Semalam... tidurku bermimpi tidur
Kata orang.. mimpi itu mainan tidur. Itu kata-kata orang yang tak berani untuk mengulas asal kejadian mimpi. Dengan culasnya, mereka memutar-belitkan kenyataan yang tak boleh dijawab itu dengan suatu ayat ringkas yang nampak simple tapi sebenarnya complex. Biasa laaa.. manusia nih kalau diutarakan dengan suatu persoalan yang diluar batas kemampuannya untuk berfikir, tendensi untuk diam adalah sangat tinggi... persoalan utama akan dilupakan kerana sibuk memproses data baru yang diterima dan bertemu deadend. TERKENDON !
Dulu, zaman add maths merupakan kegemaran, aku sering mulakan ayat.. "Ohh... addmath.. ianya adalah permainan dewa-dewa" setiap kali member sekole dok tanya soklan.... sebenarnya math adalah suatu teka-teki yang mudah. Setiap kali pensyarah menyediakan soalan, mereka sebenarnya sedang bermain dengan prosa ayat, senario dan nombor. Itu sahaja yang diubah-ubah untuk membentuk suatu keadaan yang penuh dengan muslihat. Kalau dah faham, tiada apa yang boleh menyesatkan... contohnya.. kalau dah tahu jalan dari Permatang pauh ke Bukit Mertajam... tak kira lah puluhan lencongan yang dibuat, biar berbelit camana pun masih boleh membawa kita ke destinasi yang dituju.
Berbalik kepada persoalan mimpi dalam tidur tadi,aku sedar dan yakin... mimpi itu anugerah Illahi kepada hambanya. Tak semua manusia di dunia ini mendapat nikmat tidur yang nyenyak. Tanpa tidur yang nyenyak, tak mungkin kita mampu bermimpi. kecuali mimpi disiang hari... haaa... Kategori mimpi disiang hari pula adalah kata-kata sinis penuh sindiran yang sengaja direkacipta untuk melemahkan orang yang disindir... namun takrifannya berbeza mengikut zaman.
Masa kecilku, aku sering diperingatkan agar tidak bermimpi disiang hari... takut jadi mat jenin yang jatuh dari pokok kelapa kerana mempunyai impian setinggi gunung. Namun zaman berubah, kini semua manusia disarankan agar bermimpi. Kerana manusia tanpa mimpi adalah manusia yang tiada wawasan.
Apa itu wawasan...??? sesuatu yang kabur datang dari masa hadapan... apakah ianya satu khayalan, jelmaan, bayangan atau impian.
Jelaslah kini, takrifan ini diulangtayang dengan gaya yang lebih hebat bagi menunjukkan bahawa MatJenin dulu adalah suatu watak yang penuh dengan wawasan namun dek kerana cetek pemikiran orang persekitaran maka, beliau di labelkan sebagai gila, bodoh dan tidak realistik. Sedangkan, beliau merupakan sorang entreprenuer yang penuh dengan idea yang beras nasional.. errp i mean BERNAS.
Baru memanjat pokok kelapa, dia sudah boleh menjelmakan suatu empayar perniagaan yang hebat. Sebab apa dia jatuh...??? kemungkinan besar kerana digigit semut kelangkangnya ataupun tergelincir kakinya akibat terpijak tahi ayam masa nak panjat pokok... siapa tahu. Tapi cita-citanya yang penuh wawasan itu terus dibunuh dengan segera oleh orang orang sekelilingnya. Mungkin masa Michael Dell dok pasang PC dulu ponn dia kena kutuk cam tuh gakkk... cuma budaya omputih nih berbeza kerana mereka lebih positif dalam menghadapai suatu perubahan.
Berbalik kepada citer aku tadi, mimpi pelik yang aku alami... mulanya mimpi nampak ular telan arnab... ular tuh nak lari aku ikat ekor dia kat bangku... ngamuk lerr sang ular. Yang keduanya... mimpi berjalan di tepi tebing ngan Umie & Yee... 2 kali aku ndak jatuh... Umie & Yee tolong tarik, tak jadi jatuh... kata ustadz dalam TV... mimpi cam tuh ada kaitan ngan sihir... risau gaak aku, pasal kedua-dua contoh yang dia bagi terkandung dalam mimpi aku... Apa-apa ponn hanya kepada Allah aku berserah!
WHEN SOMETHING HAPPENS TO YOU, GOOD OR BAD, CONSIDER WHAT IT MEANS.

Ulasan