Catatan

Perangai pelik rakyat Malaysia.....

Imej
Berbagai perangai pelik rakyat Malaysia yang kulihat namun ada beberapa perkara yang keterlaluan menjolok hati dan minda yang waras. Kubiarkan separuhnya berlalu pergi namun yang terjojol menjolok hidung tak berdaya untuk aku elak. Jika diperhalusi, sememangnya benda ini haruslah di ceritakan bagi membuang rasa bersalah aku kearana menjadi sebahagian dari masyarakat bisu... yang hanya membenci sesuatu perkara mungkar dengan hati.. iaitu selemah-lemah iman. Sejak kebelakangn ini hujan lebat dah menjadi lumrah sebaik sahaja senja berlabuh dan kerap juga bermula dengan angin kuat dan halilintar menggegarkan bumi bermula dari jam 6 petang. Berhatilah aku ketika memandu namun tidak pula sehingga memandu pada kelajuan 30km/j di aliran -aling kanan di lebuhraya sambil memasang lampu kecemasan disepanjang perjalanan. Sikap ini sememangnya menaikkan darjah kesabaranku ke tahap yang lebih tinggi dan dalam banyak ketikanya, ianya melebihi batas.  Entah mnegapa perangai pelik pemand...

Cerita aku hari ni selepas kena marah dengan Boss....

UMUR saya 44 tahun. Pada usia ini, saya dihadapkan dengan satu pertanyaan, berapa pula umur Islam saya? Sejak itu,  saya sering  bermonolog, apakah saya kebetulan dilahir Islam atau saya sendiri yang mahukan Islam? Andai  takdirnya saya lahir sebagai bukan Islam, apakah saya akan mencari Islam, pelajari Islam dan memilih Islam sebagai agama pegangan? Dalam keadaan itu, bagaimana jika tidak ada sesiapa yang datang beritahu saya bahawa Islam itu agama yang benar dan hanya Islam agama di sisi ALLAH? Tidak kira apa sebabnya, kawan-kawan saya yang Islam tidak pun bercerita kepada saya mengenai kebenaran Islam dan keesaan ALLAH,  apa lagi untuk mempengaruhi saya berhijrah ke agama mereka. Dengan itu, tersesat dan ke nerakalah saya selama-lamanya. Wal iyazubillah! Tatkala terbaca artikel ini, aku turut mengelamun mencariu erti diriku ini. Malah pepagi lagi tadi aku dikejutkan dengan satu saranan, seandainya semua kejadian ALLAH dimukabumi ini halal dimakan keucali seb...

Apa ada di atas awan?

Persoalan pagi Jumaat hari ni dari geng Biz Application kat aku. Mahu saja aku nyanyikan lagu untuk dia.... namun dengan wajah yang penuh innocent... tak sampai hati aku nak dendangkan lagu walaupun bergema dilubuk hatiku lagu itu... Tanya sama awan Aku kandung air Sampai tempat sejuk aku pun cair.. Lihat dalam air Nampak bayang-bayang Lempar satu batu bayang pun hilang. Pagi nih aku jenuh menjawab kenapa electronic helpdesk system application boleh down sedangkan dia berlari-lari riang selama beberapa tahun tanpa ada kejutan, Aku mencapai kata konklusi bahawa ianya berkenaan WANG. Maka terangguk-angguk lah faham mereka yang awalnya terlompat-lompat hendak menikam aku secara berdepan. Beginilah kehidupan dalam persekitaran kerja yang penuh dengan bangsa berbudayakan naga. Geng tiga nama ni sentiasa mencari peluang untuk menikam, menghenyak dan menendang dari belakang, sisi kiri dan kanan. Bila sayembara telah dimulakan, rentak tarian diatur... langkah silat biarlah tak s...

Jom baca... perjalanan masih jauh ni.

Gambaran Hari Kiamat ...  ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti  tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.  ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab.  Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagungan Nya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.”Ini menunjukkan kebesaran keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.  ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.  ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yang di sebut “Ajbuz Zanbi” yang bera...

Jodoh pertemuan dan ajal maut....

Kata orang jodoh pertemuan dan ajal maut di tangan Allah semata-mata. Siapalah kita hambanya yang dhoif ini untuk mempertikaikan akan adanya suratan sejak sebelum kita dilahirkan. Kata ini kembali bermain dibenak pemikiran sejak akhir-akhir ini bilamana terlihat akan segala percaturan yang seolah-olah ligat diputarkan filem hindustan. Hero yang biasanya hensem namun kurang berada jatuh cinta kepada gadis manis anak orang kaya.... dan begitulah corak cerita yang pada umumnya hampir semua orang dapat menerka kesudahannya. Namun begitu tidak kurang juga ada yang berlaku sebaliknya.... perempuan yang sudah berusia berpasangan dengan lelaki muda. Arrghhh... gundah gulana para bandot tua disekitarnya... tak habis-habis bercerita tentang bagaimana rupanya kisah mereka dimalam pertama. Terkejutkah si suami bila bangun dipaginya... melihatkan isteri yang berserabut rambut dan tanpa mekap pula... seakan nyonya tua lagaknya dan berderaianlah ketawa sesama mereka. Menandakan bahwa mereka masih...

Nak kurus...??? JomKJomS

Imej
Pagi ni aku stranded kat Sime Darby Service Center... Fiesta sedang refreshed. Dalam keboringan yang bertinkek-tingkek ni aku dijolok mesra member group Whatsapp sekolah dulu, Semuanya kalut nak kurus... dalam siri Jom Kurus Jom Sihat. Bagi menambahkan perisa, ada pulak pasangan yang menjanjikan hadiah yang tak kurang hebat untuk mereka yang dapat mengurangkan berat badan. Ini semuanya berlaku sejak kami hadir di JOM - Join our megareunion tempohari, Aku pun terkejut gak tengok teman belajar yang dulunya tak pernah terfikir akan jadi gemuks... tapi dah bertukar jadik montel bak donut terlebih yeast. Dan aku pun tak terkecuali... maknanya.. aku sentiasa PAR dengan rekan sekelilingku. (just to be positive). Beratku di tahun 2014 sungguh menakutkan.... 93Kg.... masa timbang tu aku pastikan sekali lagi tinggi aku tak berubah... mana nak tau kannn... kot-kot aku jadik semakin tinggi pada umur 40an... hahahahah.... Entah camana... minggu kedua di tahun 2015 ini aku sakit perut... me...

Musibah: Pembelajaran percuma yang sering dilupakan

Imej
Banjir di Kelantan sebenarnya sungguh sinonim dengan musim tengkujuh di akhir Disember saban tahun namun di tahun 2014 ini... penutupnya bukan lagi suatu pesta yang sering dirayakan penduduk setempat, sebaliknya menjadi suatu musibah ngeri yang tidak pernah terlintas di fikiran kita rata-ratanya orang melayu di Malaysia malahan rakyat Kelantan sendiri. Seusai berlakunya bencana, berkokoklah para jagoan kampung tentang post-mortem memasing. Bertekak lagi para menteri mempertahankan tindakannya.  Peri pentingnya pengisytiharan darurat  Dari segi tuntutan insuran dan juga bilangan mangsa yang terlibat.  Terlupa pula nak dilihat Perihal gerakan bantuan yang tiba lewat Malah angka kematian juga semakin meningkat Dah memang ajalnya macam mana nak buat Pihak berwajib pula banyak alasan Nak berikan pertolongan kepada mangsa yang lain... keluarga sendiri pun hampir kelemasan Yang kurang bersedia pula tergagap-gagap Nak berikan bantuan taku...