18 Mac 2000 kisah saspen.....

Tak ada apa yang spesel ponn pada hari tu. Cuma aku agak kalut...  balik kerja hari Jumaat tu, terus bergegas ke KL menuju ke rumah PakWi (Alfatihah untuk arwah). Zana... technician aka member kamceng ponn aku bawa sekali ke KL. Semua ahli keluarga dah sampai malam tu dan bersiap siaga untuk menuju ke persinggahan seterusnya dimedan tempur yang kedua... behind enemy line... kat Sijangkang, Selangor.  The next day, siap-siap untuk akad nikah lepas tergempar kerana Jurunikah sibuk nak ke mesyuarat agung UMNO, jadi lepas Maghrib akan dilaksanakan ijab dan qabul di rumah pengantin perempuan kat Taman Seluang, Banting Selangor Darul Ehsan.

Sesampai ke area Sijangkang, diarahkan menunggu di stesen minyak Mobil. Tetiba ada sebuah Mercedes hitam parking bebetul dibelakang kete... aku ponn pelik gaak.. apsal orang nih double-park aku... banyaaaak lagi ruang kosong..rupanya, itulah wakil dari pihak seberang. Seterusnya kami bawa masuk ke dalam perkampungan Sijangkang yang penuh dengan rumah bunglo kampung, tanah lot dan kami singgah di sebuah banglo yang mewah yang punya suraunya sendiri. Pergghhh... kagum aku tak habis sampai hari ini...

Lepas Maghrib bergegas aku dibawa ke medan tempur yang sebenar... jurunikah hadir bersama meja dan kerusi dibawa masuk serentak. Terkejut aku dan juga ahli rombongan dengan aktiviti yang tak terduga. Aku ingat kena duduk atas bantal besar ditengah-tengah ruang tamu, namun sebaliknya diangkatkan meja dan kerusi masuk ditengah orang ramai yang sedang senak bersila-panggung kat lantai. Anak dara dibawa ke pelamin, borang dikeluarkan dan diisi dihadapan hadirin.

Kamu kerja kat mana??
Berapa pendapatan bulanan kamu???? tanpa selindung dan cukup kuat suara yang memecahkan sunyi malam untuk didengari oleh semua hadirin. Nasib baik aku ingat semua figure basic salary aku masa tu... akakakakaka
Segan... hmmm hampeh... masa tu aku tak kira segan daaahh... target, aku mesti selesaikan qabul dalam senafas jerr.... anak jantan katakaaaann.

Sedang aku bersedia untuk disoal tentang hukum-hakam berkenaan aqidah dan rukun... tetiba aku dikejutkan dengan serangan yang tak terduga. Tersasul gakk aku bilamana disapa sebegitu.... nasib Aman pegang IC dan   business card aku.... hak hak haaakk...

itulah kisah saspen yang aku nak kongsi ngan korang pasal tarikh pernikahan aku 11 tahun dahulu... pada 17 Mac 2000, sehari awal dari yang dijangkakan.

Alhamdulillah kini aku dah dikurniakan dengan 3 orang cahayamata untuk menyinari dunia dengan corak dan wangian semerbak mereka. Eisya Salwa, Ein Nadira dan Erman Radzi.
Ein, Erman dan Eisya di Penang Youth Park
Alhamdulillah.. syukur aku dengan nikmatMu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...