Makan Suap: Kisah teladan...
minggu depan aku ambik leave on monday.. tenangkan fikiran sementara selasanya pula cuti maulidurasul. Rabu dan Khamisnya pula aku keluar untuk berlatih dan kembali bertugas pada hari Jumaat.
"Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia," kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
"Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia," kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulrkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikan langsung.
Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah S.A.W. itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah S.A.W. . Seperti biasa juga, Rasulullah S.A.W. ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.
Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar r.a. pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah r.ha yang juga merupakan isteri Rasulullah S.A.W. untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
"Wahai anakku Aisya. Apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan setiap pagi apabila baginda ke pasar?" Tanya Aidina Abu Bakar r.a. sebaik duduk di dalam rumah Aisyah r.ha.
"Ayahandaku. Boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu," beritahu Aisyah r.ha sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
"Apakah dia wahai anakku, Aisyah?"
"Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu," beritahu Aisyah r.ha kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
"Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu," beritahu Saidina Abu Bakar r.a. kepada anaknya.
Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar r.a. membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah S.A.W. bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar r.a segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.
"Hei...siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?" Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar r.a. . Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar r.a. itu.
"Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi," jawab Saidina Abu BAkar r.a. sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
"Bukan! kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya," balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar r.a yang masih memegang makanan itu.
"Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya," beritahu Saidina Abu Bakar r.a. sambil mengesat air matanya yang sedih melihat perubahan pengemis buta itu.
"Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?" Tanya pengemis buta itu.
"Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya," jelas Saidina Abu Bakarr.a. dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
"Dia Muhammad Rasulullah?" kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
"Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia," beritahu saidina Abu Bakar r.a. . Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
"Benarkah dia Muhammad Rasulullah?" Pengemis buta itu mengulangilagi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
"Ya benar. Kamu tidak percaya?"
"Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya," ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.
"Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita," beritahu Saidina Abu Bakar r.a sambil menepuk bahu pengemis itu.
"Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah," ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar r.a. . Keperibadian Rasulullah S.A.W. telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah
Ulasan