Mengamuk... pasaipa?

Terbaca olehku akan berita sedih yang menimpa 2 beradik... dimana bapa yang mngamuk menetak mereka sekeluarga... membunuh ibunya dan mencederakan anggota badan dan jiwa anak-anaknya... dan dalam keadaan begitu... siapa yang harus diharapkan.... kerana yang mengamuk... bapanya. Yang ditetak, ibunya... dan yang menanggungnya pula anak-anaknya... bila 2 ekor gajah bergaduh.. mangsanya ialah anak-anak.

"Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya.



Inilah yang ditakdirkan berlaku kepada Najihan dan Nazuwa. Menyaksikan sendiri bagaimana mereka menjadi yatim piatu. Peristiwa hitam mereka akan ditanggung selamanya. Ibunya pergi akibat ditetak bapa mereka, bapa mereka pergi akibat ditembak polis.

Teramat berat apa yang ditanggung mereka berdua untuk kehidupan seterusnya. Bagaimana bayangan peristiwa ini akan sentiasa mengekori mereka. Apatah lagi ianya berlaku di awal Ramadhan. Awal Ramadhan akan tetap diingati mereka selama-lamanya. Awal Ramadhan ditakdirkan hitam untuk mereka.

Oleh itu mereka berdua perlukan doa anda, doa kita semua untuk meneruskan hidup mereka. Kesengsaraan hidup zahir batin mereka memerlukan pertolongan. Kaunseling pihak terbabit teramat diperlukan. Biarlah mereka mengetahui hakikat kehidupan. Biarlah mereka mengetahui apa yang ditakdirkan telah berlaku kepada mereka. Biarlah mereka mengetui hikmah yang ditentukan Allah kepada mereka. Biarlah mereka mengetahui bukan semuanya kehidupan itu indah. Janganlah biarkan hati mereka persoalkan kenapa ini terjadi ke atas mereka selamanya.

Marilah kita berdoa untuk kebaikan mereka berdua, kesejahteraan mereka dan ketenangan hati mereka, kekuatan batin mereka dalam menghadapi saat-saat mendatang. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, amin.....

Tapi ndak mengamuk pasaipa????
semua orang leh salahkan bapak dia pasai ngamuk tak tentu pasal, tapi ada tak orang yang amik tahu masalah dia... tekanan kerja dia... tekanan perasaan dia... etc.. etc...
kekadang keperluan seks yang tak terpenuhi juga menyumbang kepada perkara nih tapi MELAYU mana yang sanggup untuk memperkatakan kisah nih secara terbuka.... jiwa kacau, ego tercalar etc.. keperluan seks yang tak terpenuh bukan bermaksud keinginan kepada hubungan intim sahaja... kekadang keegoan lelaki tercalar bilamana kebergantungan wanita terhadapnya semakin pudar dan dia merasakan diri tercabar... tuh yang ngamuk sakan tuuuu.... kena pulak ada yang memperkotak-katikkan kebolehannya dan yang lebih parah.. keperkasaanya juga ternyata semakin pudar arrrkkk... amukkkk....

dlam bulan posa nih ponn kekadang aku rasa ndak ngamuk ngan polis bantuan nih yang dengan muka BANGGA giler dok buat roadblock kat pasar ramadhan.. dah leerr sesak sedia ada... dia tambah plakk ngan aktiviti PUNCA kesesakan.. grrrrrr.... terbakaqqqq!!!
Nak balik rumah jemm.. ndak pi rumah mak jemm.... ndak makan roti pun nak jemm gaak!!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...