Bolehkah engkau akui kebenarannya....

Pohon yang bergoyang tentu ada penyebabnya... kalau bukan kera duku yang panjat... mungkin dibuai angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. juga mungkin dihinggapi burung yang keletihan... ataupun sang gajah menggaru belakang... ataupun gegaran jentera sedang mengorek lubang jamban.
Dan.. mustahilnya pohon itu bergerak sendiri tanpa pendorong. Setidak-tidaknya, mungkin mat jenin sedang memanjat atauponn  ulat sedang bercengkerama... setiap satu kejadian pasti akan adanya proses yang terlibat.
Betul tak???
aku bersama barisan penggantiku
Cumanya manusia berat untuk menilai perkara disebalik kejadian itu sekiranya ianya telah menjadi biasa... lumrah... dan juga tidak pelik. Biarpun ironinya melibatkan kehilangan jiwa yang ramai... kemusnahan besar-besaran dan gegak gempita alam persekitaran... namun dengan berpegang kepada lumrah alam... maka tiada setongkol manusia pun  yang mahu mengambil iktibar.
Begitulah juga dengan kejadian gerak gempa, tsunami, keganasan, letusan merapi, banjir yang diluar musim tengkujuh dan kemalangan kenderaan yang meragut banyak nyawa.

Indahnya kampung halaman tercinta.... namun ianya bukan milik kita selamanya


 Semua berkata... aaaargghh.. itu biasa...
sekarang ini, asal kemalangan jerr.. sure melibatkan bas ekspress... kalau kereta plakk.. sure terbakar. Ada yang menyalahkan RON95, mudah terbakar katanya.
Aku tak boleh komen laa pasal kurang ilmu dalam bidang hidrokarbon nih tapi, sebagai bahan bakar.. memang sifatnye laah untuk terbakar.
Barusan selesai solat asar... sembang ngan mamat facility. sembang pasal hujan yang kian tak menentu. Aku citer masa zaman kekanak aku dulu, hujan kat rumah aku... cuma rumah mak aku dan jiran sebelah kanan rumah jerr hujan.. lebat plakk tuh. Sedangkan jiran di kiri rumah kering kontang. Kami siap kuar reramai kat padang dengan penuh takjub menyaksikan sempadan hujan yang ketara antara basah dan kering.
Genersi pelapis Brado dan Aku
Mungkin pada masa tu... aku dok budak lagi. Tak paham pe maksud di sebalik kejadian... tapi setelah 30 tahun masa berlalu baru aku paham... walauponn kat situ tempat tumpah darahku namun, tanah yang ku berpijak.. rupanya hak orang lain dan bila beralih zaman, bertukar ketua puak... kami secara hormatnya dihalau keluar oleh tuan tanah kedaung.
Tinggalah secoret kenangan kat kampung tuh.. aku sebagai bekas penghuninya... dan kini tinggal sebagai sebuah lagenda. Rumah bernombor 1062 Mukim 11 Kampung Padang Lalang Bukit Mertajam masih tersergam indah untuk dilihat dari kejauhan... penghuninya jelas bukan KAMI lagi.

Kalau ndak dikira sedih... memang tak dapat digambarkan... cumanya semua sedang asyik menyibukkan diri sendiri tanpa memberikan peluang kenangan syahdu untuk singgah sebentar disudut hati....

