Sketsa Hyderabad....
Biasa mendengar sketsa ini?
Terfikir tak oleh kita bahawa, bila kita berada diatas, kita tidak boleh berehat walaupun seketika kerana mereka yang tumpas dibawah, sentiasa memikirkan idea dari pelbagai sudut untuk kembali menewaskan kita.
Aku menulis lagi di kelapangan lain... hari nih aku MC pasal mata ketumbit... or timbilan... or conjuntivitis kata doktor... kuar jap ngan Ein carik jamban dan bath tub & water heater abih RM2360... pepagi tadi servis aku punye Alphard.. kena RM340 tuh ponn nasib baik brake pad aku claim warranty kena bayar RM 15 untuk gantikan ngan yang baru... lepas buat aligment, dia kata roda depan aku ada lari skeet... kanan kedepan, yang kiri kebelakang... so kalau atas lebuhraya dia akan tarik stereng ke kiri, dengan kata lain... aku tok leh makan nasik lemak sambil memandu laaa...since dia mintak at least 7 hours untuk tarik chasis.. aku buat lain kali jerr la..
Bila terjadinya sesuatu perkara... yang berlaku tetap akan berlaku, tidak bertangguh dan perlaksanaannya tuntas ataupon complete. Namun disebalik kejadian itu, pelbagai reaksi manusia terpapar untuk di fikirkan.
Apakah aku perlu begitu, atau sebaliknya begini sahaja atau mungkin juga kombinasi begini dan begitu... dannnn manusia, sebagaimana biasa suka akan sesusatu yang lebih kompleks akan menangkup keputusan begini dan begitu mengikutan peratusan 50-50 atau 60-40 dan sebagainya...Yang dipersoalkan yang manakah yang terbaik?
Lihat sahaja keputusan Badminton terbuka Hyderabad, India. skuad double wanita yang paling utama mengikut ranking IBF.. kita tewas mudah ditangan pasangan Jepun *yang dilatih oleh park-Joo Bong. Wartawan begitu kejam sekali memaparkan suatu tajuk sukan "Tewas Mudah" atau "Kecundang di gelanggang lawan" atau Jaguh yang tersungkur etc etc...dan seterusnya bila Chong Wei tak sempat bertemu Lin Dan di acara akhir.... tajuknya "Tak Dan"... atau tak sempat bertemu Lin Dan...
Siapakah penulis ini? tiada istimewanya... tak lebih dari hanya seorang penulis yang mementingkan jualan harian akhbarnya dan ternyata keinginan untuk menjelmakan diri sebagai seorang penulis beretika yang sanggup menyumbang dengan segenap tenaga dan idea bernas untuk membangunkan sukan negara tidak pernah terlintas difikirannya.
Anda tentukan...
Boleh tak sesekali berkata dengan diri sendiri.." Kalau aku tak berupaya menjadi juara dunia, biarlah aku bantu menjinjing beg sukan atau apa jua yang ada bagi mereka yang berpotensi untuk mengharumkan nama negaraku dipersada dunia..."
Ku ajukan sekali lagi... Boleh tak?
Jawapannya ialah MUNGKIN boleh namun realitinya lebih berat kepada TIDAK.
Jawapannya ialah MUNGKIN boleh namun realitinya lebih berat kepada TIDAK.
Terfikir tak oleh kita bahawa, bila kita berada diatas, kita tidak boleh berehat walaupun seketika kerana mereka yang tumpas dibawah, sentiasa memikirkan idea dari pelbagai sudut untuk kembali menewaskan kita.
Jadi... dulunya, zaman mokhtar dahari, malaysia pernah layak untuk ke pusingan kedua bolasepak zon asia namun kini, kita sepi.
Dulu, zaman libasan maut Adnan Saidin sangat menggerunkan pihak lawan sehingga sepaktakraw Malaysia selaku penyumbang emas tetap negara bagi semua kejohanan, namun kini...bukan sahaja kalah ditangan negara jiran Thailand... dengan Indonesia ponn kalah.... dan yang lebih menyayat hati, tewas di tangan Korea Selatan... erkk aku kena gelak or nangih nih aaa...??
