Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

Kepada yang membaca, cuba-cubalah membantu dengan memanjangkan cerita ini kepada semua. Bukan di Palestine sahaja kana-kanak perlukan perlindungan, jiran tetangga kita juga terdapat mereka yang berhajat dengan pertolongan kita. Jangan bertanya kepada ISLAM apa sumbangannya trerhadap kehidupan anda, bertanyalah kepada diri, sumbangan apa yang kita dapat berikan untuk ISLAM.
Banyak yang nak aku komenkan, namun biarlah peluang nih aku berikan kepada korang yang membaca untuk menafsirkannya sendiri.


RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN
TAMAN BAIDURI
No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor

SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL






Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama 'Taman Baiduri' digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.
Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.
Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.
Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:




Item Kuantiti


1 Al-Quran resam Uthmani 20


2 Muqqadam / Iqra' 20


3 Surah Yasin 20


4 Sejadah 20


5 Rehal 20


6 Kain pelikat 16


7 Songkok 16


8 Buku cerita dan buku latihan


9 Rak buku 5


10 Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut) 16


11 Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis) 16


12 Pakaian harian 16


13 Almari pakaian 16


14 Katil double decker 8


15 Tilam 20


16 Bantal 20


17 Selimut 20


18 Kipas dinding 8


19 Lampu kalimantang 10


20 Dapur gas 1


21 Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik 20


22 Ampaian kain 1


23 Beras, gula, tepung, minyak masak


24 Barangan kering & rempah



* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.
Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.
Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:
En. Mohd Shukry Md Latar 019-6539701 shukry_latar@yahoo.com
Ust. Helmi Jamaludin 012-5774873 solehin_ioa@yahoo.com.my
Dr. Haji Lukman Z. Mohamad 012-2904873 lukmanzm@hotmail.com






Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Yang Benar,
En. Mohd Shukry Md Latar
Pengerusi
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri
p.s. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan yang ingin membuat amal jariah.

Ulasan

Unknown berkata…
canggih bro. the power of blogging.
bagus.. http://tamanbaiduri.blogspot.com & http://rumahanakyatim.com

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...