End July: Birthday season...



Hujung minggu 29 Julai 2007, Herry, Nana, Alin & Jaja menyambut serentak harijadi di rumah mak kat BM. Namun Ein lebih awal menyambut hari lahir yang ke lima bulan pada hari Jumaat Jul 27, 2007. Malam tu, Ein kena cucuk 3 serangkai yang terakhir… jumpa doctor lagi bila usianya dah cukup setahun…
Dengan lagak selamba rock, dia nangis sikit pasal doctor pegang kaki dia yang sentiasa dalam keadaan mengayuh basikal.



Cakap pasal kayuh basikal, lihat saja lagak Kak Ijan yang berusia 15 tahun sedang diajar oleh 2 orang mentornya, Eisya dan Jaja dalam acara menunggang basikal. Dia terror naik basikal exercise jerr….



Herry dah ponn mencecah umur 24 tahun, dulu masa aku di umur itu, baru kerja… pakai moto kapcai Yamaha Y100 dan malu bila balik kampong orang kata aku kerja kilang akakakak…. Tapi Herry power… pada umur yang sama dia dah pacu Honda City baru dan keje kilang gakk… hmmm… setiap manusia berbeza kann.. kannn kannnnn….


Ada yang belum sekolah dah pandai naik basikal dan ada yang umur cecah 15 tahun baru nak belajar kayuh…. Hmmm..pelan pelan kayuh aaaa….


Ein pun dah belajar menerap di samping mengayuh basikal sambil terlentang dan kaki ke atas... :)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...