Sabri: Dalam kenangan





Wan Sabri bin Salehudin. Nama yang tidak asing lagi bagi keluarga besar Raja Ahmad Shamsusah. Hadir ke dunia sekitar 17 tahun yang lalu, dipinjamkan Allah bagi menguji tahap kesabaran keluarganya... setelah tamat waktu yang dijanjikan, pulanglah beliau ke rahmatullah.


Kisah silam yang berlalu tidak akan kembali lagi, kini menjadi sejarah untuk tatapan keluarga yang menyinta dan kenalan yang sudi meletakkan secubit memori di hati mereka. Kedegilannya, kenakalannya dan yang paling diingati ialkah kesungguhannya untuk menjadi sempurna di mata akal manusia waras sering membakar semangatku.

Dilahirkan normal namun akibat jangkitan selaput otak, merubah segalanya. Dia sering meronta untuk berusaha menjadi manusia normal yang membahagiakan keluarganya namun... Kebolehannya untuk membantu ibunya didapur dan kecenderungan untuk meminati teknologi seperti pergerakan jam dan juga tetris game menggambarkan bahawa dia sebenarnya tidak ketinggalan jauh dari arus kemodenan dunia.

Kini, telah lengkap catatan perjalanannya disini... dialam fana ini. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya. Dia meninggalkan kita... bersama dugaan, cabaran dan ketentuan Allah bagi meneruskan kehidupan. Al Fatihah untuknya kepada yang sudi...

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan -Usman Awang :ke makam bonda

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Jom jengah tingkap Johari...