rencana pilihan...
Ein, Nanang dan abah
Salam sejahtera semua. Dah lama bercuti dari menulis, bukan pasal takde citer ndak dikongsikan, tapi aku sibuk memanjang.... panjaaaaaang sibuknya. Pelbagai perkara terpacul dibenak ketika sunyi membuai dan ketika dok layan kepala yang weng... dan kadangkala masa dok memandu pulang dari keje lalu kot area Permantang Nibung, melihat sawah padi terbentang luas dan kelibat pak tani yang sedang membajak sawah... yang hampir 100% aku yakin aku sendiri tak akan dapat melakukannya pasal tak de kederat...yang kini dimiliki dan diusahakan oleh petani yang bukan bangsaku.... aku terlalu rindu untuk menulis.
Akibat keterbatasan waktu... biarlah dikongsikan disini bacaan yang menyentuh benak ku untuk berfikir... jom baca.
BIASANYA penyakit yang membawa maut akan menjadi satu isu. Kini, ketika populasi penduduk dunia semakin panjang hayat mereka, kebanyakan kerajaan di dunia mula berkonfrantasi dengan idea tabu bahawa kematian adalah sesuatu yang boleh dilakukan secara pilihan sukarela.
"Walaupun permintaan terhadap opsyen ini belum menjadi satu amalan, namun ia telah berkembang pesat," kata Dr. Philip Nitschke, 61, pengasas dan pengarah kumpulan proeuthanasia (mati secara sukarela akibat tua atau penyakit tanpa berasa sakit), Exit International.
Doktor Australia yang mendapat gelaran Dr. Kematian kerana tugasnya berkaitan 'membunuh diri' secara sukarela itu telah menjelajah ke seluruh dunia. Dia mengajar orang ramai bagaimana menamatkan riwayat dengan selamat dengan menggunakan kit ujian ubat-ubatan membunuh diri.
"Sangat sedikit yang memilih jalan ini. Tetapi hampir semua warga tua berusia 75 tahun ke atas yang saya temui mengakui ada bagusnya memiliki sebotol Nembutal sebagai satu polisi insurans jika keadaan kesihatan bertambah buruk," kata Nitschke kepada AFP, sambil merujuk kepada ubat yang digunakan sebagai sedatif.
Pandangan Nitschke sedikit ekstrem. Tetapi jumlah warga tua yang meningkat dengan pantas di Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Jerman dan Britain membuatkan opsyen untuk mati secara sukarela itu boleh menjejaskan kestabilan politik sesebuah negara.
Undang-undang
Dihujani dengan nilai etika, kemungkinan ahli keluarga atau pertubuhan-pertubuhan akan menggalakkan golongan tua atau mereka yang sakit tenat untuk 'diambil nyawanya', isu itu kini termasuk dalam agenda politik di Britain.
Saranan untuk penggubalan dan keputusan perundangan pada Julai lalu menuntut janji kerajaan agar menjelaskan undang-undang berkaitan. Draf garis panduan perlu disiapkan pada bulan ini dengan versi terakhirnya menjelang musim bunga depan.
Namun, bekas presiden Persekutuan Dunia Mengenai Hak untuk Mati, Derek Humphry memberitahu, perubahan signifikan di Britain mungkin tidak akan berlaku hanya selepas pilihan raya umum pada tahun 2010.
Di Britain, hampir 20 peratus populasinya berusia lebih 65 tahun. Pejabat Statistik Kebangsaan meramalkan populasi itu akan tumbuh sehingga 50 peratus menjelang 2020.
Proses membunuh diri yang dibantu dihalalkan di Switzerland. Doktor memberikan dos yang boleh dipilih oleh pesakit untuk diminum. Ia turut dihalalkan di Washington dan Oregon di AS serta Luxembourg di Belanda. Sedangkan di Britain, membantu seseorang untuk membunuh diri merupakan jenayah yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun.
Di sebalik ancaman pendakwaan, kumpulan pelobi Dignity in Dyingmenyatakan wujud trend bahawa masyarakat Britain membuat pilihan untuk membunuh diri dengan dibantu oleh orang lain. Sehingga kini, dianggarkan seramai 117 orang telah ke luar negara untuk tujuan tersebut dan 30 yang lain sedang bersiap sedia.
Angelika Elliot, 61, memberitahu suaminya tidak lagi boleh menunggu. Apabila Dr. John Elliott, 79, didiagnosis dengan kanser tulang dan tidak sanggup menanggung sakit setiap hari, pilihan itu cukup menarik perhatiannya.
