Bo Ong... tadak luck lor...!

Isu aku pagi nih ialah bila berkata bohong telah menjadi suatu amalan biasa... bohong atau tipu muslihat etc etc sebenarnya adalah satu cabang seni. kalau main silap mata... tipu gaak.. main bola ponn kena tipu penjaga gol, kotidak camana ndak score... kannn.... so bohong nih suatu
amalan biasalahh untuk mengaut keuntungan kannnn...Ada orang niaga kuih kat pasar ramadhan, nampak cantik dan sedap bila makan... uwek.. nyok dah basi dibuat
inti. Bukan semua, mungkin dalam 50 pulut udang tuh ada 3 atau 4 pulut udang semalam yang tak abih.Bohong gakk tuh, cuba ada yang pi bagi balik kat dia, sure dia akan menggunakan segala kemahiran berbohong yang ada untuk mempertahankan diri...


Joseph Goebbels, raja propaganda regim nazi di zaman Hitler dulu pernah berkata, Sekiranya seseorang itu bercakap bohong and terus menerus mengulanginya...sampai satu tahap, semua orang disekelilingnya akan percaya juga akhirnya!

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang mencintai negara sendiri... kita perlu berhenti sejenak untuk berfikir, apakah nasib generasi baru kita sekiranya aktiviti ini berterusan. Mungkin Joseph Goebbels nih adalah pelopor dalam bidang ini, dan bagi membolehkan tradisi ini diteruskan makan digubalkan ia sebagai satu undang-undang yang tak boleh dipertikaikan demi keselamatan negara. Maka pembohongan secara terbuka (white lies) dilakukan sewenang-wenangnya..

Aku terfikir untuk menulis setelah membaca sisipan di MalaysiaKini mengenai politik dan kebobrokan yang dibawa oleh pendokongnya. HM aku kat High School dulu, mendiang Dr Naidu pernah cakap... "..never go into politics until you're 40".


Hmmm... umur 40, kata omputih life begins at 40 dan yang utamanya Rasullulah saw dilantik menjadi rasul pada usia tersebut. 2010 bakal menjelma tak lama lagi... adakah kehidupan sebenar aku baru nak bermula ataupun aku telah menjalani, menikmati dan bergelumang di dalamnya tanpa sedar selama ini?

Apa makna kehidupan yang akan bermula pada angka 40, bukankah aku hidup di dunia ini bermula dari tangisan pertamaku keluar dari rahim ibu? Sebagaimana biasa, aku suka menghamburkan persoalan untuk aku fikirkan sebelum berkongsi dengan orang lain bagi mencari persamaan dan juga perbezaan. Biar ku rungkaikan satu persatu untuk dikenalpasti, difahami dan persetujui bersama...


Pada umur sehari sehingga umur 5 tahun, aku kurang pasti... namun masih aku teringat lagi camana aku hilang dari pegangan tangan mak masa membeli-belah untuk persiapan raya. Aku bantai nangis dan bila orang tanya nama... aku bagitau namaku Suhaimi akakakak... orang tuh bawa aku sepanjang jalan sambil bertanya dan jumpa balik ngan mak aku kat kedai kasut... akkakakakak
Lepas tuh ilang kat bayan lepas airport plak... aku bantai ikut mat saleh masuk ke dalam area bebas cukai... jenuh bapak dok ligan akakakakak...masih dok terbayang lagi sikit-sikit gelagat aku masa tuh.... FREE, HAPPY and NO OBLIGATION at all.


Bila dah darjah 6 baru ada skeet rasa tanggungjawab... tak banyak... skeet jerr... biasa laa budak lelaki. Bila masuk alam remaja, aku lebihkan kawan dari segalanya... kata Rasulullah saw, kita adalah apa yang ada pada kawan kita... kalau berkawan ngan orang kaya, kita mewarisi sifat takabbur, berkawan dengan raja mewarisi sifat sombong... errp... bukan raja rogayah aaa.... aku kawan ngan dia leh anak 3 orang :)
berkawan ngan orang miskin mewarisi sifat tawadduk dan belas kasihan dan seterusnya.

