Maafkan aku Karim....
Hujung minggu aku disentak dengan panggilan dari abang sepupuku. Perkhabaran yang agak kurang menyenangkan itu dibuat tatkala aku asyik melayan karenah 3 budak aktif di tapak permainan Tesco Seberang Jaya. Katanya, menantu lelakinya kini berada di bilik ICU Hospital Besar Pulau Pinang kerana menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di otaknya.
Aku keliru, bagaimana darah beku terjadi tanpa terjatuh, terhantuk ataupun terhentak dengan benda keras di kepalanya. Ujarnya lagi, ianya berkaita rapat dengan tekanan darah tinggi yang dialaminya sejak kebelakangan ini. Aku terus diulit kegusaran disebalik fenomena ini. Shahril yang muda, hensem, tidak obese, berbadan tegap dan ceria masih dilanda masalah ini.
Untuk mengurangkan jarak kesahihan kenyataan nih aku bergegas ke ICU penang ngan mak&pak. Pening, tadak orang nama shahril kat situ... last confirm, baru tauuuu... rupanya Karim yang kena operate.
Dalam ICU yg dingin tu aku tengok matanya bergerak-gerak dibawah kelopak mata yang agak lebam dan berminyak. Seolah-olah dia sedang berlari pantas dalam mimpinya... Aku sedekahkan fatihah dan beberapa ayat lazim bersama doa supaya diringankan penderitaannya. Tetiba, dia membuka mata. Terbelalak memandang ke arah lampu dan tangan kanannya bergerak-gerak namun terhalang oleh ikatan kemas ditabir katil. Aku cuba memanggilnya namun tiada reaksi positif. Terus-terusan dia merenung siling seolah-olah benda baru yg menarik untuk dipandang. Terlintas dibenakku bahawa memori silamnya mungkin kian memudar. Aku tinggalkan dia untuk keluar.
Disitulah terletaknya kekecewaanku. Maafkan aku Karim... Aku sepatutnya cuba berkomunikasi denganmu... perdengarkan ungkapan syahadah kepadamu... berikan semangat kepadamu biar pun engkau cuma membungkam kerana tak paham setiap baris kata yang keluar dari bibirku... namun itu tidak kulakukan dengan menganggap .. he WILL survived the journey!
but... while compiling my infra proposal report to spend out my USD53K budget yesterday... 7pm++ I've heard that he lost the battle. Stunned by the news... i sleep last night with help of 2 paracetamol pills. Demam lagi kerana tak berdaya menahan kesakitan kaki yang berlanjutan sejak hujung minggu lepas.
Sebenarnya... ubat bagi segala kesakitan adalah mati. Memori yang paling indah adalah apabila kita terlupa segalanya... dan pengubat rindu yang paling istimewa ialah ketika dijemput bertemu Tuhannya.
AlFatihah buat Abdul Karim, sahabat, saudara dan kenalanku didunia yang fana ini.

Ulasan