Catatan

Puisi spontan sempena ulangtahun kelahiran sahabatku

Imej
Indahnya hari... tak kira siang mahupun malam, tak kira hujan mendung suram mahupun panas silau benderang, tak kira kabut kelam malam mahupun terik panasnya siang, tak kira pagi sejuk mengetuk tulang mahupun tengahari yang mengantuk terhoyong-hayang, tak kira indah pelangi petang mahupun sebak lembayung senja berbalam bayang. Kita manusia adalah hamba hanya mampu untuk menilai tetapanNya hanya mampu melihat keindahan ciptaanNya dan hanya mampu mengenang peristiwa yang kekal bersamaNya. Semoga segala kenangan itu, tidak kira berapa lama ianya telah berlalu, tidak berganjak dari akalku tidak kira betapa sedih rasaku, masih ianya kekal disitu tidak kira betapa cepatnya ditelan waktu, namun itulah ceritera hidupku tidak kira betapa cerianya diwaktu itu, namun segalanya tetap berlalu tidak kira betapa fokusnya mataku disitu, namun semakin pudar pandangan mataku tidak kira siapa tubuh berdirinya aku, namun itulah kisah asal diriku. Salam Ulangtahun buat sahabatku... bi...

ke mana tumpahnya kuah...

Setelah sekian lama tidak menulis terus dari hati... (jumpa kesempatan untuk berkarya, terus memblog tanpa skrip) aku kembali untuk ke hobi lama.. iaitu berkongsi pendapat. (hampir sahaja aku menulis berkongsi pendapatan.. akakakak). Guruku pernah berkata bahawa setiap pendapat itu tiada kesalahannya melainkan ianya hanya bertentangan atau sekadar kebetulannya sama ataupun pihak yang menerima hanya mampu menganggukkan kepala tanda tiada apa-apa hujah yang boleh diperkatakan kereana kekurangan bahan biacara. Aku memang begitu.. tidak sesekali berkata sesuatu fakta secara lurus. Kelingkingnya pasti akan berkait. Bersempena hari guru yang heboh diperkatakan setiap kali bulan Mei menjelma dikalendar gregorian, aku turut serta untuk menyibuk memberitahu anda akan ideaku yang ternyata berlawanan. Guru dimasa ini bagiku tidak banyak bezanya dalam memainkan peranan dalam membina sahsiah pelajar. Aku masih ingat penolong kanan Stowell dulu... setiap kali bercerita dengan kami, pastinya a...

Peranan anda sebagai BAPA

Anak tunggal slalunye lambat cakap.  errpp.. Yan Gemok cakap masa bilaa aaa....??? lupa plak aku Anak pompuan ckp byk 3 kali daripada lelaki Hah... ini betul.. Ein cakap sampai ngigau memalam. Bermain dgn anak2 meningkatkan kegembiraan emosi mereka betulll... "Erman gembira bila abah cuti.... " reaksi spontan  Anak lelaki suke fizikal touch dgn bapak. Main ultramen, pergi padang.Klu anak lelaki x dpt fizikal touch die akan suke bergaduh dgn adik2 .. memang Erman suka main lawan-lawan.. tapi dia jejaka penyayang dengan Merah  Interaksi antara ibu bapa dan anak dgn bermain akan membina bonding antara anak dan parent. ..mmm.. teknik rebonding ker nih?   Anak2 pun stress sbb x keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah. fuhh.. betul dik non. Aku akan stress bila bebudak nih stress.. oleh itu aku kluar jerr tunggu Eisya balik tusyen.. abeh ilang stress Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (ve...

