Anugerah korban 2009
Duhai kanda rayuan hati
Rayuan kasih cinta abadi
Tiga tahun peristiwa berlalu
Batin tersiksa dipasung rindu
Tapi kini apakan daya
Aku hanya insan biasa
Pada Tuhan aku berserah
Menyerah diri di atas sejadah
Aku tahu kau tak bersalah
Takdir Tuhan tiada terduga
Hanya doa dan air mata
Mengiringi perpisahan kita
Padamu kasih aku berpesan
Kira jasadku meninggalkan badan
Di atas nisan tolong tuliskan
Inilah kubur korban percintaan
pernah dengar lagu nih tak... ko tak silap penyanyinya nama Julie Remy. Semalam aku dok layan lagu nih dalam hujan lebat masa balik keje... jam 7:30pm.
lagu yang penah aku dengar dulu masa kecik-
kecik dalam bas sekolah... akakaka...
ada beberapa persoalan dalam lirik lagu tuh yang tak masuk dek akal aku...
ada kerr jasad boleh meninggalkan badan... jasad tuh mende... badan plakk mende?
lirik sebenarnya "kira roh ku meninggalkan badan..." baru betul. mungkin penulis lirik ketika tuh respek kat PM Korea Selatan Roh Moo-Hyun pasal tuh tanak gunakan perkataan roh... dan mungkin jugak lagu nih bakal jadik berhantu.. sapa tau kaaannn.!!
Teringat masa aku form 1 dulu... baru mula kenal perkataan jirim.... kene plakk cikgu bahasa aku Siti Jirim... akakaka... time tuh popular iklan ASN .."MERAH SANGAT LAH MAK NGAH..."
Aku kena baling ngan pemadam papanhitam (papanhijau actually) pasal tegur dia pakai kapur merah, so aku yang paling kiri tak leh ndak salin lerr.. pasal papanhijau tuh berkilau...
aku cuma cakap pelan-pelan.. tapi Moh Kok Wai yang bantai cakap kuat.... merah sangat lah mak ngah... terus dia baling aku... pergghhh... nasib aku hero... dan cikgu plakk tak terra baling... walauponn tak kena aku kuar kelas amik dan bagi balik sambil mintak mahap... perghhh gentleman toll aku rasa masa tuh akakakakak
Masa tuh cikgu sendiri dah ajarkan kat aku bahawa pemimpin tak boleh dikritik secara terbuka....
Yang aku tahu dok kat keliling aku masa tuh Moh Kok Wai, Muniswaran Rajoo, Rajasegaran, Azman budak peralihan dari skolah cina... dan yang lain aku lupa dahh...
Tingkatan 1IA1 High School BM. Semua jantan.... yang pompuannyer... budak form 6 dan jugak cikgu jerr...
Berbalik kepada tajuk asal... korban... dulu masa khutbah jumaaat Ust Abdullah dok kata pengorbanan pemuda melayu banyak di jalanraya... dan bagi pemudinya pula dikorbankan dara.
Isu tuh dah lama namun masih relevan.
Itulah yang paling dijuarai oleh orang kita... dan tak salah kalau aku perkatakan kat sini...
Cerita nih nampaknya tak akan berakhir.. bak kata ustaz azhar idrus, kalau tak kembali kepada Islam buat camna ponn tak akan selesai... cam gali lubang kiri timbus lubang kanan.
Bukannya selesaikan masalah, sebaliknya melarikan diri dari masalah..
Cakap pasal larikan diri dari masalah... kekadang tuh aku terasa ingin sesangat ndak tegur set-set yang gemar *meroyok dari masalah...
rujuk kepada kamus perbendaharaan kata EinNadira
*meroyok = menyorok
*cempurik = pencuri
*kanan = tangan
*kenok = tengok
Ada yang cuba mencari jalan keluar dari masalah dengan mengkronikkannya lagi.... Asalnya cuma keEGOan yang nampaknya perlu diselesaikan namun ianya berakhir dengan suatu pengorbanan dan yang cukup sedih... yang dikorbankan bukanlah 2 ekor gajah yang EGO tuh sebaliknya... 2 ekor anak gajah yang akhirnya dikorbankan. Kancil jangan cakap lerrr... awal-awal lagi dah angkat kaki... kan kerr kancil nih cerdik seperti yang pernah diriwayatkan...
Yang tetap setia menunggu hingga ke penghujung cerita hanyalah anak-anak gajah ni... dan paling mengharukan bila depa berdua akhirnya dipilih oleh parents untuk dikorbankan...
sekiranya pergaduhan antara 2 gajah yang terlalu ego akan memusnahkan kehidupan anak-anak gajah di tengah-tengah. Apalah salahnya jika salah sekor amik rasional terhadap suatu kehidupan yang baru hendak bermula... diberikan suasana sebaiknya untuk berkembang dan berakhir dengan baik di penghujungnya...
Mungkin ramai yang tak paham akan bahasa kiasanku ini...
Biar aku re-phrase kat bawah nih:
Apakah rasionalnya pergaduhan ibu dan ayah yang bangga dengan tahap keegoan memasing menjadikan anak-anaknya sebagai mangsa. Perlukan anak-anak sekecil itu belajar berkorban untuk kebahagian ibu bapanya.... ternyata yang menang akan menjadi ah-larng dan yang kalah menjadi ah-poh.... *kata chef hong...
yang lebih tragis, sikecil itu pula menjadi.... *&%$&^%$... tak tentu hala!
belajarlah dari sejarah *buat yang mengerti... sangat sedikit peratusannya anak-anak yang berasal dari keluarga yang berpecah-belah berakhir dengan yg terbaik... mereka juga ada emosi... hormatilah emosi mereka... kembalikanlah hak mereka untuk merasa kebahagian rumahtangga yang punya Babah sebagai pelindung Ummi sebagai pendidik Abang sebagai pengawas dan Adik bertindak sebagai orang yang manja dan disayangi keluarga.
Perlu ku tegaskan sekali lagi disini... ITU adalah hak mereka dan kembalikanlah... wahai babah dan ummi. Jika diteruskan pertelingkahan itu maka yang tertegak hanyalah tugu EGO anda berdua dibawah runtuhan emosi anak-anak... apakah itu yang kurniaan terbaik anda untuk anak-anak... jangan berlakon lagi! Material yg dihamburkan takan dapat mengubati emosi anak-anak yang terluka.
Pada pertengahan umur ini, tiada apa lagi yang dapat menyembuhkan hati selain dari hilai tawa anak-anak... Percayalah... Hadapi kenyataan!
KORBANKANLAH KEEGOAN KALIAN DEMI ANAK-ANAK!
Bagiku... sekiranya anugerah korban 2009 akan diberikan... juaranya ialah Abang dan Adik.. kerana keduanya sanggup secara paksa untuk menerima perpecahan keluarga mereka demi menjaga keEGOan kedua ibubapanya...
Ulasan