Epilepsi: trauma yang membelenggu mangsa

Sebelum cakap pasal epilepsi, jom tengok telatah Eisya dalam English Conversation session kat Wisma Perkeso yg telah ditukarkan kepada 3gp.

Epilepsi, berasal dari bahasa greek (Epilepsia) yang bermaksud'serangan'. Perlu diketahui, epilepsi tidak berjangkit, bukan penyakit keturunan, dan tidak identical dengan orang yang mengalami masalah mental. Bahkan, banyak penderita epilepsi yang menderita epilepsi tanpa diketahui penyebabnya.
Otak yang di anugerahkan kepada kita terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas mengawal semua aktiviti tubuh kita termasuk perasaan, penglihatan, berfikir dan menggerakkan otot. Pada penderita epilepsi, terkadang signal listrik tersebut, tidak berfungsi sebagaimana biasa. Hal ini dapat diakibatkan oleh pelbagai faktor, antara lain; trauma kepala (pernah mengalami kecederaan di kepala), ketumbuhan atau tumor otak, dan sebagainya.

Seseorang dapat dinyatakan menderita epilepsi jika orang tersebut telah setidaknya mengalami kejang yang bukan disebabkan pengaruh alkohol dan tekanan darah yang sangat rendah.

Alat bantu yang digunakan biasanya bagi menetukan tempat bermasalah di dalam otak ialah MRI (Magnetic resonance imaging). Aku pernah menjalani rawatan ini masa otot kaki aku terkoyak pada bulan May 2006. Kaedah ini menggunakan resonan magnet yang sangat kuat bagi mendapatkan gambaran dalam tubuh / otak seseorang selain dari tulang. Pasal tu tokleh menggunakan X-Ray. MRI lebih sensitif dripada CT-Scan. Manakala EEG (electroencephalography) pulak adalah alay untuk mengesan gelombang otak.

Aku memperkatakan tentang kisah ini kerana terdapat sebilangan kecil orang lama sering mengaitkan sakit ini dengan perkataan sawan gila babi.... hina sungguh bunyinya.
Itu menyebabkan penderita sering merasa malu kerana bila terjadinya serangan ini... beliau langsung kehilangan kawalan diri, setelah berehat untuk sementara waktu, terus keletihan dan tertidur. Selepas 2-3 jam, perwatakan akan kembali normal walaupun tidak 100%.

Dulunya pengalamanku yang pertama berlaku apabila arwah Sabri mengunjungi kami sempena Aidilfitri. Beliau nampaknya murung keletihan dan bila sampai sahaja titik kejutan, dia terus kejang dan menggemparkan aku ketika itu kerana tidak dapat mengawal keadaan. Nasib Abg Din ada, terus diangkat masuk ke rumah dan dibaringkan sementara menunggu proses pemulihan. Namun kini semuanya tinggal kenangan kerana empunya badan telah dipanggil tuannya kembali ke rahmatullah.

Hujung minggu lepas, terjadi lagi peristiwa ini di Masjid Pdg Lalang. Dulunya aku pernah lihat tok siak, Abg Li jadi cam tu. AKu dapat rasakan dia akan terkena serangan bila melihatkan riak mukanya yang berubah dari biasa. Sebaik sahaja takbir terawih bermula, dia jerit dan berlakulah episod biasa.

Nasib baik Abg Razali ada tolong urutkan, dia pulih lepas habis 4 rakaat. Aku terharu....!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...