Erman 2 Abah 40

Julai datang lagi.. hmm.. hari nih Erman genap secara gregorian untuk berumur 2 tahun. Syukur Alhamdulillah, dia sihat tubuh badan, bijak dan petah berkata-kata dan aktif orangnya.... dan tak lupa ciri unik yang suka menyakat orang....


Tubuh kecil tak bermakna dia penakut. Kalau nampak hantu.. dia berkeupayaan untuk membaca doa makan selapas melarikan diri lintang pukang....
Bila terhantuk kepala kat dinding... diucapkan secara spontan.. Allahuakbar...!!!
Bila disuruh cium pipi bagi bunyi... dia akan jerit semasa cium ...
dan bila disuruh menyanyikan ritma ABC... suaranya yang paling ketara.

Teman gaduhnya Ein.. teman bermain juga Ein... teman berebut ponn Ein... malah dialah adik kesayangan Ein.
Suka bertanya, sampai kekadang aku tak tahu hape jawapan yang nak diberikan... pasal kalau bagi jawapan ponn dia tak paham dan tanya soklan lain plakk.
Tu apa tu abah?.. aaaa..?? merupakan skrip biasa dia.


Suka menyakat dan tak takut dengan ikon kegerunan ramai.. manwek! kalau ngantuk... sure dia ndak ajak balik tak kira diamana ponn jua.. JOM BALIK....!!!!

Cumanya... kurang berkeyakinan aku, pada umurku sekarang, masihkah aku berupaya untuk melihat jatuh bangunnya Erman, berkongsi kisah cerianya, bersedih bersama kecamuk hatinya, dan menangis bersama kejayaannya... dan berkongsikan pengalamanku dalam meniti kehidupan yang penuh dengan politiknya ... berkongsi dengannya cerita bercinta dikala remaja dan bercerita tentang keletahnya dimasa kecil... jerih  perih dan keseronokan membesarkan anak... dan... seterusnya, biarlah takdir yang menentukan. Aku pasrah!

Bahagianya bapak kerana masih berkesempatan untuk tahu sebahagian dari episod pengakhiran kisah aku, walaupun suatu masa dahulu.. 25 tahun dulu... dia pernah menyuarakan kekhuatirannya terhadap masa depanku sebaik sahaja aku bertukar dari insan normal semasa dilahirkan menjadi seorang yang kurang berkeupayaan setelah 6 tahun berlarian dimukabumi Allah ini...

"Ya Allah, aku mohon kepadamu untuk merasai nikmat ini biarpun untuk sejenak dalam hidupku ini... takan kupersiakan biar sedekitk pun InsyaAllah.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...