Salam Hari Bapa 2009

Hari sambutan sedunia telah lama di pikirkan, namun tak pernah plakkk terlintas dalam kepala hotak aku ndak menulis tentang hari bapa.... biasa laaa.... masa dok ada bapa, selalu kita lupakan, namun bila dah tiada... baru meruntun hati merintih hiba dan ntah hape-hape lagi ntahh....
Disini biarlah aku kongsikan cerita sebuah kehidupan di sebalik seribu kerutan dimuka ayah ku... Haji Basir bin Basimin. Dia lahir di tahun 1936... tarikh sebenar kurang dipastikan kerana pohon kelapa yang ditanam semasa kelahirannya juga telah musnah ditelan zaman.
Ayah aku seorang pejuang sebagaimana yang pernah aku coretkan dulu, berjiwa pejuang dan sentiasa patuh dengan disiplin perjuangannya. Dia begitu setia kepada ketuanya... dengan kata lain... dia takut dengan orang atasan. Kekadang aku sering melawan arus dengan dia. Adakalanya dia begitu takut untuk berdepan dengan orang atasan sedangkan bagiku, orang atasan mestilah berupaya untuk memberikan khidmat kepada orang bawahan kerana mereka dibayar untuk itu... namun rasa gentar dan takut itu terus-terusan membelenggu dirinya....
He is very humble...! i really mean it...
Pernah dia bagitau aku... nak jadik orang tuh, biarlah jangan menyusahkan orang lain. Terpahat kata-katanya tuh dalam benak aku selama ini dan jarang terlupa. Benda yang sama aku bawa kemana-mana, dikongsikan dengan anak-anak dan juga kenalan.
Dulunya setelah selesai berjuang menentang konco-konco Chin Peng dia area bukit Ladang getah Anak Kulim sehingga ditembak di punggungnya dia keluar ke dunia nyata... bekerja sebagai seorang penoreh di ladang Bertam Estate dan juga pemain bolesepak yang digeruni (estate player) kerana mampu "bulldoze" bola, pemain dan padang dengan serentak akakakakak...
Berkahwin dengan Hajah Siti Surati setelah berkahwin sebanyak 3 kali sebelumnya.... :) bakat nih jerr yang aku tokleh warisi dari bapak akakakaka...
Dia penah keje sebagai buruh kapal kat Weld Quay... dengan gaji RM5 sehari... keje tanggung baja, simen, jagung etc dari kapal ke lori dan sebaliknya... penah aku dengar mak citer dia kena buang sisa simen yang lekat kat rambut bapak lepas balik keje menanggung simen... setelah ehari suntuk bekerja, duit gajinya hilang, ntah jatuh atau diambil orang... hmmm... sebak aku dengar!
Dia terus keje jadik drebar lori lepas tu... syarikat Lori Malaysia, BUMIREL, RoadRailer, Thai Hong Logistics dan yang last sekali ialah lori minyak sawit kat kilang di perai AhPing.
Lepas tuh dia bawak bebudak sekolah yang terdiri dari Jaja, Balqish & Abg Imran dan yang terkini... dia lepak jerr kat rumah. Pepagi cuma antarkan Nana dan Piya ke sekolah jer...
Dulu, pekerja biasanya dapat duit gaji CASH. Aku jadik tukang check bila dia kasik duit kat mak. Around RM970 sebulan.... dia bagi terus kat mak untuk run house financial. Dia makan duit trip jerr.... ada sekali tuh duit gaji dia kena curi or jatuh aku kurang pasti... kebijaksanaan mak mengawal operasi rumah amat aku kagumi... kami masih survive... masa tuh Nan, Man, Wok, Tam, Ila, An dan Yanti adalah anak-anak burung yang sentiasa lapar dan nganga mulutnya nanti untuk disuap.
Ntah lerr... camana mereka begitu tabah menghadapinya....
Yang dah besar... kami paham lerr erti mengikat perut tapi camana ngan yang kecik?
Mak meniaga bihun/mee goreng... sebungkus 30sen... aku, aman dan nan pi jual ... abiss buleh lerr rm13 lebih kurang lepas jual 40 bungkus bagi menampung belanja kami sekeluarga.

haji Basir nih kalau bercakap, ramai yang kurang memahaminya kerana istilah sentia sa bertukar. pernah sekali aku minta tolong Arwah cikgu Razikin sign surat sokongan untuk mendapat biasiswa... namun yang dikatakan bukan bisiswa... sebaliknya mahasiswa!
Sentiasa ada cerita jenaka spontan darinya. Namun dialah orang yang sangat aku hormati. Menghiburkan hatinya di penghujung umur telah menjadi agenda tetap bagiku. Apa sahaja kehendaknya akan kuturuti... kerana dia mengajar aku menjadi bapa yang sebenar.

Katanya:
"...hartaku tiada untuk diwarisi anak-anak... namun kesemua anak-anak diberikan kesempatan yang serupa sejak kecil iaitu kemudahan belajar secara normal disekolah. Sebanyak mana ilmu yang dapat kamu capai sepanjang pembelajaranmu... itulah harta peninggalanku. Rebutlah peluang belajar itu selagi berpeluang.... "



Ein, Eisya dan Erman.... sekiranya kamu sudah dewasa dan mampu untuk melihat kembali blog abah nih.... fahamilah apa yang abah lakukan ini adalah untuk diri kalian jua...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...