Salam Aidilfitri 2008

Kini...tiba masanya
hati gembira di hari raya...
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan dengan keinsafan. -p.ramlee-

Biasa dengar bait-bait ayat itu. Namun secara amnya rata-rata kita hanya mendengar sebagai halwa telinga tanpa mengambil iktibar dari senikata lagu tersebut.


Ramai yang memilih untuk duduk diam dirumah (kediaman) dok tunggu tetamu yang kekadangnya bebudak dari kampung sebelah yang berkunjung sekadar memenuhi kantung duit raya dan juga jadual aktiviti harian bersama kengkawan.... biasanya.. terpa jer rumah sesape ponn.. tetap akan diterima kunjungan tuh..


Erti Syawal semakin dilupakan. Sedangkan telah dikhabarkan bahawa ada 3 keseronokan menanti orang-orang yang berpuasa... gembira tatkala berbuka.... gembira dengan kehadiran Syawal dan juga gembira tak terkata dikala bertemu tuhannya. Apakah faktor pemangkin kepada terjadinya fenomena ini...?


Salahkan media penyiaran... dengan adanya filem hebat sepanjang minggu perayaan di TV dan juga dipanggung wayang...

Salahkan orang berada yang sponsor suatu hari terbuka dimana dihalaman rumah telah tersedia lori KFC.. sedia memberikan ayam dari pagi sampai ke petang.


Salahkan amalan syarikat percutian yang menawarkan pakej percutian keluarga sempena cuti umum yang panjang...
Hebat... kalau nak disenaraikan kesalahan orang lain.. leh jadik novel blog nih. Pernahkan hati naluri kita ini terfikir bahawa kita adalah orang Islam dari kelompok bangsa melayu yang bermaruah... Hang Tuah pernah berkata "Tak Melayu hilang Di dunia"

Penah dengar kata-kata ular takan hilang bisanya menyusur akar?
atau... Ikan tidak berubah rasanya walaupun hidup di dalam air masin. Selagi hidup, selagi itu ikan takan bertukar walaupon persekitarannya adalah jelas tidak sehaluan dengan nya. Oleh itu, patutkah kita yang sebahagian besarnya adalah orang (bukan ikan atau ular...) mempersalahkan persekitaran yang merubah keadaan kita. Atau jati diri kita semakin lemah kini berbanding dulu?

Tanya diri sendiri.. apa bezanya aku dengan ayahku, datukku, moyangku dan sedareku yg lebih tua dari ku.. sama ada mereka yang masih di dunia ini mahuponn yang telah kembali ke alam baqa...


Ayahku dulunya adalah seorang pejuang.... selain berjuang bersama pasukan Jungle Squad menentang komunis mahuponn pejuang dalam keluarga kami sendiri. Berjuang penuh rasa tanggungjawab dalam menentukan kelangsungan hidup.


Datuk ku dulu adalah peneroka hutan... sebahagian bandar yang ada kini dulunya adalah hutan dan titik peluhnya pernah menitis disitu... selain dari seorang guru agama yang disegani... kalauponn aku masih lagi merasa malu utnuk mengkhianati semangat mereka.. apakah generasi selepas aku akan masih mempunyai jatidiri ini ataupon mereka tanpa segan silu mengambil kesempatan cuti hari raya untuk bercuti ke tempat peranginan dalam mahupun di luar negeri?


Apakah langkah pencegahan telah dimulakan?
Sudahkah pengukuhan semangat kekeluargaan diterapkan?

Kepada yang dah berkeluarga... dipagi raya... selepas subuh bersama, jom kita bertakbir bersama. Untuk memulakan sesuatu yang baru memang pelik. Dulu aku takbir sensorang dalam rumah... pelik gakk...


Pelik rasa sebagaimana ku memulakan untuk memanggil kakak dan abang kepada adik-beradik ku dulu... pelik rasanya ndak cium pipi mak aku setiap kali ndak balik... memang pelik... kalau ndak rasa perasaan tuh.. cubalah buat sekali... tapi kalau dia buat, sebenarnya tadak hape... sonok lagi ada.
Satu lagi, ziarah kubur. Kalau boleh aku ndak ajak baby pi join ziarah kubur. Kalau tidak digalakkan masa kecik.... apa erti raya bagi mereka?





kalau kubur datuk nenek tidak dikunjungi dihari raya... bila lagi... jangan dok berkira sangat ngan kubur mereka... ingat sama kubur kita pulak sok nih....

