Kotasinga 2009
terus ke bilik aku minum air mineral, makan kacang satu bungkus dan kuar carik nasik....dicelah-celah kedai pig leg cuisine dan beraneka selera yang tak halal bagiku... aku nampak kedai muslim food. Nekad jerr aku makan... tapi tak abih pasal suasana sekeliling kurang memberangsangkan.
Masuk kembali ke market place The raffles, aku tingat kembali tempat aku lepak masa memula datang ke kota ini utk Progress database training suatu ketika dulu, lepas tuh datang lagi untuk bincang pasal Zotob Virus attack dan kali nih datang utk evolution training.
trip yang pertama dulu pun bulan ramadan gaak... tapi kali nih... kaki aku dok tengah sakit... leceh skeet laaa... jalan sampai cramped!
hariraya @ the city
malam tadi masa lepak nengok channel Suria, ada berita konsert depa buat kat Kg mende ntahh.. lupa plakk aku. Dia kata itu adalah kampung yang kedua terbesar kota ini namun semuanya hi-rise belaka. untuk hari raya dah jadi kebiasaan semua orang pulang ke kampung dan sempena Ramadan, depa buat konsert bagi memeriahkannya... aku keliru dan hairan, nyanyian, jogetan dan persilatan dipersembahkan untuk menyambut ramadan... meriah mende?maafkan aku warga kota singa, apakah melayu disini semakin kehilangan arah... agak tidak keterlaluan sekiranya aku kata depa nih cuma tinggal nama dan bangsa... sinonimnya melayu dengan islam semakin mengurang. Banyak yang ditonjolkan langsung tidak menjurus kepada erti Ramadan itu sendiri... Ini adalah kesan negara maju terhadap bangsaku...
Penang juga sedang pesat membangun menuju ke arah itu, dapatkah generasi mudaku menepis kesemua cabaran yang mendatang ataupun mereka juga pasrah dengan semua perubahan. Apakah evolusi terhadap ciri keislaman semakin menebal ataupun semakin pudar?Aku sendiri sangsi kerana aku ponn tak tahan untuk mengelak dari terjerumus ke arah itu kerana segalanya indah belaka...teringat aku ngaji kitab ngan Haji Hamzah, kata pengarang... syurga itu dipagari dengan semua yang tidak disukai nafsu... manakala neraka pula luas terbentang dengan segala keindahan yang disukai naluri manusia....
disini gadisnya cantik-cantik belaka... putih mulus dan berpakaian terbuka... dimana ndak diletakkan mata bilamana 70% dari sudut pandangan kita dipenuhi dengan dengan beraneka tarikan nafsu secara percuma?Di elakkan dada terpandang paha... mengelak paha, punggung menonjol pula.... akakakak kurus puasaku dikota singa....
petang tuh kembali dari training jam 3pm... aku kaget dengan suasana kampus di Republic Polytechnic, suasana sebenar kampus diluar Malaysia terpapar. Setiap anggotanya begitu celik fesyen.. mungkin itulah dia istilahnya namun bagiku, tak ubah seperti sebuah tadika. Pakaian ala bayi kebanyakannya yang dipakai... si pria bangga dengan pakaian besar dan si genit pula menunjukkankan asetnya yang bugar.
berbuka posa di kedai bugis...
setelah penat berjalan kearah Seah Street, satu-satunya restoran melayu yang ada dah tutup. Katanya, kami cuma sediakan makanan yang ditempah seawal jam 5pm. Dah lerr aku jalan jauh ngan kaki yang sakit, masa untuk berbuka tinggal lagi 30minit... hujan lak tuh... dengan mengikut kata hati dan langkah kaki aku menuju ke arah Arab Street yang khabarnya banyak terdapat restoran halal... langkah longlaiku nampaknya berhasil bila ternampak kedai makanan ala kedai kopi mamak kat pekan BM... aku terus disapa masuk... dan tempat yang paling hampir dengan tempat memasak ada meja kosong.. aku ponn duduk dan order teh O ais dan nasi goreng. Ada minah indon... kot..??? yang jual nasi ayam penyek kat situ. Ayam Penyek... ghairah namanya tapi takde bendenye... nasik ayam biasa jerr aku nampak. Ntah mende plakk yang penyek, kurang periksa aku..!
