Kisah Jumaat kliwon.... yang siru!

Dalam kalendar jawa ada pon-kliwon. Dulu aku pernah jumpa satu excel file untuk tentukan pon-kliwon nih... kaedah kira hari dalam kebudayaan jawa. Kisah yang termaktub dalam kitab, diceritakan bahawa bila berkembangnya anak adam sejak keluar dari bahtera nabi Noh di daerah nusantara ini, ianya dikenali sebagai orang jawi... termasuklah orang melayu, jawa banjar bugis etc etc namun orang cina dan india plakk memang dari pasangan yang lain. Makanya, orang jawa boleh dikira sebagai induk namun kelompok melayu ini ramai di semenanjung maka dominanlah mereka disini.

Noer berketurunan Jawa-Bugis

Dulu dalam kitab, ada menyatakan, bila meminang, perlu dinyatakan keturunan selain dari kecacatan etc etc kepada bakal pasangan supaya persetujuan dicapai sebelum ikatan dilakukan. Musykil gakk aku, apsal bangsa keturunan perlu... sampai sekarang aku masih tak dapat terima kenyataan nih... namun itulah fakta!

Kisah jumaat nih, bukan kisah malam jumaat untuk pasangan yang dah berkahwin ataupun kisah seram dalam slot seram sabtu kat astro....namun lebih kepada citer sembahyang Jumaat aku kat masjid Huda.
Sebelum berwuduk, pekena pisang dulu... jengah gerai jualan dulu, kutip fliers iklan kat muka pintu dulu sebelum masuk duduk dalam dewan sembahyang masjid untuk beribadat.

Ada bebudak dok sembang masa khutbah... aku cuma jeling tajam jer untuk diamkan diaorang namun ada plakk... orang tua yang dok sembang... ada yang sembang ngan anak atau cucu dan ada gaak yang sembang sesama member. Sedangakan bilal dah announce sebelum khatib start " ...jangan bercakap-cakap ketika khatib membaca khutbah, siapa yang bercakap-cakap ketika itu maka sia-sialah pahala jumaatnya. Hadis diriwayatkan..."
Ada yang sempat dok ajarkan kat budak kecik disampingnya berkenaan apa yang dilakukan oleh khatib dan agenda seterusnya acara sembahyang Jumaat... pergghh... ngaji tak abis betul orang nih... aku doakan Allah memuliakan dia dengan Islam.
Erman and Aiman

Ntah camana aritu, aku stuck depan pintu kerana dalam dewan sembahyang utama dah penuh. Bila bilal iqamat, berpusu-pusu orang tolak-menolak dak masuk ke dalam masjid. Hampir tersungkur aku dan pakcik disebelahku... senyum kami dengan telatah manusia nih.
Apa punya siru..!

Ada yang bila meluru kedepan... tapi takde tempat kosong... kena pulak orang saf belakang dah ponn angkat takbiratul ihram... dia selamba badak jerr tolak orang tuh untuk keluar....
Apa punya siru...!
koner baring mat rempit

Pelik gaak aku... dengan sikap manusia nih... ada yang tanak gerak kedepan walau didepannya kosong pasal ndak sembahyang bawah kipas.. ada yang tolak orang lain untuk berebut tempat hadapan tak kira tua muda sakit etc etc... kalau ndak rebut tempat depan datang lah awal... bukan datang lambat tapi tendang terajang orang lain utnuk merebut tempat di saf depan....
Apa punya siru..!

dan yang paling pelik bagi aku plakk.... lepas usai sembahyang... mamat yang sama berebut plakk ndak keluar sebelum sempat imam baca doa. Abih orang yang berdoa dilangkahi untuk keluar cepat.
Apa punya siru...!

Dan, paling cepumas ialah orang yang terus sahaja berdiri untuk sembahyang sunat sebaik sahaja imam habis membaca doa. Aku bangga dengan mamat nih tapi... dia sembahyang sunat didepan pintu keluar... ndak tunjuk kat sapa????  bakal pak mertua kerr????
orang yang ndak keluar terpaksa mengelak dan menyebabkan kesesakan lalulintas di depan pintu keluar dewan sembahyang. Apa punya siru.....!
Megat Helmi

Saf untuk kanak-kanak dibelakang sekali... namun ada yang bawa anak tapi ndak duduk kat saf depan. Dia sembahyang, anak dia asyik buat aksi yang manarik perhatian jemaah lain... seperti membetulkan kain atuknya selepas sujud kerana kain tu terjepit dicelah punggung.
Apa punya siru...!

Kekadang aku rasa macam nak kasi pandangan namun... tak kesampaian. Mungkin boleh pihak jawatan kuasa masjid, kesemuanya diberikan jawatan sebagai area manager untuk lokasi masjid yang besar. So... depa nih tak de laaa bertunpu di saf paling hadapan. Tujuannya ialah untuk melihat kekurangan dan memperbetulkan kesilapan jemaah dan menambahbaikkan susunan. Bila AJK masjid lihat sendiri permasalahan ini, peringatan boleh diberikan melalui pengumuman sebelum azan dilaungkan... supaya, bebudak di saf belakang yang telah disediakan. Ibubapa yang ndak bawa budak... sila duduk area tu. AJK masjid kena berupaya untuk menjadi mubaligh untuk ulang kembali setiap arahan imam  ketika mikrofon atau speaker ada masalah... terputus bekalan elektrik misalnya... makmum di luar bagaikan tertanya-tanaya.. IMAM DOK BUAT APA DAH AA...???? pasal tak dengar langsung.... ada makmum di luar yang masih sujud sedangkan imam dah baca doa kat dalam dewan utama.
AJK masjid kena faham on HOW TO HANDLE CRISIS.
Anak lelakiku Noer...

InsyaAllah, kalau berkesemptana untuk berbicara dengan Ustaz Subri Arsyad, aku ndak bagi cadangan ni kat beliau, pasal beliau tu open untuk sebarang cadangan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...