Musim bergalang ganti, aku masih disitu...


Musim berlalu, pantai berubah, kehidupan berlaku dan sejarah terpahat.
Malu untuk aku katakan aku masih tercongok di situ, tak berubah.... anak-anak kecil yang dulu aku dukung dan cium... kini dah besar panjang, menjadi anak dara yang manis ayu....
baby yang dulu kuhayunkan dibuaian kini semakin menjadi teruna yang kacak dan berkarisma dan kian menandingi aku dan ada kalanya menyisih aku keluar dari kisah hidupnya... dimana aku???
Aku masih seperti yang dulu... menunggumu sampai akhir hidupku
kesetiaanku tak luntur hati rela berkorban demi keutuhan kau dan aku...

Dulu aku sedikit hairan dengan kenyataan sahabatku... kakaknya tidak berkahwin sehingga ke tua kerana ingin menjaga adik-adiknya sejak kembalinya ibu ke rahmatullah... aku rasa, begitu lamanya waktu merangkak, mengapa sang kakak masih setia untuk korbankan kehidupannya demi orang lain?

Kini aku dah ada jawapanya...
sebenarnya semua berlaku dibawah sedar. Pagi ini bermula dengan tengaharinya telah dapat ditafsirkan dan petangnya pula adalah rutin kebiasaan manakala malamnya adalah permulaan untuk satu lagi kitaran hidup harian yang digelar esok....
Bermula Isnin dan berakhir Jumaat... mengharapkan suatu keindahan dihujung minggu, namun berlalunya masa bagaikan air sungai yang megalir lesu ke laut... pergi membawa pelbagai cerita di hulu dan dihumbankan dimuara yang akhirnya tiada dipedulikan langsung. Sedar terjaga... aku kembali semula masuk ke dalam kitaran cerita yang sama berulang-ulangan.

Drama kehidupan yang memaparkan plot cerita yang sama diulangtayang di skrin realiti berulangkali, namun sedikit sekali yang mampu untuk mengambil iktibar.... malah ada yang dungu tak mengerti. Kita memilih untuk terngadah setelah benjol dahi terhantuk.

Siapa yang nampak peri pentingnya proactive action... preventive maintenance dan potential problem appraisal jika cerita belum habis?

Di kantor, ahaks... ghairah aku ingin berbicara dalam bahasa nusantara kian tak terbendung.... di opis, aku sering tertanya-tanya... mengapa disaat Boss aku ingin bercuti panjang.... DOAnya kepada ku berlepa-lepa.... sedangkan buat buapak-buapak yang lainya DOAnya pendek sekali... errp... DOA (delegation of authority) nih berupa bebanan kerja... bukannya titip kesejahteraan kepada yang Maha Esa. Namun ada dua tiga kerat manusia yang masih menghargai kehadiran aku dalam dunia mereka. terimakasih ku ucapkan jauh dari sudut hati kecilku. Alhamdulillah... dalam kegelapan, sekelumit sinar malap ilmuku yang sedikit ini masih lagi berupaya menyuluh kekelaman dunia orang lain.

Sudah lumrah, sekembalinya aku dari tidur yang panjang, segala bebanan kerja lapuk akan segera disusun di batu jemalaku untuk dikisar. Dan... aku sebagaimana biasa, kurang bicara kulebihkan usaha untuk kembalikan ketenangan kocakan itu biarpun kurang periksa kenapa ianya berkocakan dan siapa gerangan yang menggangu ketenangan. Bersama kesibukan itulah aku hanyut di dalam sebuah kehidupan.

Antara senario yang ingin ku perkatakan ialah...
-bagaimana rasanya pengalaman menjalani hidup bersama seorang manusia yang begitu schema...???
.. Cik Suhaimi... begini...!!!! arrgghhh... lemas aku dalam ayat seperti ini...
-apa rasanya bila menaiki kereta bersama teman, mengalami kemalangan ngeri di jambatan pulau pinang, kedua-dua teman baiknya mati, dua lagi parah dan dirinya terpelanting jatuh ke laut dan diselamatkan anggota marin????
- Salahkah bekas isteri meminta dudanya menjelaskan hutang belanja kahwin sebnayak RM11111.11 setelah mereka berpisah??? Itu citer artis kita... namun mereka jua manusia dan senario tersebut bukanlah suatu babak lakonan mereka... ianya betul-betul.. bukan COBAAN!
- Betapa kuatnya pengaruh kisah pembunuhan barat terhadap perilaku dan pemikiran rakyat tempatan sehingga kes-kes berat sepertii penipuan wang dalam suatu jumlah yang sangat besar lalu dibunuh dan dibakar mayatnya untuk menghapuskan bukti...
- Kenapa perlu fakir miskin warga emas mengembalikan wang kurniaan pemerintah hanya kerana wang itu adalah campuran hasil faedah dari sektor perjudian..????
 pelik kann fakir miskin di tanahairku ini.... masih sempat untuk mempertikaikan pemberian sedekah orang kepadanya.
- Gundah gulana ku memikirkan teman-teman seangkatanku, Azmi Omar, Zahari Hashim dan Mohd Hatta Adam sudah pun dikurniakan Allah kemudahan bagi mengerjakan ibadat haji tahun ini.... sedangkan aku belum lagi...
dan yang akhirnya... kecoh adik bongsuku akan menjadi suami orang pada esok hari di masjid UTP yang dulunya dikenali sebagai USMKCP... tragis sungguh, tempat yang dulunya aku menunaikan solat.. tempat aku aku memulakan kerjaya aku lepas grad, tempat aku dan jin bertendang beriringan kini terpilih sekali lagi dalam hidupku sebagai tempat berlangsungnya akad nikah adik bongsuku...
aku serius dalam senyuman!
That sweet...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...