Catatan

Melantun dibawah sedar

Imej
bouncing... melantun aku dibuai duniawi. Bila aku memulakan tajuk entri aku pada hari ni... aku begitu teruja sekali. Walaupun bermula dengan subzero, aku yakin aku mampu untuk menukilkan sesuatu di dalam keterbatasan masa ini. Buruh kanak-kanak Cicit opah kait rambutan Ultraman erman BooneNyawak reflection Dulu... aku pernah melaluinya. treingat dizaman sekolah dulu. Aku diberikan tajuk untuk diperbahaskan diatas pentas dimana ramai yang akan menilai kebolehanku. Begitu ramai yang merasakan mereka lebih layak dari ku dan masih tertanya-tanya mengapa aku terpilih? Sesungguhnya, aku pun pelik jugak, kenapa aku dipilih untuk mengutarakan pendapat, berhujah dan bercakap untuk mempengaruhi audiens sedangkan, aku sendiri tidak dapat meyakinkan diriku untuk memikul tanggungjawab itu. Namun, sebaik sahaja gendang dipalu, aku terus terjun ke gelanggang.. entah dipelawa atau diterjah masuk aku kurang periksa. Namun langkahku tak sumbang... tarianku tak mengecewakan... dan ren...

Mak...

Imej
Mak, pesanan dan nasihatmu sentiasa bergema di dalam hati ini lagu dengan irama yang sama terus bersahut-sahutan sebagai pedomanku disepanjang perjalanan. Ummi, mak ibu mama.... Mak, Anakmu ini sudah semakin dewasa semakin terasa akan perpisahan yang bakal menjelma percayalah, segagah manapun hati anakmu ini  beliau masih perlukan belaian manjamu.... Mak, doakan aku berjaya di dunia dan akhiratku...

Bila tersingkap tabir 2012....

Menjengah kita ke tahun baru hijrah 1433H diekori rapat dengan tahun baru masehi 2012... maka semakin aku, engkau dan kita semua menghampiri ke suatu garisan keramat garisan penamat. garisan perpisahan dengan yang tersayang garisan pemisah dengan dunia kesihatan garisan penghabisan dengan dunia kebudak-budakan garisan terakhir bagi sebuah kehidupan gemilang Hujung minggu aku melawat opah... semakin hari bongkoknya semakin ketara. Tidak mampu lagi untuk berdiri tegak mahupun duduk dengan jangkamasa yang lama.... Semakin hari nikmat Allah ditarik secebis demi secebis.... di kala itu rindu terasa amat mencengkam rindukan masa yang sihat riang berloncatan rindukan masa yang lapang untuk menabur bakti kebajikan rindukan masa muda belia ceria bergaya rindukan masa kaya dengan cita-cita dan... rindu ini semakin ketara bila kita berada di penghujung nyawa. Setiap Jumaat, aku sedekahkan bacaan Yaasin dan juga tahlil kepada junjungan besar Muhammad Rasulullah saw termasuk roh pa...

My first masterpiece with 600D + Sigma 50mm

Imej

Leteran Q411ku....

Imej
Setelah sekian lamanya aku tidak berleter kepada juak-juakku... minggu lepas aku diseru untuk memberikan leteran ini semula. Lama juaga aku mengambil masa untuk memikirkan kaedah terbaik dalam menarik rambut yang bergumpalan di dalam tepung agar rambut tak putus dan tepung tidak berselerakan.... Seronok Kataku sebagai pemimpin, aku berasa pedih setiap kali juakku dimarahi  oleh mereka-mereka yang kurang berterimakasih. Namun haruslah kita akui bersama... walau setinggi mana pun keahlian kita dalam bidang teknikal... kita masih lagi bekerja sesama manusia. Dan yang penting bila berada sesama manusia ini adalah komunikasi. Pernah dulu dalam pasukanku... ada seorang yang begitu pakar dalam bidang teknikal. Tiada apa yang harus dibimbangi bilamana dia hadir... namun, sekiranya beliau berunding terus dengan pengguna mesti ada hati yang terluka. Pasti ada yang begitu emosional melaporkan kepadaku tentang kata-kata sarkastik yang keluar dari mulutnya. Aku ini ibaratkan seorang clea...

Kenapa aku perlu ke sekolah?

Imej
Soalan yang terbaik pernah aku terfikirkan bilamana musim persekolahan bakal bermula tak sampai sebulan dari tarikh hari ini. Perlukah seorang manusia itu dimasukkan ke sekolah formal atau semi formal seawal umur 3 hingga 5 tahun? Apakah mereka yang bermula prasekolah pada umur 6 tahun akan menjadi tercicir dalam pelajaran? Sukarkah seorang manusia itu untuk survive seandainya tidak dapat masuk ke alam persekolahan seawal umur 4 tahun? Ein dengan pistol buih sabunnya di pesta Pulau Pinang 2011 Adakah akan sampai suatu hari nanti anak yang dilahirkan mungkin akan terus menjalani latihan khusus untuk belajar berdikari.. bertatih, berjalan dan seterusnya berlari. Kerana ibubapa begitu takut anaknya nanti dikatakan itu ini tak reti kerana tidak dimasukkan ke sekolah seawal umur sehari. Bersama hadiah kemengan di Pesta Sains PISA 2011 Apakah niat sebenar penaja atau pemilik taman asuhan dalam merencanakan syllabus pra persekolahan? Ingin memajukan bangsa ataupun Ing...

Amalan-amalan ketika mengandung

Imej
Setiap kali orang berpergian ke Tanah Suci menunaikan haji, aku sering mengirimi salam ku kepada Rasullulah saw seandainya mereka berkesempatan untuk menziarahi makam baginda. Dan pintaku, doakanlah diriku dihadapan kaabah agar beroleh rezeki untuk menjadi tetamunya suatu masa kelak dan biasanya saudara rapatku ini akan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan juga keberkatan rezeki dihari muka. Semua teruja dengan kehadiran baby dalam kandungan ibu Dan rezekiku Alhamdulilah akan bertambah lagi tahun ini. Seandainya rahmat Allah berlanjutan, kami sekeluarga akan bakal menimang cahayamata tahun 2012. InsyaAllah... dan sebagai peringatan kepadaku, dan juga keluargaku tentang perihal amalan harian ketika mengandung... aku kongsikan bersama disini. Sebaiknya untuk ibu mengandung surah yang afdal diperdengarkan kepada janin ketika di dalam kandungan dan juga amalan-amalan pilihan antaranya: 1:Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan 2:Sentiasa men...