia ketawa sahaja... nanti awak takde keje pulakkk... katanya.

manusia ini rupanya punya tendensi untuk suka memerhatikan sesuatu yang menjadi rahasia orang lain.. dan merasa gembira bila memperolehinya dan tambahan lagi bila dapat berkongsi dengan yang lainnya.
"Pergh.. aku tengok gambar dia tak pakai tudung.."
"Fuh... kain dia koyak ... nampak punggung.." akakakak

Itulah yang merangsang yang empunya tubuh mempamerkan asetnya... yang berkamera digital pula mula berkarya... sang sutradara digital pula merekacipta halamannya, yang opportunist pula menjana kewangannya dan yang suka kepada menjilati lekuk erotis rahasia orang lain pula sibuk mencuci mata....

lalu aku pula...
berlagak alim dalam memberikan katadua kepada pesalah supaya mengurangkan aktivitinya.... hmmmm.... lupakah semua... aku juga manusia...
terlihat akan lekukan erotis rahasia manusia lain juga bisa menggegarkan jiwa????
Namun aku harus pandang jua dalam mencungkil bukti kesalahan mereka

ketika menatapnya.. aku tertanya...
apa menariknya rekahan itu... ??
lekukan itu... ??
bengkakan itu ??
dan juga panjang dan diameter tonjolan keluar dari torso itu... aku tak tahu.
Namun... setiap manusia jantan-betina teruja ke arah itu.
Sexy Hippo

Kau tahu maksudku.... jangan cuba bertopeng didepanku..

kerana aku TAHU....
aku juga kadangkalanya punya reaksi selayaknya sepertimu bila disapa spontan begitu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...