diluar jendela...

Aku berhujung minggu kat rumah Pak dee kat Sentul. Ntah camana, trip tergopoh-gapah itu aku boleh simpulkan suatu perjalanan yang penuh dengan kesakitan. Aku ke sana sebab sendi lutut aku patah dan replacement kit hanya ada kat KL. Erman dan Ein plakk mula menunjukkan tempias selsema manakala Eisya plakk tidur di hampir sepanjang perjalanan. Aku agak surely budak nih tak sihat.... pasal dia kurang aktif.
Ntah camana, kaki aku ponn ndak turut serta dalam suasana penuh kesakitan ini... buat hal sejak malam tu lagi... tidur ku terganggu... walauponn aku dah terasa, namun aku teruskan tidurku kerana tanak ia mengganggu siang hariku disana.

Lepas diberikan ubat semuanya tido kat dalam bilik, aku tido luar ngan pakdee. Ntah apsal ada kete kat luar tuh bising gila alarmnya... mungkin dipecah orang or short circuit kurang periksa... tapi tido aku terganggu sejak jam 2pagi... bunyi bagaikan berlaku dari dalam rumah.. aku check semua handphone atas meja tu... yang mana satu dok bising nihh.. rerupanya, kete kancil kat bawah nun yang dok bising.

tepat jam lima, eisya kejutkan aku... pening kepala katanya...  panas balik dahh budak nih... aku suruh dia mandi untuk segera menurunkan suhu badan.... makan ubat semula dan aku diminta duduk disampingnya sampai ke pagi... dari tingkap yang menghala ke lebuhraya DUKE, aku nampak sorang mamat nih memanjat pagar lebuhraya ngan mengusung basikal... hmmm ntah ndak kemana pepagi nih... sekejap lagi, datang 3 biji kereta berhenti.. dan kereta kuning didepan mulakan perjalanan, namun kereta maroon di tengah plakk tak boleh start, yang kuning undur semula untuk menolak... semuanya berlaku dalam masa yang sama dengan tok siak sedang melaungkan azan subuh.. hmmm... semoga semuanya selamat mengerjakan solat subuh doa aku untuk mereka. Eisya start exam harini.. semoga dia berjaya InsyaAllah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...