Hari Isnin 19 Mei 2008, aku ngantuk ndak pi keja.... Eisya yang sakit gigi bebetul merunsingkan aku. Tetambah dia bantai nangis memalam... aku call Boss mintak EL bawak dia pi cabut gigi.
Aku beli plakk helicopter control, yang kecik bagi kat Imran sempena birthday dia, dan satu untuk aku... pergghhh best woo leh terbangkan chopper tu... tapi masalah, dia ndak masuk ke rumah jiran, so aku panik dan terus off throttle, chooper junam masuk dalam longkang penuh air.... heee.... abih rm200 aku punya machine.
leh repair kot.. nantilah dulu.
Aku ajak bebudak tu berkampung kat rumah sambil main bahasa isyarat. Seronok aku tengok depa dok tunjuk creativity memasing dalam menyampaikan maklumat melalui gerak badan... Balqish nampak ok... followed by Imran, Eisya and Jaja. Sonok gak.. tapi Nana boring, pasal dia tak leh baca lagi.
Malamnya, semua pi berkampung kat rumah mak plakkk... sempena cuti hari Wesak akakaka...
Lepas maghrib, bapak nan bergegas pulang pasal dia kena outstation ke KL.
Dia bertolak ke KL ngan kawan dia Md Isa dari Baling. Since giliran Md Isa yang pandu, dia lepak sembang kat bangku sebelah sampai Taiping.
Dia masuk ke kabin rehat dalam trak volvo dengan treler 40 kaki tu bilamana co-driver tu beriya-iya suruh dia tidur kat situ. Sesampai ke KM 350 arah selatan, dia terjaga dengan satu dentuman kuat dan terpelanting ke arah dashboard. Dia ingatkan aircond compressor meletup, bila capai torchlight baru nampak co-driver dok tersepit celah bangku dan stereng.
Setelah dibantu keluar, dia telah kembali kerahmatullah. Bapaknan pada masa tu hanya dapat melihat co-driver tu lembik tak bermaya bersama-samanya di dalam ambulance menuju ke Wad kecemasan hospital Tapah.
Dulunya, setiap kali melihatkan perlanggaran melibatkan trak yg besar, mereka berdua sering bercerita, bilakah waktu kita pulak.... terlalai seketika, itulah padahnya bila kerjaya mereka terus-terusan memandu dilebuhraya.
Aku... hmm dimana aku ketika itu. Jom kembali semula ke suasana dirumah mak. lepas Bapaknan balik, aku menyusul. Mata dah ngantuk. Baliknya, aku masuk ke internet dan update N95 rajaku. Sambil terpaku mata ke TV bila dengar Tun Mahathir keluar dari UMNO. Ein plak asyik gelisah jerr tidurnya.... sampai jam 1 pagi, aku ponn off tv dan tido.
Deringan Motorola V3 aku cam musik yang yang mendodoikan tidurku. Abah, phone bunyi tuu.... dengan malas aku capai phone, dlm kepala mesti call dari CMY. Ntah server down or network down. Bila tengok Jam 4:45am, missed call BAPAK.
aaa.... mata aku jadi besar, mesti ada yang tak kena nih.
"Bapaknan eksiden kat Tapah. Dia tak boleh jalan dan suruh orang pi ambil dia kat sana"
Itu saja maklumat yang aku ada. 5pagi, aku terus mandi. Mention raja supa sediakan baju, seluar dan kain untuk persalinan. Aku terus kuar ke rumah mak, ambil kak ila dan Herry. 5:36am masuk tol juru terus.... mata aku concerntrate kat jalan yg tak rata dari Juru ke Taiping. Kepala aku berputar ligat fikirkan kenyataan melalui telefon dan pelbagai.
Jam menunjukkan 6:37am, kami tersekat 1.5km sebelum exit keluar ke Tapah. Hmmm... mungkin sekatan tuh pasal lori bapaknan, aku suruh Herry dan KakIla kuar nyiasat... nyatanya depa nangis jerr... aku semakin tak keruan. Pi tengok sendiri... aku tanak percaya lori merah itu lori bapaknan melihat kepada keadaannya. Herry sambung pandu ke Hospital Tapah. Aku terus berlawan dengan perasaan sendiri. Untuk terima kenyataan atauponn terima secara rasional dari logik kejadian.
Cuba perhatikan betul-betul keadaan lori Volvo tersebut. Apa yang boleh diperkatakan lagi.... Hanya Allah yang dapat menentukan nasib penumpangnya.
Co-driver bapaknan, Md Isa dari Baling Kedah telah selamat dikebumikan pada hari yang sama. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau Insyallah. Al-fatihah untuk beliau.
Ein, begitu gelisah malam tu tak tido, mungkin dia di kurniakan Allah kebolehan untuk melihat sesuatu diluar batasan....???? tak siapa yang mengetahuinya.
Dia semakin galak berkata-kata sejak kebelakangan ini. Mulanya kuanggap kebetulan, namun apabila kena dengan suasana dan benda yang diperkatakannya... aku yakin, Ein mempunyai keistimewaan. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Ulasan
harap semua ok dan selamat.
kawan pun banyak jugak gambo2 eksiden ni, nantilah bila ada masa sesuai kot... ngeri...