Hari ini sepuluh tahun dahulu....

Ibu dukung Eisya masa baru dapat kunci rumah Jun 2001
 Sepuluh tahun dulu, aku masa nih dok ada dalam labour room KS Wan Maternity Hospital.  Gabra tak terkira... ketuban pecah sejak semalamnya tapi pagi nih baru ndak ke hospital. Rajaku siap order nak makan roti canai sebelum ke labour room... aku makan sesama tak tak berapa nak boleh telan.... dibuatnya terlabour kat kedai mamak nasi kandar... perghhh... mahu dapat sponsor nasik kandar seumur hidup.
SateKajang jejantas Sg buloh

12.55pm dia lahir.. Hari yang aku duduk cuma ketika bersembahyang dan memandu kereta.... selainnya aku berdiri... bila malam masa tidur... aku kejang otot beberapa kali... namun tarikh ini pada masa itu, hatiku berbunga girang...  lahirnya puteriku... aku bangga.







Walaupun aku mulanya agak terkilan kerana mak dan ayahku sibuk mengasuh cucu-cucunya yang lain dan tak dapat untuk menemani aku ketika menghadapi saat kritikal buat pertama kalinya... namun Alhamdulillah... kupujuk hati dengan bertemankan yang terlebih baik bagiku... iaitu Allah swt Tuhanku...


Langkawi 2005
Eisya lahir dan kubawa balik ke rumah sewa bila berumur 2 hari. Namun, tahap kekuningan yang tinggi dalam darah menyebabkan dia ditahan di hospital Bukit mertajam. Aku pergi bersama emak... kami bertiga bila dia ditahan. Nurse disitu menghalang orang memberikan susu botol kepada bayi. itu memang aku akui, namun aku dengan selamba jer berikan susu botol kepadanya sebanyak 2 auns. Ada sorang macik tuh ingin membantu dengan memberikan amaran kepadaku. jangan beri susu botol, nanti nurse marah. Begitu kuat sehingga semua di dalam wad memandang ke arahku. Lantas aku tanya, siapa boleh bagi susu badan untuk anak saya sekarang pasal ibu dia masih lagi ada dirumah??? Tiada jawapan dan tiada jelingan tajam.  Mula-mula sekali aku menjadi hero buat Eisya disitu....



Semakin matang 
Eisya ditahan bersama ibunya di hospital dan ditempatkan dibawah sinaran ultra-violet. Matanya ditutup dan dia terus terkodek-kodek di dalam tadahan. Menitis airmataku ketika itu... namun aku sembunyikan demi kekuatan buat rajaku. Diluar wad, hujan mencurah-curah bagaikan turut bersedih, awalnya aku lega kerana dapat simpati dari makhluk Allah ini namun bila sampai ke rumah sewa, baru kutahu... ianya adalah bala. 


Rumah kami kosong, lapang untuk Eisya bermain kerana belum ada modal untuk beli perabot.
Dari kejauhan, melaut air banjir dari laman letak kereta sehingalah ke dalam rumah sewaku. Aku masuk dan tengok, segala perabot dan juga karpet di dalam air.... aku lapik batu bata dikaki petiais dan mesin basuh, yang lainnya aku biarkan menjadi biskut yang dicicahkan dengan kopi panas.... Dari situ aku tekad untuk berpindah masuk ke rumah baru kami sebaik sahaja kunci rumah diperolehi.
Pindah ke rumah baru... sunyi.. tiada berpenghuni, cuma kami bertiga menghuni seluruh Taman.

Sempena kenduri manwek, aku lakukan upacara membelah mulut Nureisya, Ustaz Awie membelah mulutnya dengan madu dan kurma. Ruang tamuku berisikan katil besar untuk Eisya dan ibunya tidur.

aku namakan dia Nureisya Salwani. Ramai yang bertanya kenapa tak diletakkan WAN ataupun PUTERI ...  kerana ibunya berdarah keturunan diraja, namun aku tetap dengan pendirian, nama yang kuberikan ini sempena nama Saidatina Eisyah ra adalah yang terbaik dan takan berubah. Terdapat 5 nama ku senaraikan dalam henfon dan Eisya adalah yang terbaik. Antaranya yang menarik ialah Nurezwatul Namira (harimau), Nurlukman Hakimi(reserve kalau anak lelaki) etc etc....

Dirumah Alang Bdr Sunway
Aku sembunyikan kekecewaanku juga kerana jauh disudut hatiku... aku mengharapkan kembar. Ntah idea dari mana ntahh... aku begitu inginkan anak kembar ketika itu. Setiap kali scan, aku perati dalam diam... errkk... ada satu jer ker??? akakakakak
Sampai lah ke saat akhir, Eisya lahir... aku masih dok arap ada lagi sorang yang keluar... akakakak
liar sungguh imaginasi aku masa tu...
dan yang paling aku tok leh lupa.... masa Eisya keluar... aku memang tadak experience langsung tentang baby. Aku tercari-cari mana satu anak aku... tak penah terfikir dibenakku bahawa bayi yang baru dilahirkan berwarna UNGU.

Morib
Panggilan Eisya untuk rajaku aku yang tetapkan... aku tanak dia panggil mama ataupun mak. Sebabnya.... hmmm... sebenarnya masa aku kecik dulu... aku begitu teruja bilamana dengar seorang budak tu memanggil ibu. Lalu aku jelmakan dalam kehidupanku. Biarlah dia panggil aku abah... kerana bagiku... nama abah itu begitu sinonim dengan seorang superhero atau adiwira yang sentiasa melindungi anak-anaknya. itulah mulanya panggilan ibu adan abah.