"Apabila insan yang anda sayangi menderita, anda mesti membantu tidak kira apa cara sekali pun," kata Angelika. Pereka dari Austria itu menemani suaminya dari Australia untuk mengakhiri riwayatnya menerusi pertubuhan Dignitas di Switzerland. Dia percaya bahawa kerajaan di peringkat global harus menghalalkan bunuh diri dengan cara itu.
Pada tahun 1996, wilayah utara pedalaman Australia memperkenalkan undang-undang euthanasia yang pertama di dunia. Empat orang menggunakan undang-undang tersebut untuk mati menerusi suntikan yang dikendali menggunakan komputer. Pada tahun berikutnya, kerajaan Australia menggubal undang-undang tersebut.
Menteri Kesihatan Sepanyol, Trinidad Jimenez, dalam akhbar El Paismemberitahu bahawa tidak ada rancangan untuk menghalalkan euthanasia di negara itu.
Namun, kerajaan mungkin akan mencadangkan undang-undang yang membenarkan sistem sokongan hidup dimatikan sekiranya seseorang itu menyatakan dia tidak mahu berada dalam keadaan menderita untuk satu tempoh yang lama.
Masyarakat awam Britain menggesa kerajaan untuk menilai pendekatan memandang sebelah mata terhadap mereka yang melakukan euthanasia di luar negara. Mereka meminta kerajaan mendakwa sesiapa sahaja yang cuba melakukan perkara itu di Britain.
Isu tersebut timbul pada Julai lalu apabila penderita sklerosis berbilang, Debbie Purdy memohon mahkamah untuk menjelaskan adakah kerajaan akan mendakwa suaminya, Omar kerana membantunya membunuh diri.
Isu tersebut mempengaruhi dunia perubatan Britain. Royal College of Nursing (RCN) yang mewakili hampir 70 peratus jururawat memilih sikap untuk berkecuali berbanding dengan sikap menentang sebelum ini. Persatuan Perubatan Britain yang dianggotai oleh 70 peratus doktor pula tetap menentang apa juga jenis bunuh diri.
Pendekatan RCN mungkin boleh mempengaruhi kerajaan untuk bersikap lebih terbuka. Namun pekerja yang bertanggungjawab menjaga pesakit kronik bimbang undang-undang yang lebih liberal akan memberi mesej yang salah kepada golongan kurang upaya.
Pengarah Linacre Centre for Healthcare Ethics di London, Dr. Helen Watt berkata, para penjaga tidak boleh sama sekali diberi kebenaran untuk membantu golongan kurang upaya untuk mengakhiri riwayat mereka.
Di sebalik pro dan kontra isu tersebut, isu sebenarnya ialah dana. Sebanyak 50 peratus daripada kos penjagaan pesakit yang nazak bergantung kepada geran dan sumbangan kebajikan. Jururawat juga mengakui sumbangan semakin sedikit diterima dan ditambah pula dengan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang kini berdepan dengan pemotongan bajet. Jadi, dana yang ada terpaksa digunakan sebaik mungkin.
Harga kematian
Nitschke percaya, permintaan terhadap pilihan bunuh diri itu akan meningkat. Bagi membantu mengurangkan penderitaan golongan tua, ideanya adalah memberikan mereka akses lebih mudah kepada ubatan untuk membunuh diri. Namun katanya, bengkel-bengkel mengenainya telah diharamkan di Kanada dan New Zealand.
"Kit ujian yang terdiri daripada Nembutal ini boleh dicuba. Pada dos yang sesuai, ia boleh menamatkan nyawa dengan aman," kata Nitschke.
Di Britain, Nembutal digunakan oleh doktor haiwan untuk menenangkan haiwan dan penggunaan ke atas manusia sangat dikawal. Di Mexico, Amerika Selatan dan sebahagian negara di Asia Tenggara, Nembutal boleh diperoleh dengan mudah.
Ubat itu berharga AS$35 (RM126) sebotol dalam saiz 100ml. Mereka yang membawanya masuk ke Britain berdepan risiko mengimport barangan haram atau membantu bunuh diri.
"Peningkatan jumlah orang yang mendapatkan khidmat ejen untuk membeli Nembutal membuatkan harganya melambung sehingga AS$100 (RM360) sebotol," jelas Nitschke yang menjual kitnya pada harga AS$50 (RM180) sebotol.
Warga Britain yang merupakan ahli Dignitas iaitu sebuah organisasi dari Switzerland yang membantu mereka yang nazak untuk mati boleh membayar sejumlah 6,000 Swiss francs atau AS$5,800 (RM20,880) untuk perkhidmatan euthanasia. - AFP

Ulasan