Mana silapnya... terlalu banyak campur tangan politik di ruangan sukan mungkin suatu varians yang tak boleh dibuang... contohnya Pusat kecemerlangan sukan di London... hape kejadahnya?
Bila adanya tabiat ini.. yang jatuh terjelepok dibawah, tiada kemampuan untuk menerima hakikat bahawa mereka kalah kepada yang lebih baik prestasinya... mencari jalan untuk menurunkan mereka di persada sana dengan kaedah yang tiada semangat kesukanan langsung.
Hantam mereka dari segi emosi... kritik mereka tanpa memberikan idea yang bernas... menggelar mereka dengan pelbagai gelaran sinis.... "Jaguh Kampung..." etc etc... camana?
Bendealah nih sebenarnya berbalik kepada kita sendiri dalam menentukannya... baik buruknya sesuatu itu adalah berpunca dari kesungguhan diri untuk melakukannya.
Jom ambil contoh... sekiranya kita berada di perantauan, bila berjumpa orang Malaysia di sana... hmmm... rasanya indah sekali, tambahan lagi bila dah lama tak cakap melayu... sekali jumpa leh plak citer skeet... perghhh INDAH tak terkata....Dulu aku penah dok kat Bangkok 4 minggu... dah 3 minggu lebih aku tak cakap melayu... ada lerr seorang hamba Allah nih bersama keluarga dari Malaysia jumpa kat SIAM SQUARE.... dia tegur dan boleh citer panjang... aku sonok cam ndak rak....!!!
Makna kata... kalau di perantauan, kita akan bersatu hati, bantu membantu dan bekerjasama... macam wonder pets!
tapi bila balik ke tanahair sendiri... hmpphh.. hampeh.. tak mandang lerrr kata orang perak!
Ada sekali tuh aku jumpa sorang mamat student kat airport Cork, Ireland... dia panggil aku WAKK... dari mana WAKKK... terharunya aku... tak reti jawab... dia mungkin lebih senior dari aku kat situ, namun aku plakk lebih senior dari dia dari segi umur... so aku cakap formal jerr la... akakak...
ermmm... citer lagi pasal orang kata aku nih muda... akakakak... citer sonok nih nak nak lagi bila dah tua macam aku nih.. akakaka.. semalam ada orang call aku punya HP.., awek plakk tuh... dia cakap ndak cakap ngan ayah... atau sesiapa saja lelaki yang lebih tua dari aku kat rumah nih... errkkk.. tergamam aku.. aku jawab lerr... saya lelaki (dengan intonasi yang sangat innocent) dia terus pangil aku adik... boleh kakak cakap dengan lelaki yang layak mengundi di Permatang Pasir.. hak haak haaak... memang aku pengundi kat situ dan terlibat ngan PRK di Permatang Pasir... tapi bila awek tuh panggil aku adik... so tak payah lerr... aku terus cakap abah takde... dia pi karaoke... akakakakakakak
Padan muka dia kena tipu ngan adik tua nih... akakakakak
ntah apsal, rasanya suara aku kat phone bila pi hantam vendor, depa takut gaak... tapi boleh awek tuh kata aku budak.... hmmm...
Aku menulis lagi di kelapangan lain... hari nih aku MC pasal mata ketumbit... or timbilan... or conjuntivitis kata doktor... kuar jap ngan Ein carik jamban dan bath tub & water heater abih RM2360... pepagi tadi servis aku punye Alphard.. kena RM340 tuh ponn nasib baik brake pad aku claim warranty kena bayar RM 15 untuk gantikan ngan yang baru... lepas buat aligment, dia kata roda depan aku ada lari skeet... kanan kedepan, yang kiri kebelakang... so kalau atas lebuhraya dia akan tarik stereng ke kiri, dengan kata lain... aku tok leh makan nasik lemak sambil memandu laaa...since dia mintak at least 7 hours untuk tarik chasis.. aku buat lain kali jerr la..
Ulasan