Kelantan trip June2007: PasirMas-KB-PklnKubor-RantauPjg
Setiap kali percutian ke Kelantan memang telah termaktub satu destinasi yg tak boleh ketinggalan... Kampung Padang Jerman, Pasir Mas. Situlah rumah member kamceng aku, Abdul Basir.
Seperti yg terpampang di gambar, Basade sedang menggayakan tubuh sasa berketul-ketulnya untuk tatapan umum bersama Ein dan Azim.
Kena gaya hari Ahad tu buat majlis ulangtahun kelahiran Adlina Basyirah... umur dah meningkat tapi saiz tetap mantain...
Eisya potong kek bersama birthday girl.
Basade amik cuti hari Ahad untuk bawa kami ronda KB, enjoy makan kat Oriental restoran dan pi Pengkalan Kubor utk shopping.
Pekena chinese food kat Oriental Restaurant KB
Sepanjang perjalanan tu siap lalu kot Buddha Baring dan Budhha duduk... setinggi Megamall Penang gak lerr rasanya... Mekna pun sporting gakk... siap ikut kami gi ronda dengan uniform kerja yang lengkap... jadik LPPKN punya lawatan lerr pulak.... :)
Kami tido kat Hotel Raudhah Malam tu dan bertolak balik jam 12pm Isnin. Singgah kat rantau panjang membeli sakan dan sampai rumah pukul 7pm. Letih cam nak rakkkk...
Tapi Ein plakk lain ceritanya....
lepak kat katil.... sibuk membaca phamplet jualan murah kat Carrefour plakkk....
Ulasan