Perutusan hari guru 2008

Salam Hari Guru, 16 Mei 2008.

Guru, Cikgu, Pendita atau apa sekali ponn paggilan untuk mereka yang sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain.. itu lah dia pendidik.


Cakap pasal guru atau pendidik nih... dalam keluarga aku ada 2 orang... Cikgu Boone dan Cikgu Awok. Dulu depa punye laah tanak jadik cikgu.. hmmm... masa merubah segalanya.*cam rubah dan serigala!


Kata ulama, setiap orang yang mengajarkan kita satu ilmu... beliau adalah guru. Hmmm.... sat aku kira berapa orang guru aku...




Ndak buat list dari yg lama ke baru.. lupa laaa... jom start dari la ni dan patah balik...


Hmmm...

Mohmad Fuzi Sharif - guru VB programming
Shariff Hassan - guru ORACLE
Saiful Suhardi & Nasir Che Tam - guru Quran & Tajwid
Ahmad Azman - guru swish programming
Mak - guru aku
Raja Rogayah - guru kasih sayangku
Boone - guru tentang kisah menjadi guru, politik guru dan budak lelah wakil sekolah acara lumba lari.

Awok - guru semayang hajatku
Bapak Nan - guru kehidupanku
Aman - guru financial and invesmentku
Pamat - guru pengalamanku, jatuh bangun dia menjadi suatu pengajaran buatku bahawa langit tak selalunya cerah dan tak juga selalu mendung

PakYa - guru pokok cabaiku
CikAbeh - guru pengalamanku
Eisya - guru yang mengajar aku camana ndak sentiasa menjadi hero.... pagi tadi bangun kol 5:30am pasal ndak print dia punya kad ucapan hari guru... aku mungkin hero bagi dia kann... hmmm..

Asri Petronas - guru aku tentang manusia diluar sana lebih ramai yang nak menipu dari yang nak menolong.


Ko andak disenaraikan... punye laah ramai guru aku... termasuk Ustaz Hamzah guru pondok Ahmadiah Alijtimaiyah.

Kata orang... diandaikan ilmu Allah itu seluas lautan, untuk manusia cuma setitis darinya sahaja. itu ponn dah tak terbawa. Sampai ada yang terlalu leka dengan ilmunya sampai terlupa bahawa itu semua dari Allah dan sesape yang ada ilmu tuh, janganlah kedekut plakk... sesungguhnya dari perkiraan aku, ilmu kita akan bertambah sebaik sahaja kita berkongsi... tak caya? cubalah...









Kepada cikgu diluar sana.... niatkan kerana Allah setiap kali berkongsi ilmu dengan pelajar... InsyaALlah, berkat!

sebenarnya, segala yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri



Walaupon Ein hanya pi sekolah Bintang (as mentioned by kakak Eisya), Ein tetap ndak ucapkan Selamat Hari Guru 16 Mei 2008.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...