KasihSayang: antara yang nampak dan tidak.

Kasih yang nampak dan kasih yang tidak nampak.
Tangible and intangible love rendered.
Ein sayang ibu

Pagi ini terpanggil aku untuk membicarakan tentang kasih mak dan ayahku. Samakah ia dengan kasih yang aku sedang curahkan terhadap anak-anakku kini.
erman dan Ein memang bijak. Aku semakin kagum dengan kuasa pemikiran mereka bila aku ajukan dengan pelbagai persoalan yang tegasnya sesuai untuk dicernakan oleh mereka yang lebih dewasa umurnya.
Eisya dan Nurul di Morib

Malam tadi sepertimana biasa Ein sibuk menolong aku menyidai kain basuhan di tingkat atas. Aku kutip kain yang kering dan terus melipat disitu juga, sesekali aku mengeliat betulkan kedudukan kerana lenguh. Dia spontan bertanya, kenapa abah sakit belakang. Aku beritahu dia, aku kini dah tua, pasal tu cepat letih, sering sakit dan lenguh sana-sini berikutan perubahan cuaca dari panas ke sejuk dan pelbagai benda aku sengaja unjurkan kepada untuk melihat sejauh mana dia dapat faham persoalan yang aku lemparkan...

Abah kan masih muda lagi... kalau tua yang macam atuk tu. Rambut dah putih dan muka dah berkedut dan tak boleh bawak kereta. Dia terus-terusan memberi hujah yang dia tak dapat terima kehilangan aku... dia tak dapat langsung terfikir bagaimana untuk meneroka kehidupan ini tanpa aku disisi.
Kaedah menggigit biskut Oreo sambil goyang tangan



Aku tilik wajah dia dengan sayu. Aku kata...
Ein... semakin Ein dewasa, abah akan semakin tua dan kematian adalah suatu yang pasti. Tatkala tiba waktunya, abah akan pergi dan Ein pula akan meneruskan kehidupan ini. Suatu masa nanti, rumah ini bukan lagi rumah abah... orang akan kata ini rumah Ein, Erman dan Kak Eisya. Siapa mereka itu... itulah anak-anak abah yang telah berjaya meneruskan kesinambungan keturunan abah.
dia tukar topik ke sini sana... lepas tu
dia terus nyanyi lagu iklan Scotts Emulsion:
"tak kira panas atau sejuk kami bermain penuh minat..."
minat tu apa abah....
Mana ayam nieh...

Anda harus sedar akan peri pentingnya seorang abah untuk mengetahui segala-galanya dan sentiasa menjadi hero buat anaknya. Kena tahu makna perkataan malah kena terus tahu lagu yang dia nyanyikan... sama ada lagu iklan or lagu kanak-kanak... masa tu, mertabatmu adalah HERO di mata anak-anakmu.

Erman tanak jadi budak baik.. nak jadi budak antu??? Pening abah....


Pepagi lagi Erman dah bangun... dia tido dengan ibu. Aku tanya seronok tak tidur ngan ibu... dia angguk. Yang mana best, tido ngan abah or dengan ibu???
killer question. Dia jawab best dengan abah-ibu.
Hmmm... jawapan bijak.

Boone & nana
Antara ibu dah bapak... tiada bezanya kasih mereka. Cuma ada yang menunjukkannya dengan ketara dan ada pula kasih yang ditaburkan secara tidak ketara namun keduanya sama pentingnya dalam membina character diri kita. Apakah kasih yang aku berikan kepada generasiku itu memadai dengan kasih yang aku kutip dari mak dan ayahku...???
Kakak Ein sedang merawat tangan Erman

Benarlah kata orang... kita tak akan merasai kehilangan andainya kita tidak memiliki. Selagi ibu dan ayah masih ada... kita mangli dan tak merasai kasih sayang mereka, namun bila keduanya telah kembali kerahmatullah... barulah kita sedar... akan teriknya panahan mentari yang dulunya dipayungi oleh kedua ibu dan ayah kita. Merekalah Guardian Angel yang diutuskan Allah untuk mendidik, membelai, mengajar kita tentang erti kasih sayang yang sebenar dan membina sahsiah diri. Terima kasih Mak.. terima kasih ayah kerana membesarkan aku dengan kasih yang tak pernah terkurang.
Piya budak sekolah KimSeng BM dan Nana budak Convent BM

Jom kita hayati lirik awan nano nyanyian Hafiz nih sesama...



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan...awan
Pabila terik-panas
Segera hadirnya memayungi.. diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan... kasehnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi ...
dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai... jejarimu

Kasehnya
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekaseh sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu... ooooo-ooo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan... awan
Sehingga tak mungkin terlupa
berikan belas sedari... dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitispun air matamu...kasehku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi..
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai... jejarimu

Kasehku
Kaseh tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
walaupun tak akan tercapai jejarimu... oooo-oooo

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi ...
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai.. jejarimu

Kasehku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...