Tahun ke 9....


semalam, Mac 18, 2009... genap 9 tahun perkahwinan aku ngikut kalendar gregorian... rasanya baru jer berlalu... penat lelah dalam naik turun tangga rumah masih terasa.... errkk i mean rumah tangga.

Dah 3 orang cahaya mata Allah bagi kat aku suruh jaga.... ingatkan nak celebrate kat tempat baguih.. tapi balik lambat lakk... dok buat IT inventory report... pi makan kat KAPITAN bandar Perda. Erman yang dah bersiap comel... pi lena plakk... so kena tinggal laaa....

Ramai yang kata tarikh perkahwinan perlulah diingati selalu, namun berbeza plakk bagi aku.... kerana setiap kali bertambah angkanya itu aku akan sering tercari-cari sebab mengapa ianya harus berkekalan dan terus-menerus mendaki tangga berkenaan... bukankah ianya perlukan suatu pencapahan yang akan bertindak sebagai pemangkin bagi pertambahan umat Muhammad saw. ekekeke...


9 tahun lalu, sehari lepas kenduri kat Banting, aku clear semua periuk-periuk itam...elehh... macam tak biasa... periuk mak selalu aku gaak yang kena basuh... itam power punya... siap tak boh minnyak masa ndak pakai.. jelaga penuh.... akakakaka... abih basuh selalunya mak suruh pakai sabun mandi untuk dapat kesan berkilat... hmm petua tuu...

teringat lagi balik dari banting, hadiah penuh satu kete.. satria PDT6780 ijau cuma ada ruang untuk tengok cermin belakang jerr.... aku balik ke BM.


Rumah aku sewa sebelah rumah mak... siap ngan tikar getah, peti ais, TV, set bilik tido dan mesin basuh... tikar tuh dok ada dlm stor mak.... TV sekarang nih dok ada kat dlm bilik aku... peti ais still performing well cuma mesin basuh jerr dah demised... 2-3 tahun lepas.

Bagi aku angka 9 itu terlalu kecl untuk dibanggakan namun ianya suatu kemanisan yang tak upaya ku ungkapkan dengan kata-kata... Alhamdulillah... sesungguhnya Allah Maha Kaya dan menyayangi hambanya...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...