Golongan karyawan...

Bila aku sudah tiada
Simpan semua laguku
jangan ditangis selalu
mungkin itu sementara
bila jumpa penggantiku
jangan dilupakan aku
pagi itu indah seperti biasa
tidur yang lena terhenti disana
Layap kuyu masih tak terdaya
buka tingkapmu
curahkanlah cahaya
siapa yang sangka
bila tiba masa kita untuk pergi selamanya
takan terduga
jika saat ini tuhan tentukan akulah orangnya
gelak tawa tangisan yang hiba
kenangan kita masa didunia
alangkah indahnya jika
kita mampu hidup selamanya
betul juga kata-kata itu.

Aku menulis berdasarkan pengalaman orang. Ada yang bercerita... suatu ketika dulu, bapanya menjadi hero rakyat.... sentiasa membantu orang dari pelbagai segi dari masalah keluarga, masalah kewangan, kerjaya etc.... segalanya dialah yang menjadi problem solver. Namun bila bapanya telah tiada... anak-anak yatim itu bertebaran tanpa ada sesiapa yang mengambil alih membantu mereka.... Inilah snearionya manusia... tergambar dalam lagu di atas.
Mungkin selama ini aku hanyut diliburkan dengan pelbagai pujian yang mengkhayalkan dan sedikit sebanyak tidak dapat aku nafikan aku terus-terusan berlagak menjadi hero. Sentiasa berada dibarisan paling hadapan untuk menghadapi segala rintangan dan musuh yang melanda bagi pihak semua orang yang datang mempersembahkan kekurangan mereka. Aku seolah-olah tiada kemampuan diri untuk menghalang dari terus memperhambakan diri mempertahankan orang lain yang nyatanya tiada langsung terlintas dihati mereka tentang peri pentingnya kehadiran aku dan idea ku di dalam kehidupan mereka... ahh.. tak upaya lagi aku meneruskan kata-kata itu....





Semalam mungkin harinya?





setiap kali berkata tentang KESEDARAN aku sering mencari titik perubahan dan nyatanya semalam aku berada dititik itu.Penat lelah ku untuk memberikan yang terbaik untuk insan yang ku sayangi sejak kecil terasa sia-sia. Bungkam aku melihatkan perbahan drastik yang dipertontonkan tanpa rasa segan silu. kata-kataku semkain hilang bisanya. Itulah aku kini...batu loncatan yang semakin terbenam kerana begitu setia menadah lonjakan mereka-mereka yang ingin ke atas...aku lakukan dulunya dengan penuh redha kerana mereka itulah yang amat aku sayangi didunia ini... namun Allah memberikan hidayah yang sebaliknya kepadaku....
Aku semakin tersisih dari golongan itu.... ku gelari mereka sebagai golongan karyawan, yang bila berada ditahap yang sama dengan berdirinya aku mereka sudah tak perlukan aku lagi....Kini aku terfikir... jika mereka itu yang aku bela, aku pupuk dengan baja kasih sayang sejak kecil...aku belai dengan kemewahan duaniawi... aku sisihkan teguran membina selama ini untuk menunjukkan kasih sayangku sudah mula menunjukkan kuku yang sebenarnya... sudah berani berkta TIDAK dengan kudan yang hebatnya sembah derhaka itu tidak berlapik langsung... cukup dengan gestures yang penuh egoistik dia menidakkan aku.... tak terpadam memori itu dari benakku.Setiap kali terkenangkannya... kantung airmata ku terasa penuh... ada kalanya tertumaph keluar biarpun aku di tengah arus kesibukan panas hati tak berupaya merubah kedudukan.




