Pasangan hidup

Maka bermulalah suatu episod kisah kita pada hari ini, menjelang ke ambang tahun baru Kelinci atau Arnab bagi kaum tionghua dan dengan kesibukan aku yang berganda... aku berusaha untuk menyiapkan projek mega secara maya. I've reach to the point of no return... so the war has begun.
welcome to the real world...!!!
Virtual machine: aku memang minat sejak idea ini diperkenalkan. Aku submit proposal sejak akhir tahun 2007 namun impian ini hanya menjadi kenyataan pada tahun 2010. Itu pun setelah aku campur adukkan semua perkiraan untuk merendahkan nomor kewangan disitu. Biasa laaa... management nih, untuk menarik perhatian mereka, cubalah tunjukkan statistik yang mengurangkan belanjawan tahunan mereka... perghh seronok.
ini...kisah tentang bulan.

Dalam keserabutan yang begitu menekan jiwa... aku cuba mencari ketenangan dengan beralih ke arah jendelaku yang menhadap ke lautan luas... kelangit biru... dan kehijauan hutan...
Dari situ aku beroleh kekuatan untuk kembali bersaing di dunia nyata. Sebagaimana Avatar yang berperang dalam tidurnya...

Sebut pasal Avatar dihutan, aku kepingin untuk berkongsi cerita tentang pasangan hidup.
Bukan kisah AVATAR yang warna biru dan berekor tuh punya pasangan hidup laa... spesis kita nih..
homosapien sp.

Entah bila bermulanya nama aku di daftarkan dalam Tagged aku kurang periksa, nih keje BT Beh lerr.. asyik antar invitation untuk aku join Tagged... tetiba jerr aku dah jadi ahli tagged... awal sebelum aku join facebook. namun mutakhir ini, ramai plakk yang cuba berjinak-jinak untuk berkawan. Ada satu awek nih dia punya tag sungguh bermakna...
"Seandainya ditakdirkan tiada siapa yang baik untuk menjaga diriku nescaya akan aku jaga diri ini sebaiknya dengan kasih Tuhanku..."
perghhh....
ayat nih trigger aku untuk menulis tentang pasangan hidup yang saling menjaga antara satu sama lain sepanjang kehidupan didunia ini. ko baca dalam paper arini... Jejai ponn break ngan Fasha... belum submit hape-hape lagi dan break. Anyway... sebelum tu jom kita nyanyi skeet...
Sohaimi Mior Hassan-Ana Raffali- Ultimet

kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
hantarlah rombongan meminang dengan segera
agar kekasihmu tidak akan disambar buaya

boleh pandang-pandang
jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang bertambah sayang
biar malu-malu
biar segan-segan
kerna malu itu perisai orang beriman.

yang aku tahu... pacaran tuh berinai, dan hasil kata tersebut.. berpacaran... maknanya berpasangan. jantan dengan betina, lelaki bersama wanita. so.. avatar jantan dan avatar betina tak termasuk lerr....
Noer in Concerto de Carrefour

kesimpulan dari tagged yang aku terima dan juga cerita dari lagu di atas... aku kisahkan disini. dalam mencari pasangan, ianya bukanlah semudah yang disangka. Ada yang asal jumpa jerr dah terus beriya-iya ndak ikat... kerana hati dah sayang.. memang tak salah. Cuma takutnya, jumpa plakk sorang lagi yang leeeebih sejengkal baiknya, serasinya dan ngamm nya dari pasangan pertama... hah.. nak wat camana... tinggalkan cam tu jerr..??? or amik keduanya... atau buang yang lama. Hmmmm... takutkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ada gaak awek yang pasang spare tyre kekalau balak dia beralih angin... selagi tak diikat maka sang dara akan terus menahan lukah... mana tahu dapat ikan yang besar, yang cantik sisiknya, yang banyak lemaknya.. cam arowana gold or red arowana... hmmm leh lerr tukar selera.

wanita: sukar dimengertikan
Bagi yang tersangkut lukah tadi.. kalau dia ponn main acah-acah jer... dah nampak lukah sesaje masuk untuk test market tak pe aaa... camana kalau dia TERmasuk untuk pertama kalinya dan terus suka kepada tuan empunya lukah tersebut... maka, sudah tentu ada yang terluka.

pernah pujangga mengatakan... ntah camana pujangga nih aku sangkakan punjabi yang berjanggut dan berserban satu ketika dulu eheheheh...

Senang citer... biarlah aku jadi punjanga tersebut di 2011 nih... maka sesungguhnya dalam mencari pasangan nih.. boleh diibaratkan masuk kamu ke dalam hutan yang tebal bersama camera Nikon D7000 or canon EOS D500 dan keluarlah sekiranya kamu telah  berjaya untuk mendapatkan gambar flora dan fauna yang kamu amat sukai kerana keunikan, keintiman serta adanya ikatan bipolar or ikatan dubel  dan keserasian kamu dengannya.

