Sakit...
Sakit sakit sakit
macam macam perkara sakit
sakit takdo kojo
balik kampung panjat pokok kelapo.... - Ito Blues gang -
Tuh ler sedikit sebanyak senikata lagu Blues Gang yang aku teringat. Cakap pasal sakit nih.... sejak akhir-akhir nih berlaku banyak kejadian kat aku, orang sekitar aku, kenalan aku dan sedara mara aku....
Yang paling tragis ialah Arwah Pawi bin Samin, bapa sedare aku aku sangat aku hormati. Beliau dah memang memang orang yang kurus tubuh badan dan sederhana perawakannya. Kegemaran dia ialah memancing.
Aku rapat ngan dia... sebenarnya masa eksiden yang membawa kepada kecacatan kekal aku nih ponn dia ada bersama di dalam kabin, cumanya kecederaan aku tahap parah, bapak plakk sederhana dan dia ringan...
Dia kawin ngan owang Kelantan, dikurniakan 4 anak, 2 cucu. Bekerja sebagai pemandu lori sejak berhijrah ke KL sehinggalah tahun 2007. Rokok... aku kenal kotak rokok Camel dari dia la... power sungguh dia ngerokok... macho jer.
Semuanya masih jelas dalam ingatan aku yang semakin mengecil nih. Aku tak sedar dia sakit sampai lah aku dengar citer nih masa tiba musim haji yang lalu. Bila aku singgah kat rumah dia, perati balik baru nampak bahawa dia semakin kurus dan wajah pucat serta kurang bermaya.
Dia dijadikan tempat TUJU oleh mereka yang kurang berpuas hati dengan kejujuran hatinya... segala jenis sihir bertaburan disisinya sehinggalah dia akhirnya pasrah dan kembali kerahmatullah. Kepada yang membaca, sudilah kiranya sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Pawi bin Samin yang lahir di Kuala Sg Rambutan, Selama perak dan kini jasadnya bersemadi di perkuburan Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor.
Sakit jugalah yang menjadi agenda tahunanku. Dulu aku kena simen kaki ponn di awal tahun... dan yang terkini, ibujari kakiku membengkak.... denyutan nya mengikut geraklaku denyutan nadiku.... dan sepertimanabiasa, aku yang sering tewas dengan ujian ini... tewas untuk terus bertahan dengan motto..natural healing.. no drugs.... !! terbangun aku di dinihari... Ya Allah... aku terima dugaan mu ini dengan sabar... jadikanlah aku hambamu yang beriman... namun tewas juga akhirnya... aku telan pain-killer baru leh tidur... hmmpphh... hampeh...
Jumpa doktor.. ada yang kata bukan GOUT... pasal bengkak kat atas otot, bukan kat sendi... ada yang kata GOUT. dah makan ubat ponn tak de respon... last-last aku amik supplementary EPA dan spirulina... Alhamdulillah.. ALlah izinkan dia sembuh... leh lerr aku berjalan semula... dan dah jadi agenda harian aku.. pepagi musti rajaku siapkan susu alpha lipid seteguk... memalam plakk EPA 2biji... sampai belahak rasa ikan... spirulina kalau sempat berebut ngan Ein, dapat 5 bijik tapi kalau kalah buleh lerr 2-3 bijik.
Dulunya setiap kali aku menderita kesakitan, Allah akan kurniakan rezeki... hmmmm.... terkebil-kebil mata aku bila mengenangkan peri nikmatnya menerima pemberianNya itu....
Teringat kenangan lalu, bilamana kesihatan badan memihak kepada aku... terasa terlalu jauh sudah ditinggalkan...
Kenangan aku di Poring, Ranau Sabah... baru turun dari canopy-walking Poring. Letih berdengung... namun, kenangan itu terlalu manis bagiku.
Ulasan