Aku diperlakukan umpama seorang pemimpin yang telah kehilangan kuasa




Umpama pahlawan tanpa senjata
umpama penulis tanpa pena
umpama pencinta yang kehilangan kata-kata
umpama pujangga kehilangan fatwa
dan pembaca tanpa hatinya
Umpama Harimau yang kehilangan taringnya... errkk.. Eisya juga kehilangan taringnya semalam... cabut dua gigi taring serentak semalam...
Sebaik sampai kerumah, penat perjalananku ke Tronoh masih berbisa aku berbual dengan Shukri, kontraktor yang sedang menyiapkan pisang sesikat rumah jiranku...
Very fruitful discussion... aku mengambil keputusan untuk renovate dapur sebagai tindakan untuk elakkan bau masakan Rajaku kerkepul ke ruang tamu dan seterusnya ke dalam bilik...


itu alasan...hakikat yang sebenarnya biarlah tersimpan di suatu sudut rahsia hatiku... ianya begitu berkait rapat dengan golongan karyawan yang sibuk aku ceritakan dari awal lagi..Setelah berkongsi ratapan hati dengan jiranku.. aku buat keputusan untuk keluar bagi menghilangkan Bad Feelings emotions namun apa rasanya bila senario ini berlaku kepadamu:

telah lama kau berkawan dengan seorang wanita yang boleh dianggap spesel...masa, wang ringgit dan kudrat yang tak seberapa yang kau miliki dicurahkan segalanya untuknya. bagimu dialah watak paling ideal dan terasa bangga bila dapat keluar dengannya malah bila bercerita dengan kengkawan.. dia lah yang disebut-sebut sebagai permata hatimu... kembang kempis hidungmu pada ketika itu...Namun... panas yang diharap hingga ke petang, jerebu memenuhi ruang pernafasan.

Bila dia berada di puncak, dia merayakan bersama-sama yang tersayang..... dan yang lebih ironis, namamu tidak pernah terlintas untuk berada didalam senarai teman istimewanya untuk diajak bersama meraikan kejayaannya.Emosional keterlaluankah anda sekiranya anda terasa hati?Untuk menambahkan perisa keperitan dikecewakan itu ialah... tetiba kau muncul tanpa diundang kemajlis mereka secara kebetulan... Ntah bagaimana reaksimu namun bagiku... tak tahu aku ndak memandang ke arah mana
Aku yang rasa bersalah... ya memang bersalah... kerana tersalah meneka persepsi orang terhadapku berbanding penerimaan aku terhadap orang tersebut.disana aku melihat semua dari jauh, sayu tapi aku tak mampu... terasa aku bukan sebahagian dari mereka


aku terasing.. kerana aku bukan dari golongan itu... golongan mereka yang terpilih... iaitu golongan karyawan.....


Bermula semalam aku cuba untuk merubah perwatakanku... dari seorang hero masyarakat kepada seorang penjual ikan yang bebas merdeka fikiran tanpa memikirkan lagi siapakah yang layak ku bawa bersama memanjat tangga kejayaan... penjual ikan yang hanya memikir dirinya dan kelompoknya yang lebih kecil... penjual ikan yang diperkatakan Kiasu oleh masyarakat tionghua... dan akulah penjual ikan tersebut....
yang cicit kepada francis Light gelar SELFISH!

Maafkan aku kekasih kerana hari ini aku percaya pemberian terbaik aku untukmu adalah untuk membiarkan kau membina kekuatan dalamanmu sendiri.Aku teringatkan kisah kupu-kupu yang dibantu keluar melalui kepompong oleh seorang hamba Allah... yang akhirnya menjadikan ia CACAT tanpa boleh terbang sebagaimana kupu-kupu biasa kerana proses keluar dari kepompong yang menyebabkan ia terkial-kial untuk melepasinya itu rerupanya Allah sediakan KHAS untuk kupu-kupu itu menguatkan sayap bagi menharungi masa depan yang lebih mencabar. Tanpa melauinya dengan kekuatan sendiri, mejadikan ianya suatu kekurangan di masa hadapan...
*terimakasih BLOG kerana menyediakan tempat untuk kuluahkan yang terbuku dihati ini... masih terasa berbonggol walaupun telah berjaya dikurangkan saiznya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...