Masa menuggu tu ku habiskan dengan melihat gelagat pengunjung lainnya yang hadir membeli makanan. Ada sorang awek bergetah datang order... pakaiannya cam athlete jerr... ngan suar ala tracksuit, singlet dan sport sneakers. Sorang tuh pakaian ala pekerja pejabat... dan sedang asyik nengok orang... datang sorang India...
rasaku memang buruh dari India, datang order roti canai 3 keping dan terus makan... tanpa minum eheheh.. :)Lepas berbuka aku terus kuar kedai... bayar dan lepak tepi tiang pasal kat luar tuh ujan... ehehehe...di luar tuh lebih ramai couple... awek ngan balak berbuka puasa diruang terbuka dengan hati terbuka dan paha yang terbuka dan dada terbuka... hmm... kini aku di dunia yang penuh keterbukaan. Bolehkah aku termasuk dalam golongan yang sempit fikiran jika masih tak dapat terima hakikat bahawa aku berdiri dibumi yang dulunya dinamakan Temasik dan kemudiannya sebahagian dari Malaysia... hmmm..
Evolution Training
Masa training, ramai awek yang rupanya sebijik melayu dari CSG, kusangka melayu rupanya pinay.... akakakak Balik dari training, aku berbuka puasa di ruang udara cameron Highland dalam cuaca hujan yang lebat.Pada pandangan aku mentari masih berbaki di kaki horizon pada ketinggian pesawat, walauponn waktu Maghrib telah berlalu 4-5 minit yang lalu, tapi tak tergamak lagi aku menjamah tamar di tangan.
Bila memikirkan tentang gaya perjalananku, sikap dan keletah orang di tempat lain, perjalanan yang memenatkan, keletah pihak pengurusanku yang sering mendesak untuk sentiasa ada improvement dan penerimaan kami dari Johor, Kulim dan Sg... dapatlah aku simpulkan bahawa, apa jua rentak gendang yang dipalu oleh pihak atasan, tarian haruslah diteruskan.
Walaupun bagiku rentak ini adalah sama... sepertimana lagu hariraya yang dinyanyikan semula dalam rentak raggae ataupun rentak joget... lagunya tetap sama, liriknya masih serupa namun jika boss teringin ndak lihat ditarikan secara hip-hop sebaiknya yang di bawah turuti sahaja kerana membantah akan menghentikan segala perancangan yang disediakan.
Sikap kita yang menerimanya yang menentukan keindahannya. Kalau diruang kerja yang tak seluas mana ini kita tidak gembira... camana ndak bawa pulang keriangan untuk dikongsikan bersama keluarga di rumah....betul tak..?
dibawah nih ada terselit satu cerita tentang sikap/attitude yang masih aku ingat untuk dimanfaatkan bersama..
sorang wanita nih lepas jalani kemoterapi untuk kanser tahap ketiganya bangun pagi dengan 3 helai rambut di kepala lalu berkata "biar aku dendan saja rambut ku ini" dia lakukan dengan rasa gembira sepanjang hari... keesokan harinya cuma tinggal 2 helai dikepala... lalu di sikat belah tengah dan gembira seperti hari sebelumnya... hari ketiga cuma tinggal sehelai... lalu di ikat kebelakang ala pony-tail... dan dia tetap gembira seperti biasa... sehinggalah kesemuanya gugur dari kepala lalu dia berkata... "hmmm... aku tak perlu lagi memikirkan fesyen rambutku untuk hari ini..." Sentiasa mencari yang positif dari sebalik kejadian yang memangnya tak dapat kita elakkan.
setakat tuh dulu... maafkanku warga kotasinga, aku masih lagi kolot dalam penerimaan perubahan yang bagiku terlalu drastik ke arah menjauhi Islam.buat yang mengerti... silakan sebenarnya sikap kita adalah segalanya...!
Ulasan