Manusia dan belangnya....

Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama.

Sinonim sungguh kata-kata tersebut dalam setiap tingkah laku manusia.
Biarlah binatang itu dengan sifatnya meninggalkan belang... kata orang belang tuh menunjukkan nilai dirinya yang sebenar... kata omputih.. showing their true colours...
So.. matinya pak belang meninggalkan belangnya.. menunjukkan binatang itu menunjukkan true colour dia kat orang kampung.. ko setakat lembu jantan.. tak bersisa dibahamnya....
gitu lerr... lebih kurang citer harimau yang meninggalkan belang.

camana plakk ko manusia yang mati meninggalkan belang... perrgghh... botak chin contohnya... sekitar tahun 70an... sapa tak kenal penjenayah nih... takut abih polis ko kena ambush ngan geng mamat nih... pasalnye, manusia nih dulu.. memang jelas nampak belangnya... ganas.. bunuh abih polis... polis dulu memang mendapat pengiktirafan yang tinggi pasal berani menentang penjenayah... *bukan polis sekarang... beraninya dengan budak bawah umur yang tak bersenjata jer! errpp.. sarcastic sangat... ok lah rephrase... berani dengan John English jer... alaaahh Mr bean tuh...

Berbalik dengan kisah belang dalam peribahasa kita hari ni...
Memang ayat peribahasa tuh biasanya lebih dipertikaikan oleh golongan muda masakini dari diambil iktibar dengan maksudnya yang tersirat, disembang siniskan keseriusannya dan dipelbagaikan versinya namun, bagi yang faham akan intipati kata-kata tersebut akan mengangguk-anggukkan kepala bersetuju dengan firasat yang terkandung di sebalik mesej yang cuba diutarakan dalam bait ayat tersebut. Sesungguhnya wahai golongan muda, pastinya suatu hari nanti anda juga akan merasai tua andai sekiranya Allah mengizinkanmu untuk merasainya. Kiranya mati secara normal laa.. sakit tua.

Setiap kali ingat akan kebenaran kata-kata ini aku semakin yakin akan kebenarannya. Dulu masa kecik, aku sering tertanya apsal atuk nenek, pacik macik etc kena urut pasal sakit pinggang.
Pelik gaak apsal orang kata letih main bola sepetang di padang sedangkan aku masih boleh main seround dua lagi...
Pelik apsal orang kata tak tahan kena hujan pasal pening kepala sedangkan aku rasa enjoy jer....
Pelik apsal orang kata jangan berkelakuan extrem takut jatuh patah tangan dan kaki sedangkan aku tak rasa takut ponn... ko tak cuba tak tahu laa...
Aku ndak tanya skeet.. penah tak korang rasa sakitnya patah tangan...?? putus ibujari??? Terbakar belakang badan kena asid dari bateri lori..?? putus kaki terkepit tayar lori...??? eay at least something yang generic sket la... to be fair kann...
sakit kena potong anu masa bersunat dulu... hmmm... yg pompuan tak akan penah merasa laa kaann.. tapi aku tujukan cabaran nih kat pembaca lelaki... ko setakat bersunat kat klinik.. pakai bius... sakitnya cuma masa kena cucuk jerr... pass tuh dah boleh jalan sekampung...
bangga aku sersunat atas batang pisang... dalam famili aku... aku sorang jerr yang merasa sejuknya duduk berbogel atas batang pisang sambil dikerumuni ramai orang tua dan juga tok mudin... arwah mbah Sapri *AlFatihah utk arwah yang ajarkan aku kaedah mengawal pernafasan bagi menghilangkan rasa sakit dari satu kejutan spontan pisau tok mudin tu...

Itu dulu, masa aku dok muda belia. Tapi sekarang nih... aku dah semakin slow... dok cari kata-kata perangsang untuk diberi balik kepada golongan muda. Ko buleh ndak cakap... ikutlah kata-kata nasihat aku nih.. tapi jangan sesekali diikut perangai aku. Kenyataannya, yang dok ada.. semuanya dok tiru sikap gelojoh, perengus dan segala apa yang bisa disebutkan dengan nahu yang betul... kelakuan yang negatif saja. Yang ndak ikut betul-betul segala kata nasihat aku, boleh bilang dengan jari ayam jerr...

Memang harimau mati tak abih kesemuanya... belang kat kulit mungkin dibuat hiasan dinding. Sebaliknya.. mati manusia tu plakk bukan bermaksud mati pada hakikinya meninggal dunia. Maksud yang tersirat disebalik mati manusia tu ialah, pemergiannya meninggalkan kelompok manusia yang dulunya bersama-sama buat kerja.. sama-sama main, sama-sama minum dan sama-sama ngorat awek lesung, sama-sama makan mee goreng kat kantin pepagi... etc etc... menuju ke kelompok baru. Itulah yang diperkatakan.
Bila meninggalkan kelompok itu untuk hijrah ke tempat baru... tinggalkanlah nama yang baik, harum semerbak dan sering disebut-sebut orang  sebagai contoh terbaik untuk diteladani... bukan CONTOH SEMPADAN.

Biar berbelit camana ponn gerak perjalanan hidup kita... masih punya kemungkinan untuk jalinan ini bertemu semula, bersilang malah saling bertindih. So, kalau ndak meninggalkan kengkawan, biarlah yang ditinggal mempunyai kenangan yang indah bersama... bukannya pengalaman yang perit.
Harimau mungkin bangga dengan belangnya, namun manusia yang diberikan amanah untuk membuat suatu kerja, cuba  pulak menunjukkan belang dengan pergi meninggalkan kerja yang tak siap... ternyata yang itu tiada punya apa-apa yang hendak dibanggakan. Melainkan keji semata....

Citer nih adalah lanjutan kisah sahabatku yang absconded dengan meninggalkan lumpur bertaburan di lantai datacenter....
Nyanyi skeet!
Somebody call 911,
there a fire burning on the raised-floor.Oooo...
Ndak dengar lagu sepenuhnnya. download sendiri la lagu Sean King tu brader... asyik ndak aku suap jerr.. gemok la!
Muka tension lelaki berhidung belang pakai baju belang-belang, cedera akibat terlanggar kerusi kat rumah mbah...


Buat kengkawan lain yang tinggal.. jom sesama bersihkan lumpur yang bertaburan tu dengan rasa bangga kerana aku dikurniakan  Allah kebolehan untuk bersabar dan bersedia untuk memikul tanggungjawab rakanku yang tewas sebelum waktunya... bak kata Dory kepada ayah Nemo... lets keep swimming.. keep swimming.. swimming.. swimming...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...