Jogging sekali sekala....


Dulu... suatu masa dahulu, destinasi aku pi joging pepagi ialah area pantai bersih, ampang jajar, empangan mengkuang dan kaki bukit mertajam. Masa mak ngan pak ndak pi haji dulu ponn aku ajak depa pi sana jugak untuk cipta stamina yang semakin mengurang.

minggu nih aku dah sibuk ajak bebudak tuh bangun awal dan lepak kat area orang sibuk ngan aktiviti kesihatan nih...


Eisya yang biasanya aktif berlari kesana sini, pagi tadi betul-betul teruji. Lepas mandi kami terus pi Empangan mengkuang. Dah beli siap nasik lemak yang aku jangkakan memang lebih dari jumlah lemak yang ndak dibakar. Kami jalan kearah hutan dulu untuk tujuan menghangatkan badan.


Aku bawak Ein, Ibu ngan erman, Eisya, Jaja ngan bibik start buat brisk walking.. tapi Eisya cama biasa... buat pecutan yang tak dapat dikejar oleh Jaja dan Lisa... sampai hujung di dah abih angin.. muka pucat tak larat dan nak pitam... balik kena naik kok-kong atas belakang Lisa... keh keh keh....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...