MoU pertama dalam hidupku, baby akan dibawah jagaanku bermula malam sampai ke pagi. Tak pernah aku abaikan MoU itu sehinggalah muthakhir ini, bilamana sakit kakiku membataskan pergerakan. Namun Alhamdulillah.... sakit yang hadir sejak bulan sembilan semakin berkurangan dan aku kini mampu untuk membawa mereka bersiar-siar dihujung minggu.
Imej bertudung semakin mendewasakannya.

Sejak kecil Eisya memang tidak menggangu tidur ibunya. Dia nih pula memang mempunyai kegemaran untuk makan.... disebalik tubuh badan yang kurus, dia cepat marah kalau lapar. Nak minum susu, makan nasi etc etc... setiap malam memang tugaas tetap aku kecuali bilamana aku mc ataupun ditempat yang aku tak biasa.
Pukul..??? anak-anak aku memang jarang kupukul... kata bijak pandai.. sayangkan isteri tinggal-tinggalkan,sayangkan anak, tangan-tangankan. Namun aku terbalik... bagi aku cukup sekadar memberikan pengajaran melalui kata-kata tersirat maksudnya. Kuajar mereka berfikir... dan yang kulihat jauh sekali pemikirannya... adalah Ein. dan dia sering melatih adiknya Noerman..
Ein & Noer dok relax padang kota....
I praise Allah for sending me you my love....

Eisya bukanlah seorang pelajar kelas pertama... she is not gifted to be bright but talented to be the one. Dia kena usaha lebih untuk menempatkan diri dikategori A. Aku sering minta dia hadiahkan abah dengan A.... tiada hadiah yang lebih berharga pernah aku pinta darinya dan dia sehingga kini berusaha keras untuk menyampaikan permintaan aku yang agak keterlaluan itu. Sepanjang hidupku aku pernah lihat insan terpilih... diamana usahanya yang sedikit membuahkan hasil yang lumayan manakala terdapat juga insan lain yang perlu bertungkus-lumus untuk hasil yang serupa. oleh itu aku mahu dia sedar lebih awal dariku... iaitu, kita bukanlah berada dikategori kelas pertama... untuk kekal bersama kelompok itu.. usaha yang dua kali lipat perlu dipraktikkan. Dulunya, bila aku masuk dalam kelas yang digabungkan matematik dengan sains komputer... aku sungguh tertekan. Pertama kali dalam hidup aku melihat keputusan D untuk metematik kerana kelas tu sebenarnya bertujuan untuk student yang mempunyai pickup yang laju dan skor maths over 95%. Bila masuk kelas, aku lebih kepada tengok orang lain jer... mereka belajar punya laju. Express sungguh si lecturer mengajar namun mereka ini mampu untuk catch-up. Masaku habis digunakan untuk mengkaji tingkahlaku gifted humans nih sahaja. Sorang tu, namanya Chot dari Langkawi... masuk kelas cuma bawa kertas sehelai, after class... terus main takraw sampai maghrib... tapi sekarang dah jadi doktor. Aku plakk... hmmm at least aku berjaya dapat pengalaman berguna kat sini. Bila aku join kelas bebudak lain, itupun setelah merayu kat pengarah... aku baru terasa.. bahawa aku just above average kerana ada lagi insan yang lemah dari aku... adaaaa.. ramai!!!! kelas tuh berjaya mengembalikan self-confident aku untuk score... tapi cuma mampu untuk dapat B jerr... setelah rekod lama dipuratakan.

Sepanjang 10 tahun ini, Eisya pernah sekali masuk ke hospital BM specialist... kini dah tukar nama ke KPJ. Register dia di bilik perseorangan, kami berkampung disitu. Aku terus ke ofis dari situ dan balik dari ofis pon kesitu gaak.... hari Sabtu dimana dia boleh balik ke rumah, sepatutnya ami gembira namun berita sedih, arwah Adi kembali kerahmatulah yang menyambut kami. Kami bertiga kemana sahaja. Sehinggalah Eisya masuk ke sekolah tadika, barulah Ein hadir untuk melengkapkan dirinya sebagai kakak. Dia tak suka dipanggil kak long... katanya bunyi macam longkang. Pelik gaak aku.... dia minta dirinya dipanggil kakak. Sampai hari nih... Ein dan Erman panggil dia Kak Ros pasal sangat garang terhadap adik-adiknya upin dan ipin.
Hiking bukit Mertajam bersama jaja
 Suka makan spaghetti dari kecik sampai sekarang. Aku yang dulu tak suka dengan mee italy nih.. kini turut menggemarinya. Pepagi kena nasik dulu baru leh ke sekolah.
Eisya di kampus siswa MAS di UUM ketika graduation Salamiah
 Kegemaran untuk berlari.. dari kecik sampai sekarang. Pasal tu tak lekat isi... Baju yang dibeli dapat boleh bertahan selama beberapa tahun, namun seluar cuma sempat pakai untuk 3 bulan jerr.. lepas tu jadik singkat.
Bertudung buat pertama kali
 Takut dengan lipas... dan juga phobia dengan muntah adiknya.... masa nyenyak tidur ponn sempat lompat ke katil lain bila adiknya muntah memalam.
Kaki mandi kolam

Bersekolah di Convent BM namun, aku tukarkan ke SK Tmn Pauh Jaya, kat depan rumah setelah dia suffer untuk ke sekolah sejak ditinggalkan lari Lisa, pembantu rumahku. Asyik lewat sampai ke sekolah pasal bas sekolah tuh hantar bebudak sekolah lain dulu... dah tak larat nak bertekak dengan pemandu bas... aku tukarkan sekolah dia.
itulah dia EisyaSalwa.... ulangtahunnya yang ke10 hari ini, 10 Januari 2011.
Nyanyian jiwa.... kat Bukit bunga Kelantan dalam siri jelajah pantai timur 2005

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...