Tarbiah Lebanese
minggu lepas, kuar jer dari surau, aku bergegas ndak teruskan report dan nak balik awal.... impian murniku setiap hari heh heh heh....
sampai kat simpang tangga kantin aku disapa A.Kheireddin. Aku just tanya kesihatan dia dan keluarga pasal dia baru balik dari bercuti sebulan kat Lebanon.Dia terus bagitau, Alhamdulillah... sekali dia cakap ARAB daaa... aku kata aku tak berapa paham so dia elaborate laa...kata dia selalu orang cakap Alhamdulillah saja tapi yang betulnya kena cakap Alhamdulillah kerana bertambahnya kenikmatan dan berdasarkan kenikmatan yang diberikan Allah termasuklah terhindar dari bala bencana terhadap diri, keluarga, handai taulan dan rakan-rakan.
Betul tuh... kalau rakan-rakan sekeliling kita tak sihat dan segi mental dan fizikal, sekurang-kurangnya, terperciklah sedikit sebanyak kesan negatif tuh terhadap diri kita.... So hargailah pemberian Allah kepada kita kerana percayalah bahawa pemberianNya itu adalah yang terbaik buat diri kita.
Cakap pasal pemberian, aku seperti biasa akan mengingatkan Eisya supaya memberikan hadiah buat abah.. iaitu A dalam setiap exam paper dia... dan sejak dipraktikkan sistem hadiah nih... dia secara berterusan memberikan yang terbaik untuk abahnya... Alhamdulillah!
Aku bagi dia 3 permintaan untuk dipenuhi sempena ibadah puasa yang dia lakukan dan juga sebagai meraikan pencapaian pelajarannya... ntah camana dia terlepas cakap dia teringin ndak tolong aku cat rumah... so hape laagi... aku kerah dia ngecat lerrr.... tapi tak boleh teruk teruk takut terbuka posa plakk...
malam tuh, lepas berbuka dia mintak aku goreng maggi... dan masa tuh aku bagitau dia tinggal satu lagi jer permintaan... akakak.. dia mungkin terperangkap dan permintaan terakhir dia plakkk terus dia order ndak mintak 3 lagi permintaan.. arrk.. terkedu aku!
ko camnih, tak abih lerr...
Aku petik bebapa bait dari Inspiring Thought, bendealah nih aku tujukan kepada kengkawan yang begitu tersinggung ngan sikap pengurusan yang memberikan bonus CTIO kepada dept yang tertentu walaupun pencapaian terbaik itu terhasil dari sokongan berpasukan (team effort). Memang pada dasarnya mereka mempunyai point yang jelas untuk menyuarakan ketidakpuasan hati namun.... the show must go on!
Aku petik bebapa bait dari Inspiring Thought, bendealah nih aku tujukan kepada kengkawan yang begitu tersinggung ngan sikap pengurusan yang memberikan bonus CTIO kepada dept yang tertentu walaupun pencapaian terbaik itu terhasil dari sokongan berpasukan (team effort). Memang pada dasarnya mereka mempunyai point yang jelas untuk menyuarakan ketidakpuasan hati namun.... the show must go on!
If you fill your heart with regrets of yesterday and worries of tomorrow, you have no today to be thankful for...
Selamat berfikir dan beramal...
Selamat berfikir dan beramal...
Buat Greng yang berjaya membuatkan aku terbeli ketulan emas secara maya satu masa dahulu dan x-roomate cahayaku Wan, Salam Ramadan buat korang berdua. Tak pernah terdetik difikiranku bahawa ada jugak member sekole yang membaca coretanku ini!
Buat lerr rumah tebuka lagi di Syawal nih... mana tahu ada rezeki aku kat sana... leh merasa kuih raya kat rumah korang.
Ulasan