Keperluan ESQ dalam kehidupan manusia...

Dalam blog entry yang lalu aku ada ceritakan tentang kajian yang dilakukan oleh manusia terhadap manusia. Memang laaa... takan beruk yang ndak kaji manusia.. kalaupun dia kaji manusia, sure dia tanak kongsikan ngan kita dalam blog nih... pasal keperluan ESQ bagi manusia.

Memula, dalam kajian lama, tanpa IQ, manusia tokleh berjaya. Setelah itu, semua bertungkus-lumus amik kursus untuk mempertajamkan minda bagi pass testing IQ untuk berjaya mendapat kerja. Namun setelah sekian lamanya, ada pendapat lain plakk mengatakan manusia perlukan EQ disamping IQ untuk berjaya. Contohnya... ada school dropout yang berjaya dalam bisnes.. contohnya bisnes MLM etc etc...
Bila dah berjaya, manusia akan semakin terbabas kerana tiada kawalan ke atas kejayaan mendadak... ada yang bunuh diri... bunuh kucing... dan bunuh karier... pasal tuh kajian mengatakan... selain IQ dan EQ... manusia perlukan ESQ atau GODSPOT kat otak yang perlu dipenuhi untuk tidak terbabas... sejak akhir-akhir nih aku semakin terlihat akan contohnya...

Dengar citer Apek & 5 rakannya kena tangkap pasal dadah???
Dengar citer Benjy kena dakwa kerana memproses dadah????
Dengar citer artis seberang... vokal Peterpan dan Luna main laga pusat sambil bervideo???

mereka itu seharusnya dianggap sebagai orang yang berjaya... malah menjadi ikon bagi remaja dan tak salah pula dijadikan idola oleh generasi muda dan artis pendatang baru. Tapi apa yang merosakkan mereka????
Itu hanya sekadar contoh beberapa kerat manusia dari daerah kita.. tak kira lagi pelakon Bollywaood dan Hollywood... so fikirlah sendiri peri pentingnya GODSPOT di kotak pemikiran kita.

Fikir-fikirkanlah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...