Aku di lahirkan di situ.. dibesarkan disitu... tanyalah kepada orang kampung situ... siapa tak kenal aku???
Kat situ aku kenal batas ubi... kat situlah aku kenal kebun nenas..
2010 genap 40 tahun kami menumpang
disitu dulu ada kedai pengkalan yang nyonya penjualnya begitu garang, tapi masih lagi mendapat sambutan, pasal tadak kedai lain yang berdekatan.
Disitu dulunya ada titi... melintasi sungai, tempat aku buangkan ais pemberian ibuku kerana malu nak makan dikhalayak ramai.
Disitu ada rumah arwah Pone, teman baik aku masa kecil.
Disitu ada rumah Chu Soyah.. tempat aku belajar muqaddam dan seterusnya sampai khatam quran.
Di situ ada rumah Jiman... Cheli.. JiKakYah.... Rumah Ija. Rumah AbgLee.. Amir makgemok... dan adik pompuannya Bedah!!!
Ma'elSate yang dulunya kayuh beskal untuk berak kat belakang kampung kerana tadak jamban... kat situ gaak..
Sapa tak kenal Lah Dongga... Anney Tauge...
Azli... kedai Arwah Pak Daud... (dulu awok pangge MakDaud pasal dok dengar org kampung panggil dia Mat Daud)
Kedai Makan Pak Hassan... yang masih teguh didokong generasi kedua dan ketiganya.
Penantian itu suatu yang menyeksakan
Fadason...depan masjid padang lalang yang penuh  dengan ceritanya.... aku pernah sekejap memegang amanah untuk menjadi bendahari projek pembesaran masjid.
Madrasatul Al Ahmadiyyah Al Ijtimakiyyah.... pesantren aku satu masa dahulu
Situ dulu ada rumah tokngah... memalam berjalan kami pi hujung kampung ndak pi tengok hantu tenggalung.
Disitu dulu kami tengok sendiri...AbgDin askar lawan ngan anjing gila.... sampai mati!
Rumah Ary ngan abang Men... kak ina plakk member pi ngaji... habih semuanya bertebaran kini
bawak diri mencari rezeki... yang tinggal melekat hanyalah memori.

Zaman  kanak-kanak bersama Wok Ani dan Ajaan, main masak-masak jadi kegemaran.
Buat kek pakai selut.. terpaksa join pasal kesorangan, geng lainnya dah besar suka main perang-perang.
disitu mindaku terbuka untuk membuat alat permainan dari barang-barang terbuang... lori tanah pasai tin sardin yang bujur...
Aktiviti mingguan panjat pokok kekabu.. bantal dan tilam lembut berdebu-debu.. tapi tak sorang ponn dari kami semput selalu..

Azli La Ghaja baru pindah masuk.. Fadason mulakan gerakan membeli tanah... abih terpecah kampung melayu. TokNgah keluar berpindah kampung... kami yang menumpang.. masih gah berdiri.. mengaku jaguh dikampung sendiri.
namun tak lama... kami sebenarnya terlupa... hakikat menumpang itu biasanya tak lama.
Berganti musim lain cerita. Ketua lama mati.. barulah gantinya.
Langit tidak selalu cerah... keluar berpindah walaupun gundah. Merintih merayu tiada gunanya, kerana merekalah yang terlebih berkuasa.

Masjid padang lalang aku kenali... dari tangga batu tiang empat kami bermain.
Suatu hari nanti anakku,
kau akan tahu
kenapa aku sering berdoa agar hatimu tabah
kini tiang dalam bangunan... kolam dipindah keluar.. makin membesar.
Tok gunu Jaafar aku kurang jelas
bukannya pasal tak paham tapi suara yang perlahan. Lantas berguru aku dengan anak nya.. ilmunya banyak tidak terkira.
Haji Ahmad idolaku... anaknya kini teman baikku.



Kembali kepada persoalan...Bilamana bencana alam disangka agenda biasa.... ingin aku memberi pesan.


Kawan
Teman
Taulan... tahulah olehmu bahawa dalam setiap kejadian, terletak secubit pengajaran yang perlu diberikan perhatian. Mungkin tak jadi hari ni, namun berganjak zaman... ianya tetap muncul beriringan... dan terngiang-ngiang di telinga dan bersarang di kepala!
Iktibar didepan mata, tepuklah dada dengan nafsumu yang bergelora. Gunakan akal dalam menuntun dirimu kejalan yang terlebih aulia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...