Selain dari tu, mengunjungi keluarga yang lebih tua sepatutnya diamalkan. Namun masih lagi terdapat golongan tua yang menetapkan hari untuk keluar beraya... errkkk.. bagi aku, itu adalah sesuatu yang tak kena.

"Oooi... kalau ndak datang ziarah aku.. hari lain takpe... raya kedua aku plakk ndak kuar..." mende aaa.... cuma zahiriah jerr tua... hati dan perasaan masih muda belia kot. ko buleh ndak gi enjoy tgk wayang akakakaka...
tak kena... tak kena... mana ada syarat untuk anak cucu menziarahi atuk!
tiada syarat...!
Unconditional love must be rendered...












kalau asyik ke rumah dia tadak... camana bebudak nih ndak teruskan tradisi beraya ke rumah dia. So... kalau dah terasa diri tu tua, ada cucu sorang dua... bawak-bawak ler lepak kat rumah... kalau ndak ke mana-mana tuh... cuba lakukan selepas Asar hingga ke malam dan jalan dekat-dekat jerr... tok sah lerr kalut ndak pi ke rumah orang lain plakk...


Bermaaf-maafan plakk... ada yang aku kurang gemari skeet... bila dah terbiasa meminta keampunan dan beranggapan bahawa segala kesalahan akan dapat diampuni... itu adalah salah. Kerana tahulah oleh mu bahawa " ....tergantungnya amalan anak adam itu, di atas anak adam..."

Maksudnya, amalan kita akan tergantung sekiranya kesalahan kita sesama anak adam tidak mendapat keampunan darinya. Bersalah kepada Allah, kita buleh mohon keampunan, namun kesalahan sesama manusia, selagi tidak diberikan keampunan semasa beliau masih hidup... selagi itulah amalan kita tergantung. Tetambah plakk kalau orang tuh dah mati... hmmm.. lu pikir lah sendiri!


Sebaiknya... ibu hendaklah ngajar anak untuk meminta maaf dan sedarkan si anak akan kebesaran agenda tersebut... bukan sekadar minta maaf kerana terpaksa.... kalau si ibu ponn anggap agenda ini cuma suatu kebiasaan tanpa apa-apa pengisian... hmm kosonglah ia!




Biasakan diri untuk mengampuni kesalahan kenalan kita sebelum tidur setiap malam. Semoga Allah bukakan pintu hati mereka yang teraniaya dek perbuatan kita untuk mengampuni dosa kita yang tak disengajakan.

Satu lagi yang dibicarakan, ziarah rumah sedare... jangan pelik kalau anak remaja kita semakin kurang gemar untuk menziarahi sanak saudara. Bagi mereka, lebih baik lepak kat rumah tengok TV dari join mak-bapak pergi beraya. " malas aaa... gi rumah pacik tuh.. dia suka peleceh aku..."


kalau gini gayanya.. memang ada masalah kann.. so, terapkan dalam diri bahawa, kalau orang peleceh... kita plakk lehh sabar sebagaimana yg dok training sebulan di bulan ramadhan.. InsyaAllah.. kita sabar dan senyummm jer.... then bila orang tuh letih, dia akan sedar kekalahan berada di pihaknya.
Disinilah kita harus menunjukkan contoh. cakap biar berlapik... melawak tentukan batasannya.. dan berhenti menyakat sekiranya terdapat bunga-bunga taik-ayam memekar. Pepaham lah sendiri!




Sesampai ke saat ini.. buat yang membaca coretan ini... maafkan keterlanjuran perkataan ini. Biasalah, celoteh ini kekadang biasa bagi diriku... namun BISA bagi telinga orang lain. Untuk berkongsi pendapat ngan orang... tak semuanya akan memahami atau berminat untuk cuba memahami... Aku terbiasa untuk berkongsi segalanya di blog ini. Bila sesak dada terasa ingin berkongsi sesuatu.... aku lampiaskannya disini.


Buat semua.. Salam Aidilfitri, maafkan kesalahanku zahir dan batin. Tulus ikhlas dari sudut hatiku.

Anggap aku sebagai satu entiti yang berasingan... seorang yang sering bersalah kerana culas dalam meluruhkan kata-kata. Ketahuilah oleh kalian semua... sesungguhnya orang yang suka berjenaka, pelawak dan sering berseloroh adalah orang yang pembengis, pemarah dan sangat serius sebenarnya. Untuk melindungi watak primer, beliau akan mempamerkan watak sekunder secara berlebihan yang jelas bertentangan....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ok. I found an information here that i want to look for.
Tanpa Nama berkata…
may i know what info you're looking for?

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...