Lidah tak bertulang

Perghh.. tajuk killer betul... memang lerr lidah tak bertulang.. kalau bertulang, kena tergigit dan patah tulang lidah... camana ndak casting...???
Boleh kerr disimen lidah tu... ko jumpa bomoh untuk urut lidah lagi lerrr.. muntah cecet laaaa
pasaI TU LERR LIDAH MEMANG TAK BERTULANG.

Didunia kini semuanya kena ada black and white. Pasal tu firma guaman dan loyar-loyar buruk bertaburan kini ada banyak permintaan. Sediakan dokumen sekeping, tukar nama dan alamat... print bebanyak dan claim rm400 sekeping, orang masih bayar.

Sekali jual tanah, 50lot... sekeping 400, buta saja dah buat RM20K. Tapi, kena bayar gaaakk... kotidak, camana orang yang membeli tanah itu pasti bahawa duit yang dibayar berbaloi dengan tanah yang dibeli, begitu juga si penjual... camana nak pastikan barang yang dijual setara dengan wang yang diperolehi.
Kisah tentang bulan



Tidak pernah ada manusia jujurkah di dunia ini....????
Kalau laa ada... mana nak cari. Tepuk dahi tanya otak... apsal aku sendiri ponn tak pernah berlaku jujur kepada diri sendiri... apatah lagi buat orang lain yang tiada berkaitan.
Nana, Imran, Ein dan Piya

Si penjual khuatir pembeli lari dan sipembeli plakk takut terbeli air liur yang dijual. lalu dilantik peguam yang menyediakan kertas-kertas bertulis rapi dan bertanda-tangan. Kerana dia dilantik, maka kena bayar upah lerr... perghhh...!!! tidak adil sungguh dunia ini....
Lumut 2010

Dizaman kanak-kanak dulu, memula aku terasa ditipu ialah masa main guli.

Ada sorang budak senior tengok kami bebudak dok main guli. Dia pinjam guli 2 biji buat modal dari aku. Satu boh dalam bank dan satu lagi jadik gunum... pasal dia pro, abis kami kena potek... dia take all dalam bank, jadi dia ada 8 bili guli, dia bayar balik 2 bijik yang dia pinjam kat aku.. main lagi.. sampailah last sekali abih guli kami jadi milik dia... cheh!!!!
Wajah sayu Ein

Masa tu aku tuntut balik hak aku, aku kata, dia jadik aku punya player... bukan pinjam.. so kemenangan dia sebenarnya hakmilik aku... itulah kenyataannya, namun orang yang lebih tua kat keliling tu ponn dok pegang pendapat bahawa aku budak hingusan yang tak reti peraturan... dah kalah ndak nangis... punye laaah sakit hati aku masa tu. Jungle law: those who fits will survive!
38 tahun dulu... ini lerr aku
dan ubatnya bergasak lerr.. hero kecik, musuh besar seperti biasa, penamatnya aku nangis bukan sahaja kerana sakit kena sekeh... sakit di hati lebih parah dan dia blahh gitu jerr... Duit singgit abih buat beli guli dan kena tipu abis kesemua!
Mungkin ada peguam dikalangan kami, namun buat masa tu dia tak berbayar, so tanak masuk campur laaaa...
Erman & Jaja

Walau dah berlalu lebih 35tahun dahulu... masih teguh terpahat dalam ingatan aku... itulah pertama kali aku ditipu dalam perjanjian yang tak bertulis.
Geng: Pengembaraan bermula...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...