Kisah Cinta...

Pujangga mengatakan oh cinta berharga
Dari emas dan permata
Lalu kubawa cinta
Di persada jiwa namun nilainya tiada…
Lirik lagu sekali lagi menjadi pembuka kata penulisan ku dipagi ini.

Kisah Cinta.
Hmmm… agak terlalu janggal untuk mengungkapkan kata-kata tersebut dia usia ini. Entah mengapa aku terpanggil untuk mengisahkannya di pagi ini.

Barusan bersahur tadi bersama Eisya.
Lepas mandi dan bersolat.. aku duudk lama memerhatikan Eisya, Ein dan Erman tidur sederet di katil. Ibu plakk tido kat katil single bertilamkan sauna bed yg membakar aku semalaman hingga berpeluh-peluh.

Mereka itulah cintaku yang sebenar.
Lena mereka itu amat menyentuh...

Dulunya aku pernah bercinta... ndak dikatakan cinta monyet tidak juga.. pasal aku dan start keje baru ndak bercinta... cinta gorilla laaah senang citer.
Err.. ndak start yang mana dulu...
Hmmm… yang pertamanaya aku tangkap cintun ngan awek junior... akakaka.. budak kelantan. Ntah hape nama dia aku dah lupa.. asyik masuk sembang dalam IRC tetiba ada gaak insan yg berkenan. Aku dating kat kantin Gemilang. Aku kasik Hardisk Barracuda 72 server aku yg dah crash kat dia as souvenir. Aku buka semua skru dan siap kasik penerangan kat dia camana hdd function. Almaklumlah... keje kat Seagate. Sebijik cam pensyarah dok bercerita.. aku tengok dia tundukkkk jer... ntah malu ker ngantuk aku kurang pasti. Tetiba baru aku sedar dia dok baguih tenung muka aku yang reflect kat atas disc tuh. Terusnya aku kehilangan kata-kata.. akakakak
Dia baru grad dan keje sebagai lecturer kat Nibung Tebal punya kolej swasta. Naifnye aku masa tuh... ada ke patut bila aku demam, dia call ke rumah aku tanak jawab???? perghh... baru sekarang aku rasa betapa kejam tahap cipannya aku... dia sanggup beratur tunggu public phone kat cahaya untuk call... aku lehh dengan selamba badak malas layan.
Tapi sebagai hero, aku tebus balik... aku belikan cardphone kat dia RM20... akakakakak
Masa convo dia, aku jumpa mak bapak dia dari... aku rasa ada sinar-sinar rejection dari pemerhatian depa. Biasalahh... mak bapak mana yang ndak bermenantukan org tak lengkap cam aku...
Lepas dari tu.. aku lak yang jadik tak betul. Nasib ada Nahaq dok teman aku ke KL ujung minggu... hik hik hik.. dia memang peta bergerak aku.
Sekali tu... bila server ada problem aku lepak kat server room hampir 40 jam... tensen sesangat..balik tuh aku terus masuk kampus dan lepak depan asrama dia. Dok dalam kete... renung bangunan sambil layan mata yang ngantuk. Dia seorang guru yang mengajar aku tentang erti cinta, rindu dan kasih sayang. Namun, malangnya bila aku dah hampir kenal segalanya... dia ponn blahh... tinggalkan aku terkapa-kapa mencari kesinambungannya.
Terimakasih N... or panggilan diri dia "anak daro abah"!

Lepas beberapa ketika, ada insan lain plak kenalkan aku ngan junior dia. Perghh... idaman nihh... aku tak kira paras rupa. Tapi khabarnya dia awek bertudung labuh. Tup-tup dia ditukarkan mengajar di utara semenanjung. Aku cergas pi sana... siap bawa balik ke rumah kenalkan ngan keluarga. Bapak dia keje sojar... pencen. Aku siap ngan berani badak, call mintak izin bawak anak dia balik penang. Di pendekkan citer.. mak bapak dia tak kasik gaak... Takan anak dara belajar keluar negara ndak dijodohkan ngan orang tak cukup sifat? Berderau darah aku...
Aku pecut Satria 1.6A menuju ke Kg bukit rahmat, Muar.. pepagi berenti depan rumah dia... niatku satu... ndak bertanyakan kat bapak dia, pak leman... whats on earth you want we to do... I'll show you that I'm able to do that in front of your nose!
penah dengar lagu nih tak..??

Hina sangatkah aku di pandangan keluargamu
Sehingga sewenang-wenangnya tohmahan dilemparkan
kau hanya bisu melihat aku
yang berseorangan menepis hinaan.
Oh Kasih, andai ni kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa ku undur diri
Agar tiada pihak terluka
Kerna kita.
Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskanmu
Walau sayang ku terpaut. - Scan -

Aku terhenti dari meneruskan niatku itu. Ngaji kat pondok ustaz Bakar tetiba jer dia kupaskan tetang kufu'. Kalau dan kahwin, kena tengok pasangan mestilah sekufu. dan yang lebih malang lagi.. walaupun setaraf dengan pasangan, ko makbapak dia tak suka... tuh dikira tak sekufu. Hidayah Allah tetiba menerpa.
Cinta tuh berkubur disitu. Nisannya terpacak di antara Pt Bukit Rahmat dan Arau!
Gambar dia bersama, aku koyakkan jadik cebisan kecik dan simpan dalam Satria Ijau PDT6780. Lambang kekecewaan aku. Mekasih N...

Pass tuh.. aku ingat nak teruskan ngan princess charming yang sering contact aku ngan masalah cinta dia. Selepas langkah pertama... aku terhenti takutkan peristiwa bukit rahmat berulang. Nama dia ponn start ngan N lagi... hmmm... suratan atau kebetulan ntah lerr... Aku yang sah jahil tahap cipan tentang ungkapan cinta... masa tuh dia mintak tangguh pasal tanak kelihatan desperate pasal baru putus jerr... dan bagi aku those are rejection symptoms. Might as well I rollback before its too late and ruined our friendship. Alhamdulillah.. sampai kini jadik kawan.

Bila Basade dah kawin.. aku terus giveup. Aku anggap anak-anak dia cam anak aku laah... Kalau Allah beri peluang kahwin lah aku. Dan madah pujangga ada mengatakan bahawa... cintailah orang yang mencintai dirimu, InsyaAllah dia akan menjaga kamu lebih dari kamu menjaganya.
Itulah dia raja berpelembagaan aku.
Kini Allah dah kurniakan rezeki anak anak comel kat aku.
Eisya... yang dah mula mengenal erti tanggungjawab terhadap adik-adiknya. Ein pulak tak henti-henti menunjukkan skil terbarunya... dan yang kecik tu.. Erman yang bakal menemankan aku gi semayang kat mesjid. Dan mereka itulah yang bakal mendoakan aku di alam baqa kelak, InsyaAllah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...