erti sebuah kemerdekaan...

"Apa hak kamu memperhambakan manusia yang dilahirkan merdeka...."Kata-kata sahabat rasullulah saw ini sangat mendalam ertinya kepadaku. Entah mengapa... dejavu atau apa...
aku rasa seperti pernah berada di dalam keadaan itu. Sekiranya terjadi sebegitu kat aku... aku akan begitu


pasrah...tak tahu ndak kata apa.. namun aku bersyukur kini kerana aku tidak diduga sedemikian rupa. Pernah tak rasa camana orang-orang yang kamu sayangi berada di sebalik dinding cermin dan tak boleh bersentuhan secara fizikal... berjumpa bertentangan mata namun berkata menerusi telefon cuma..

tanpa pembelaan sewajarnya... tanpa dibicara dan dipenjarakan tanpa diketahui tempoh panjang masanya.



Tersepuk seharian dipojokan itu... terkenang-kenang akan aktiviti harian dikala hidup bebas.. terus-terusan mengira-ngira masa berlalu kerna itulah sahaja yang boleh dihitung. Masa depan ternyata tiada yang dapat dijelaskan... kabur.. kelam berjerebu!






Bagi mereka yang membuat keputusan, atas dasar apakah yang tak dapat diterima-akal, melakukan sedemikian. Mungkin kerana terlalu selesa bersama keluarga... terlupa tindakannya menghiris saudara seIslam... Disitulah puncanya akibat hilang pertimbangan bila mengeluarkan arahan!Hilangnya kemanusiaan... bagaikan hidup dihutan. Melaksanakan hukuman liar .. aka Jungle Law.. only those who fits can survived! fit bukan dari segi persaingan... tentunya dari segi kesepakatan...

berpakat melakukan yang dituntut tidak mengapa... camana pula bagi yang ditegah?Menurut sahajakah...???


Bagi yang ada anak... yang ada bapak... syukurilah kehadiran mereka sementara berdaya.

Bacalah cerita benar ini... dan ambil ikhtibar darinya... tak kesemua insan yang lahir dinegara berdaulat ini merdeka jiwanya.

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18
April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua
peristiwa.
Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan
dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari
pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga.
Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa
di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu
takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang
dari minda saya......
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan
kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah,
mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak
tahu, apa yang mereka cari.
Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua
sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil
memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila
terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya
mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga
sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu
maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah
berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap
di hujung talian....
7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari
fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.
Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan
sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam
tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau.
Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu
padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit
bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45
minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta
melepaskan kasih sayangnya kepada saya.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah
hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu
kepadanya.
Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk
bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu
rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan
tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...
Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan
membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana
memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama.
Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya
dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di
sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur...
Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan
Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang
bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak
dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada
tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya
tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin
menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai
aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang
lain.
Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum
dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama
Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem.
Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti
menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani
kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh
tahun dan terus berlarutan.
Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan
sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di
mahkamah.

Dipetik daripada blog merdekareview.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...