Tirai semakin dilabuhkan....

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Aksi insan bermula
Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya


dari dulu, aku memikirkan bahawa hidup ini tiada pengakhirannya kecuali bila pendokong watak itu mati. Namun, percayakah kalian bahawa masih ada yang tetap berminat memerhati. Sama ada pemerhati berada diatas, disisi mahupun di bawah.

Yang memerhati kita dari atas adalah Yang Maha Esa. Ibu dan ayah kita pemimpin terdekat kita... manakala pemerhati dari sisi pula adalah rakan segagan kita... yang kita kenal mahupun yang tidak kita kenali...

dan yang memerhatikan dari bawah pula, ialah downline kita, junior kita, adik beradik yang lebih muda dan juga anak-anak kita.

Bagaimana jika kita sedar kita diperhatikan. hero macho ponn leh jatuh pokok wooo.... kalau tahu dia diperhatikan.

hari Isnin yang lalu, aku tidur tengahari... tetiba dalam bilik, selain dari Ein aku tersedar ada anak jiran aku... rajaku bawa dia masuk suruh main dan tengok kartun sementara amminya pi cari along yang belum balik dari sekolah. Cuak juga bilamana anak yang baru masuk darjah satu belum balik ke rumah walaupun rumah cuma sepelaung jerr dari sekolah.

Marina AbdullahAfi nih kurang biasa dengan aku, lain lerr ngan abang dia haziq. Setiap kali mata aku bertembung dangan mata dia... dia pura-pura tengok tempat lain dengan lagak gaya yang pelik. Aku seronok nyakat budak nih... tapi tak de laa extreme sangat.. takut dia bantai melalak satni...  sure aku kena sound ngan rajaku.

Bila Haziq dah balik... depa join baru budak nih tunjuk belang dia... panjat katil 2 tingkat, berebut mainan etc etc.... akakaka... terhibur tul aku petang tu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...