Kisah Jumaatku setelah sekian lama tidak menulis

Imej
Jumaat yang lepas, seperti biasa kunjungan kami ke Masjid Al Huda selepas tergesa-gesa mencungkil-cungkil dengan lidah kerana sisa ayam goreng ala KFC Pak Omar masih bertepek digigi. Haji Zahari sering mengingatkan kami bahawa mentari kini semakin awal tergelincir ke sebelah barat sejak akhir-akhir ini. Tak sempat menjamah pisang, azan telah berkumandang. Bersama Merah dibawah pohonan ceri Khatib jemputan dengan nada suara yang kurang berintonasi, membaca skripnya dengan agak terganggu mungkin dek keterbatasan penglihatan pada jarak dekat, menjadikan mataku semakin kecil digantungi syaitan. Sedikit sebanyak beliau memberikan peringatan tentang peri pentingnya seorang lelaki menjadi ketua keluarga dan sebagai pencari rezeki untuk menampung keluarganya dan khuatir akan menjerumuskan kelembah kehinaan sekiranya sang suami hanya duduk riang dirumah sementara isterinya keluar mencari nafkah untuk keluarga. Terkenang aku akan kisah seorang kenalan yang berkelana ke sini sana mencari...

Belah mulut atau bertahnik Nureizatul Tasmira

Imej
Hari Sabtu 1 September yang lalu aku berjaya menyempurnakan kenduri Aqiqah untuk Tasmira di rumah mak di Bandar Perda. Kambing kubeli dari Pak Lang ZAMMAS dari baka Feral Australia. Shariman, Awok , Ibu Fizah dan Mamalina punya hasil tangan.  Daging dan tulang yang kecil dikurmakan dan selebihnya disup untuk hidangan kenduri. Disamping itu ada juga ayam masak merah untuk mereka yang tak makan kambing. Ein meneman Mira dan Nendanya bersedia untuk ditahnik Tepat jam 12, Ustaz Hafiz dan Pan Ndak Haji Mat Isa memulakan tahlil dan juga tahnik dilakukan. Aku masih juga mengharapkan agak Haji Hamzah untuk menyempurnakan tahnik ini dan Alhamdulillah dia hadir kemudiannya untuk menyempurnakan tahnik. Semoga berkat doanya, Mira akan diberkati Allah hidupnya. Ustaz Hamzah Jaafar Mudir SAR  Ahmadiyyah Al Ijtimaqiyyah Padang Lalang Bersama Ustaz Hafiz Aku sediakan buah kurma, madu dan air zam-zam untuk disapukan di langit-langit bayi sebagai makanan pertama selain sus...

Mentari merah diufuk timur...

Imej
En  Rosdi sedang menilik orkid ..ada yang tertinggal setelah terbenam mentari ada yang tertinggal setelah kering air dikali Alam telah meyakinkan kau mesti pergi kau mesti alam telah meyakinkan kau pasti kembali bagai yang telah dijanjikan Illahi... ada yang tertinggal setelah musnah semua mimpi. Aku & Nanang bicara tentang apa yang tertinggal... sedih ingin ku nyatakan disini.... setelah sekian lama peristiwa ini terjadi kini ianya berulang kembali. Dimana pohon yang ku pupuk dan kubaja membuahkan hasilnya... walaupun ada buah yang manis harum baunya.. ada yang masam terpejam-pejamkan mata dan ada juga yang degil.. setelah cukup umurnya namun masih tidak mahu matang-matang jua.... menjelang akhir minggu ini.. pohonku ku yang rendang berbuah... membunga dan harum baunya harus dipangkas dahan-dahannya... 2 dahan tua harus dibuang.. dan satu ranting baru hendak dicantas. Ikutkan hati aku yang menanam... tak ingin lagi aku disitu namun yang memberikan baja dan ...

Pernahkah perkara ini bermain difikiran?

Imej
Awalnya aku bermati-matian belajar disekolah untuk masuk ke Universiti Eisya & rakan-rakan sekolahnya Eisya&Nurul Seterusnya aku bermati-matian lagi menamatkan pengajian di U untuk mula berkerja Lalu aku berkerja bermati-matian untuk mempunyai kereta, rumah dan keluarga sendiri EinNadira Setelah berkahwin aku berusaha bermati-matian untuk mempunyai anak-anak yang comel Eizatul Tasmira Dari situ aku bermati-matian menjaga mereka sehingga semuanya tamat belajar untuk aku bersara ErmanUltra Setelah bersara, baru aku tahu bahawa aku sudah mula keletihan untuk kembali menikmati kehidupan Adakah perkara ini pernah bermain di fikiran??? Aku perlu hidup untuk 20 tahun lagi bagi melihat anak-anak aku dewasa... sempatkah aku.