Dugaan Ramadan

Bulan Ramadan kali ini, ku kirakan merupakan Ramadan seperti yang dulu-dulu... tadak yang berubah, tak lebih dan tak kurang. namun harus juga diperhatikan bahawa nabi pernah berpesan, sekiranya ibadat kita pada hari ini adalah lebih baik dari hari sebelumnya, maka kita adalah termasuk di dalam golongan mereka yang beruntung namun jika hari ini adalah lebih teruk dari hari sebelumnya... maka celakalah kita. Bila terfikir tentang ini, aku masih merasakan sesuatu perubahan perlu dilakukan untuk merasainya...
Kalau berduit, berkelapangan dan sihat tubuh badan, teringin aku ndak pi umrah during Ramadan. Dulu masa aku masih belajar, member kamceng aku pi buat umrah masa bulan posa. Terdetik kat hati kecik nih, kalaulah aku berpeluang untuk itu... hmmm kembali kepada emotional equations:
Dream x Directions x Action > Status Quo

dimana Dream adalah angan-anganku... ndak membuat perubahan diri dan keluarga dalam menyambut Ramadan... Directions plakk... sambut Ramadan di Mekah, actions.... ;(
Since actions is zero, equations tuh is smaller than status quo... pasal tuh aku masih di takuk lama.
Bagi Eisya nih mungkin pengalaman dia berpuasa secara betul buat pertama kalinya. Dia takde masalah... cuma di hari pertama, bila dia tunjukkan Ein camana ndak pakai tupperware yanng ada straw, dia dah terminum... :)

Setiap hari aku kena kawal emosi dia... ternyata, orng yang boleh kawal Eisya.. hanyalah orang yang dapat mengawal emosi dia. Dia cepat melenting dan jenis perfectionist. Setiap apa jua yang melibatkan dia.. mesti perfect. Tak leh silap skeet, tadak kompromi langsung. Dia cepat marah, melenting esp ngan ibu dia.

Ibu plakk... mempunyai aliran angin yang lebih kurang sama, pasal tu diaorang leh jadik partner dalam soal bertekak...
Aku yang kena jadi orang tengah agak sukar gaak... kalau lelebih nyokong Eisya, dikatakan terlalu majakan anak. Ibu penah cakap aku tak penah pukul ponn anak... tapi aku masih jua aku... berpegang pada prinsip .."senjataku minda, bukan kudrat"

Kalau diikutkan kudrat... lebam birat anak-anak aku belasah. Tapi rasionalnya tadak. Pasal kaedah itu tak buka ruang untuk perbincangan dan ternyata itu bukanlah aku!


Sejak hujung minggu lalu, Eisya asyik moody... rajuknya masih aku turuti. Tapi pada masa yang sama aku ajak dia berfikir sebagaimana manusia biasa. Bercakap tentang hukum Karma.. dimana setiap yang baik, setimpal balasannya dan sebaliknya. Aku sentiasa berikan contoh hidup untuknya berfikir... alangkah Indahnya dunia ini sekiranya setiap menusia berusaha untuk menjadikan orang lain gembira kerana setiap senyuman yang diberikan sama ada ikhlas atau tidak biasanya akan menerbitkan senyuman balas yang setimpal.


Bengkak di ibu jariku kian mereda...setelah berurut ngan paksu Dollah di Kuala Dingin. Dia sempat menawarkan aku untuk diperturunkan ilmu bagi diriku sendiri namun aku masih jauh dari bersedia menerimanya. InyaAllah sekiranya statusquo aku berganjak, aku akan beroleh ilmu!


Sejak terseliuh jari kaki di awal ramadan, dituruti plakk oleh gastrik kerana mengambil pain killer... Patah gigi kerana mengigit keropok lekor trengganu yang keras cam batu... dan yang terakhir, kecederaan lutut yang membelenggu aku dari mengerjakan sunat terawih berjemaah. Dugaan Allah untuk aku tahun nih bertimpa-timpa... arap-arap yang seterusnya diringankan sedikit..


Derita ini kekadang ada baiknya untuk dikongsikan namun ada kalanya ia sepatutnya dihindar dari dikongsikan dengan yang tersayang. Sebenarnya apa yang paling aku takuti ialah... kenyataan pedas dari orang yang tersayang. Gurisannya amat dalam!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...