Latah bercelaru.... pelik?

Pernah tak anda lalui perkara ini... setiap kali ada kerosakan ataupun bunyi pelik yang keluar dari mesin atau komputer atau kereta kita nak di tunjukkan kepada pakar.... tetiba ianya hilang. Tak menunjukkan masalah langsung. Semuanya smooth jer.. like nothing ever wrong anywhere before
Pelik...

Pernah tak kita lalui.. tempat yang paling gatal di belakang badan kita adalah tempat yang tak boleh nak dicapai tangan untuk menggaru... hak hak haaaakkk
Pelik...

pernah tak terjadi... bilamana kita keluar ke suatu tempat untuk mengelak dari bertemu dengan orang yang kita kenali... kebarangkalian untuk bertemu sangat tinggi. Kami keluar makan ngan member lepas abis project... ingat nak lepak lama kat Secret Recipe tetiba GM masuk ke tempat yang sama... akakakaka
abih berselerak buat-buat carik selipar bawah meja...

Pernak tak tengok bilamana kita ubah laluan bila jalan jammed, laluan yang kita tinggalkan akan bergerak lebih pantas kedepan... dan kita rasa tebal muka kerana dah buat silap percaturan dan yang lebih perit bila kereta sebelah lehh tengok kita dengan senyum kambinggggg...... akakakak

Pernah tak merasa bahawa jika kita hadir awal dalam setiap pertemuan, meeting ataupun waktu nak keluar makan tengahari tepat pada masa tidak pernah ada orang menghargainya... yang keluar lambat boleh buat selamba dog jerrr...

Pernah tahu tak bahawa orang yang kurang cerdik nih... kalau dah ramai sangat, akan menyebabkan kita sengsara. Aku bengang pasal kena escalate tentang isu yang tak masuk akal orang yang waras hanya kerana depa nih tak tahu camana ndak pakai komputer....

dan begitu juga dengan senario politik di negaraku ini. Sorang is very skeptical in sharing his DNA while the rest of his opponents member busy demonstrating on the roadside pushing him to surrender his enzyme. Kalau suruh budak darjah 2 ponn dia tanak kasik punye laaahhh.... nampak sangat ada orang yang seronok on the other side waiting their enemy to dive into the hole created by them. Cam budak-budak ingusan jerrr... malu aku dengan orang Jepun.... walaupun negaranya dilanda musibah, takde plakk dengar citer looting  (kecurian) ataupun berebut dalam menerima bantuan makanan. Sanggup queue dalam barisan yang panjaaaang....
Bagi aku.. itu fenomena pelik pasal takde kat daerah sini... kalau kat sini, queue kat tol ponn berebut..


Disebalik ketegangan itu, tetiba bilamana Janakuasa Nuklear Fukushima Dai-ichi meletup... heboh cerita kita punya perancangan janakuasa nuklear 2021 menghiasi berita arus perdana.

hak hak hak.... latah bercelaru nampaknya rakan senegaraku nih.

Erman... buat kali yang ketiga kalinya... dijangkiti Coxsackie or  HFMD (Hand Foot and Mouth Disease) Type A dimana ianya akan menyebabkan herpangina (painful blisters in the mouth, throat, hands, feet, or in all these areas). Kepada yang membaca, sudi kiranya mendoakan akan kesejahteraannya InsyaAllah.


ErmanRadzi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...