Puisi Merdeka 2007: Khas buat anak-anak pasca merdeka

ni anise ka patrick?? pasai pa jilat lantai



4 September 2007. Pepagi lagi aku kena attend conference call ngan IT Director pasal manager aku dok attend course. Dari 9pagi sampai 1pm.... masa dok run thru presentation aku tu... sempat aku nukilkan sebuah puisi merdeka berdasarkan pengetahuan dan pengalaman ku tentang erti kemerdekaan:

Khas buatmu anak-anak pasca merdeka
50 tahun berlalu kita merdeka...
Namun,
Melayu di Malaysia kekal di takuk lama
Dijajah bangsa sendiri....
melaung melalak merayakan kemerdekaan
namun musuh bukannya di seberang sempadan...
musuh sebenar rupanya berdiri bersebelahan..
musuh sebenar berlari bersama bergandingan
yang tidur sebantal
namun mimpinya amat berlainan
memburu kekayaan dengan menindas semangat kebangsaan !

Aku malu dengan bangsa sendiri
puas minum air paip yang dahulunya perigi
terasa dirinya sudah maju
hanya kerana pandai memilih baju....
malu sungguh aku malu!

Tanah pusaka berelong relong luasnya
habis diambil atas nama kemajuan bersama
pemimpin tempatan tersenyum lagi
poket kembung padat berisi
tidak terlintas dihati
harta meredak bangsanya sendiri dinodai

Hakikatnya
hidup ini penuh cabaran
semua bernafsu untuk menang
tapi jangan dilupa sebarangan...
ada melayu yang suka hidup diganyang
asal perut tak lapar hatinya senang
habis harta warisan dikebas orang
generasi seterusnya...... sungguh malang!

Pernah dulu aku pulang ke kampung
bersembang dengan generasi terulung
isu minyak naik tidak terkendung...
"aaahhh... apa bezanya naik sekupang
kalau hang tak mampu biar aku bayarkan...!!!"
Alangkah malang
Cetek sekali gaya pemikiran
tahunya hanya sedepa di depan...

Tahukah kamu wahai rakyat
naik sekupang hanya untuk penyedap ayat
perubahan akan mulai dirasa
bila harga barang naik bersama

Bila kos semuanya melambung tinggi
problem ongkos rasa tak terpikul lagi
berpakaian kemas jumpa wakil rakyat
marah membuak dalam menyampaikan hajat
"Pakcik usah risau, kami tahu masalahmu
ambil dulu 50 ringgit buat duit saku..."
Generasi terulung terasa bangga
kerana berani bersua dan berbicara
Cerita disebar ke pelusuk desa
Namun perubahan tiada ketara
adakah ini sindrom MELAYU MUDAH LUPA?

Di kedai kopi semua bercakap
KITA PAKAT KALIH TAHUN NIH semua muafakat
tapi apa kuatnya angin perubahan
siapa berani mengubah haluan ???
"kerana perniagaanku baru nak berkembang..."
"kerana aku hanya pekerja kilang...."
"kerana aku pekerja sektor kerajaan...."
melayu tak pernah kurang dengan alasan
Tamat disitulah sejarah perjuangan
Apakah ini digelar pejuang kemerdekaan?

Buat anak anak pasca merdeka
Beranikan diri untuk bertanya
Kerana dengan soalan dan jawapan menjuruskan kita berfikir
dengan berfikir membuatkan kita gigih belajar
dan dengan belajar... kita tidak akan mengulangi kesalahan yang serupa.
Sebagaimana terlepasnya negeri Singapura.
Sebagaimana perkongsian melayu dan lainnya di dalam ungkapan bumiputera
Sebagaimana hilangnya maruah gadis melayu di ibukota
Sebagaimana hilangnya gah Islam di persada dunia
Sebagaimana cerianya remaja MELAYU kita melakukan zina!

* sambil menulis ini, aku menelusuri kenangan menyanyikan lagu warisan...
anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah
bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesama lah kita
cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
'kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati
terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati
bersama berbakti
pulih kembali harga diri

Kini sudah tiada masa
bangunlah dengan gagah perkasa
janganlah terlalai
teruskan usaha
MELAYU kan gagah di nusantara....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...