why worry

Why worry...?Sebenarnya... setiap kali berlakunya perubahan dalam keseimbangan, riak-riak gelombang perubahan itu akan jelas mengundang satu kocakan utk kembali kepada keseimbangan dinamik. Hasil dari perubahan ini, seterusnya akan berlaku geteran-getaran kecik secara susulan yang bakal membetulkan perubahan yang berlaku.Do you read me?
Hmmm... mungkin kepada yang penah blaja keseimbangan dinamik masa sekolah dulu... lehh ler relate balik citer nih. Sebenarnya, mudah jerr...Bayangkan kita dok atas basikal.. or boat.. or atas titi gantung... kalau berlakunya gegaran, kocakan atau goncangan... by default badan kita akan bertindakbalas... tangan kedua-duanya akan mendepang... lutut dibengkokkan untuk mengurangkan jarak titik keseimbangan dengan horizon... macam gymnast atas kayu tuh lerr...
Topik nih sebenarnya aku bawa untuk menonjolkan bahawa sebenarnya bilamana berlaku suatu titik perubahan... dalam menentukan kita masih teguh berdiri atauponn tergolek kat lantai.. 10-20% adalah berkenaan dengan objek yang berubah manakala 80-90% lagi adalah reaksi kita dalam menghadapi perubahan.
Bilamana berlaku suatu perubahan... aku relate kepada MERLIN project kat tempat aku dulu. Project nih pada dasarnya ialah untuk mengambilkira kaedah pengurusan yang berkesan iaitu outsourcing.Bila semua gigantic company berjaya dengan konsep outsourcing... semua CEO bagaikan kena sampuk pelesit... sesapa yang tak ikut serta dengan konsep nih dianggap ketinggalan zaman, tercicir dari gelombang kemajuan teknologi dan lebih mengharukan... dianggap tersisih dari masyarakat maju. MAkna kata.. kerja-kerja SG&A leh di outsourcekan kepada syarikat lain... DAN, secara automatik server admin etc akan kehilangan kerja.
IT dalam kumpulan SG&A (Support group & Admin). So.. depa cuba konsep nih yang khabarnya telah mencapai kejayaan gilang gemilang. IBM setup satu team kat Bangalore, India dah memang penuh ngan pakar IT... so, untuk murah... cari lerr chokia IT yang terra putar belit... run a group of IT people kat Bangalore dan support semua site di seluruh dunia from there. Aku semakin bimbang bila depa yang hanya mampu bersuara tanpa tangan, kaki dan mata ini memegang remote control dok kasik site IT buat hapa yang depa suruh bilamana ada problem. Memula... aku tolong buat utk depa bila server ada problem.. lelama, dengan gaya ulaq... dia pusin balik kata bendealah tu down pasai site IT run something which is not proper and cause the server hang.Melenting gakk aku... mana tak nyer... abih domain controller access aku kena tarik balik... cam hang tuah tanpa keris... mengamuk meracau-racau tak tentu hala...Kalau sesape yang penah jadik system admin akan paham perasaan nih.Terganggu sungguh aku.. di awalnya aku hamburkan kekecewaan tuh kat director aku... namun feedbacknya mengecewakan. Senjata ampuhku dilucutkan tanpa perikemanusiaan. Disaat ramai yang mengharapkan perlindunganku, aku kini cuma mampu memanjangkan harapan mereka itu ke India untuk dilaksanakan dan latencynya begitu mengecewakan...Lepas kehidupan dengan kekecewaan ini diteruskan untuk seberapa lama, aku akhirnya bertindak keluar dari team.Aku lari ke Motorola.
Kehidupan disana ternyata membuatkan kerinduan kepada suasana ceria di Celestica kembali menggamit. Biasalah... distance makes u grow fonder... Hampir setiap hari panggilan telefon, mail dan ada yang sanggup datang ke rumah memujuk. Sekeras keras nasik, cair juga aku... The Grass always looks greener on the other side!but... the fact is... it still taste, feels and smells like a grass. Damn.. it still the same grass.


Di situ baru ku kenal bahawa... huru-hara di titik keseimbangan biasanya bermula dengan suatu perubahan drastik yang sungguh bertentangan dengan kehendak naluri dan biasanya tidak mungkin dapat disekat. Namun keseimbangan diri kita yang tergugat ini akan pada dasarnya cuba menstabilkan kembali suasana. Pelbagai kaedah dan cara yang dilakukan demi mencapai kembali keseimbangan dinamik ini. Namun, tidak kesemua tindakan adalah bersandarkan logik, rasional malah emosional turut serta. Kesan emosi ini lah yang agak merbahaya. Habis logik dan rasional diredah tanpa belas kasihan. Kekadang, keputusan diluar jangkaan diambil. Musnah sesuatu pertubuhan... hancur sesebuah kerajaan dan tumbangnya suatu pasukan terhasil dari tindakan mengikut emosi. Oleh itu, cuba bertindak rasional dan logik akal dalam mengambil keputusan. Biasakan diri untuk bertanya.. adakah tindakan ini betul dan tidak dipengaruhi oleh emosi...Ingatlah.. bila tiba disuatu persimpangan, ambil tindakan mengikut rasional dan logik akal bersandarkan lunas lunas perundangan Islam.. kita takan tersesat.
Bilakan kita perlukan emosional dalam tindakan kita... persoalan yang baik... Cuba imagine seorang kanak-kanak melakukan kesalahan di hadapan kita... kita perlu beri pengajaran kepadanya... sentiasa ada 2 pilhan ada di tangan..
1 untuk memberi nasihat secara baik (kesan yang kurang)
2 untuk memberi amaran keras (kesan yang kuat, namun penuh dengan side effect)
so.... gunakanlah emosi untuk memandu anda!kita bincangkan lagi di kelapangan yang lain... dont look back in anger i heard u say.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...