Kat situlah aku belajar dari Asri, bahawa kat luar sana ada beribu orang yang dok bersedia ndak membohongi kita.... start dari masa aku kerja sambilan kat Shell petrolstation Bukit Tengah. Kerja gaji rm15 sehari tapi pump short rm30.. pasai ramai yang nak tolong isikan minyak tapi duit tak masuk dalam laci aku sebaliknya masuk terus ke poket memasing...
dari situ lerr aku belajar tentang seni menipu ini.. sungguh berseni, mulut mesti manis lagak gaya tak berkira adalah satu kewajipan. tapi kalau dah boleh kat dia... hmmpp... habih!


Orang kata bangsa melayu nih lemah skeet bila berdepan ngan kemewahan, jadi dengan longgokan duit di depan mata abih tergadai prinsip dan maruah. Sanggup menjaja bohongan mereka itu diserata tempat dan menanti imbuhan dari penternak mereka. Kemahiran untuk berbohong ada kalanya kurang bermutu dan berjaya dihidu oleh pencari kebenaran...
hmm masa nulih nih ponn aku kena bohong dah... kata nak tukar lampu liplap arinih... hmmm hampeh! terpaksa lerr aku balik dan bohong anak aku plakk ntah ngan alasan hapa plakk...

Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Dr Naidu kat kami dulu bahawa jangan masuk politik before 40. Just imagine kalau aku ditawarkan untuk lompat parti dengan bayaran RM25juta.... fuhh syiok wooo... tak payah fikir pasal kegawatan ekonomi... orang caci diri dan keluarga etc etc pasal duit melambak tak abih makan hingga ke anak cucu. Soal bicara Munkar-Nakir, Timbangan Mizan etc etc... tolak tepi dulu, janji enjoy. habih leerr kalau dah sampai tahap tuh...

so fikir kembali lerrr... minta Allah jauhkan kita dari ditimpa musibah begini. Takut dugaan ini berlaku depan mata kerana sesungguhnya kita tak berdaya ndak hindarinya.
Berbalik kepada persoalan pertama tadi, mungkin dari peringkat remaja aku sehingga kini, aku sibuk dengan diri sendiri, cuma berfikir tentang survival diri namun bila dah hampir mencecah ke angka 40 barulah aku sedar bahawa segala perilaku aku masa ini, survival aku masakini adalah pemangkin bagi kelangsungan survival generasiku di masa depan. Rupanya bila dah cecah umur 40 barulah manusia akan bersedia untuk memikirkan tentang konsep sejagat lebih dari lingkungan dirinya sendiri sahaja...

Jadi, buat yang masih di bawah tempurung, di dalam selimut atau dicelah ketiak bini... bangunlah... secara malas ataupun bertenaga, kita tetap kena bangun juga untuk survival ugama, bangsa dan tanahair. ubah kebobrokan ini dengan keindahan Islam.

Kita dah ada template yang syumul, kenapa masih perlu tercari-cari dan menguji-uji prinsip bawaan orang lain ke dalam diri...berfikirlah secara waras... kejap lagi aku akan kuar ngundi kat Permatang Pasir, pass tuh petang nih kena pi Singapore plakk, training untuk 3 hari untuk IT dept dan kembali on this coming Thursday dan aku akan menulis lagi untuk berkongsi ilmu di minggu hadapan... selamat melakukan ibadah puasa dan selamat berubah, keluar dari budaya
BOHONG yang tumbuh meliar dijiwa kita....

Semoga hari ni, ibadah kita terlebih baik dari semalam.... Salam Ramadan dari aku buat semua yang membaca!

Ulasan

tajudin berkata…
Syabas Bro. Bagiuh 2x.

Bila mu citer bab ni dan bab permatang pasiaq ni, teringat aku kat sekolah aku STSS tu.

Nanti lah ada masa aku blog sikit pasai STSS.

Selamat Berpuasa Bro. Semua bertambah amal ibadah dengan umur yang semakin kurang ni...
Tanpa Nama berkata…
Mie,

Selamat Berpuasa.

- Zafrul

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...