Kembali ke pangkuanNya...
Mungkin malaysia kini sedang dilanda kesedihan kerana kehilangan seorang karyawan bertaraf dunia. Media Elektronik pagi tadi turut berusaha memuramkan suasana yang entah mungkin bagiku kerana perlunya kedua-dua host berbuat demikian adalah kerana kehadiran CEO mereka ke majlis tersebut dan turut membuat komen buat si polan ini...Terlalu dibuat-buat kesedihan untuk... hmmm itulah dia cara untuk naik pangkat... sentiasa menari mengikut rentak tarian Boss kalian... sedangkan Boss dia sendiri kagum dengan kenyataan bahawa "Rezeki Allah yang tentukan... bukan manusia" Pelik dan berbelit lidah manusia nih kannn...
Aku turut terpanggil untuk menulis tentang peristiwa ini bukan kerana aku penulis pojok majalah hiburan namun aku berusaha menyuarakan ketidakpuasan hatiku dengan idea-idea yang dibawakan ke tengah masyarakat oleh si polan nih di dalam filem-filemnya....
Jauh sekali aku membenci perwatanakannya, coretan ku ini based merely on her idea on Islam.
antaranya yang sempat aku tengok dari salah sebuah filemnya, cerita keluarga bahagia yang mana jirannya yang sentiasa bertudung dirumah dan kerap menegur mereka kerana bersikap terlalu terbuka... pasal anak dara mamat tuh menari dihujanan bersama alunan muzik ayahnya bersama rakan-rakan.. jiran yang menegur terus ditimpa malapetaka apabila suaminya telah berkahwin lain...
Indah sungguh hukum karma buatan manusia...
Scene yang lain plakk.... balik dari ntah mana-mana ke rumah ibu-bapa menyuruh adik-adik yang lain senyap syhhhhh.... kerana tidak mahu tidur anak daranya bersama lelaki berlainan agama sebantal diruang tamu terganggu... APA NI????
percubaan untuk gadaikan maruah Islam atas nama perpaduan kaum...????
Objektif menghalalkan cara???
*sorri emosi skeet....
Aku tak sanggup budaya ini diterapkan didalam minda anak-anak generasi baru. Ini salah disisi ugama, tidak kira dari sudut rasionalnya mewujudkan suasana harmoni berbilang kaum SATU Malaysia.... Tiada kompromi langsung disini.
Aku sebenarnya terasa takut dengan cabaran yang menunggu generasi mudaku bila melihat kehadiran satu golongan NGO dipanggil KAKAK dalam ISLAM yang berucap di media elektronik berkata tentang fasakh, talak dan taklik sedangkan yang berkata mengenai Islam itu tidak bertanggungjawab menutup auratnya sendiri... dengan mengatakan bahawa menutup aurat adalah dari cabang furu' yang lain... orang sebeginikah yang akan digunakan oleh generasi terkini untuk membela ISLAM?
Percaya tak satu hari nanti mereka inilah yang akan diguna-pakai oleh golongan tertentu untuk menghancurkan Islam sebagaimana cerita terkini tentang soal-soal ISLAM ingin dibawa ke sistem perundangan sivil instead of syariah!
Penah dengar tak... Ibu-bapa yang masuk Islam tidak berhak ke atas keislaman anak-anaknya sehingga mereka berumur 18 tahun... arghhh... satu lagi bala sedang menanti. Inilah akibatnya bila pesara tentera yang dilantik menerajui jabatan agama ISLAM merujuk kepada Encik SUKUN dalam membuat keputusan mengenai hal-ehwal ISLAM. Demi perpaduan lagi... tadak alasan lain ker?
Kembali ke cerita asal... mungkin ada hikmah hidupnya diakhiri sedemikian rupa. Cuba bayangkan.. adakah ianya Husnil Khatimah atau Suuil Khatimah. Mati ketika memberikan ucapan... teringat aku peristiwa dibulan rejab kelmarin... seorang imam pengsan ketika sedang membaca khutbah Jumaat dan terus meniggal dunia. Nampak dak persamaan pengakhiran mereka berdua ..??? Apa yang sama dan apa yang berbeza.... keduanya berakhir ketika memberikan ucapan.. namun...
Renung-renungkan... dan selamat beramal
Ulasan