Hah.. dah aku kasik clue... tunggu apa lagi.. masuk lerr... ke dalam hutan maya kamu itu.
kalau kamu suka tangkap foto hantu, maka hantu lah pasangan kamu. Kalau bunga bakawali yang berjaya kami cari, rezeki kamulah.... kalau avatar yang kamu cari... bertahun lerr gamak nya kamu kat dalam tuh...

Kisah 1:
Ada yang keluar sebaik sahaja selangkah dia masuk kedalam hutan. Terus tangkap gambar bunga seri pagi yang begitu ayu dan segar namun buat sementara sahaja, bila mentari kian meninggi, semakin layu menguncup... Namun baginya, itulah yang terbaik kerana dia juga tidak selamanya gagah untuk meneruskan perjalanan ke dalam hutan yang penuh onak ranjau itu...
Mereka nih lerr golongan yang jumpa jodoh sebaik saja abih belajar... mungkin dia dan pasangannya teruskan pelajaran bersama. Jika dilihat keduanya, tak de la hape yang hebat... namun mereka bagaikan tak dapat dipisahkan... melekat dan terus melekat mengharungi badai ombak yang ganas. Mereka dan dunia mereka yang kurang difahami oleh orang luar dan mereka kekal bahagia bersama didalamnya.


Kisah 2:
Ada juga mamat yang setelah berjumpa yang menarik... cuba cari lagi yang lebih menarik.. dan seterusnya tanpa jemu terus mencuba untuk mencari yang terbaik.. namun kadangkalanya dia berasa errhkkk... foto bunga yang aku ambil tahun lepas is the best laa... namun bila dia kembali... foto bunga tersebut sudahpun di submitkan oleh orang lain.. hmmm melepas lerr.. dia. Last last dia nih yang berpengalaman luas dalam dunia senifoto cuma dapat foto yang biasa-biasa jerr.....
Kena la citer nih dengan mat bunga yang banyak awek... dan akhirnya dia kahwin ngan awek yang biasa jerr.... orang yang dipermain-mainkan dah pilih yang lain.
Banyak dah aku tengok citer nih.
Sentuhan listrikmu

Kisah 3:
Ada kisah sorang yang pro, berikrar pada dunia yang dia adalah the best among the beast... akakakak, i mean among the BEST. Dia tak akan keluar dari hutan tu selagi gambar terbaik tak diperolehi. hari berganti hari, tahun bergalang ganti.. pilihan terbaik masih belum diperolehi, dia sebenarnya sedang bertarung dengan ikrarnya sendiri dan takut untuk submit hasilnya kerana khuatir akan ditertawa oleh rakan yang lain kerana mereka telah ponn berjaya meletakkan foto terbaik mereka di wall of fame mahaguru. Sehingga kini, setelah umur menjangkau senja.... dia terus terusan berada dalam ketakutan itu dan itulah berakhirnya kisah dia.... sehingga ke akhir hayat masih teruna.

Kisah 4:
burger belum sampai lagi niiii....
Mamat ni sempoi... dia cakap kat senior dia, bagi lerr nasihat yang mana bagus, dia terus snap foto dan submit. Tak de plak rasa nak ubah-ubah lagi dah. Ini jenis manusia yang ikut kehendak mak bapak dia... or nenek dia yang pinangkan pasangannya. Tak bersorak dan tidak menidak.... ikut jerr... kalau bahagia dia terima, kalau kecewa, ditudingkan jari ke arah ibubapa nenek moyangnya. Ape susah...
Biasanya senior dia akan jamin lerr yang terbaik.... disamping segala keperluan kebendaan di penuhi, so all u have to do is just kayuh jer laaa... sapa tak nak.

Kisah 5:
Mamat ni dah submit dah satu dulu dan kini kembali ke hutan itu secara senyap-senyap untuk mengambil gambar lagi kerana minatnya ke arah itu kian tak terbendung. Bila dapat... dia submit lagi satu. Upon approve... dia kembali semula ke tabiat lama berulangan selagi tak serik. Ini cerita mamat yang kahwin lebih dari satu dan maksimumnya 4 dalam satu masa.
Nasi kukus APOLLO bersama tauke lepak kat moto

Kisah ini mungkin berlanjutan hingga ke-n (satu nombor yang aku kurang pasti...). Ini pandanganku dari seorang lelaki. Mungkin kisah aku kali ini bakal membuka mata dan minda seorang perempuan untuk mengklasifikasikan kehidupan mereka pula aku tak tahu. belum masanya untuk aku nukilkan pandangan dari arah mata orang lain yang kurang berbicara denganku.
Erman ada satu cerita.

Salam tahun Arnab bagi kaum tionghua dan selamat bercuti bagi yang lainnya. Aku ndak bercuti gaak ke arah selatan untuk menghadiri kenduri Raja Adam kat Klang. Mamat ensem (ala-ala artis Singapura la plakk...) nih penah tinggal bersama kami suatu masa dahulu. Rajin orangnya... bertuah pasangannya....dan sebagai menghargai kehadiran beliau dalam hidup kami sekeluarga... aku ingin memenuhi jemputan dari dia dihari bahagianya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...