Catatan

ココにいるよ! Koko Ni Iru Yo

Imej
Sepanjang hidup kita yang singkat ini.... berapa kali kita pernah jatuh? Soalan yang baik namun jawapan yang sukar... Tak terkiralah banyaknya... sebab tak sempat nak kira. Malah kalau pun ada orang yang kira berapa kali dia jatuh disepanjang hidupnya.. mesti dia orang istimewa kerana  tak ramai orang yang tergamak nak melakukan kerja-kerja gila seperti itu. Tidak kira betapa teruk kejatuhan itu, hanya mereka yang pernah mengalaminya faham akan kejanggalan, kesedihan, kesakitan, keraguan, kepedihan, keperitan dan kemaluan... errpp... i mean keaiban yang dirasai. Namun percayalah, sebaik sahaja kita berupaya untuk bagun semula dan pantas berlari... rasa itu berganti dengan seribu kemanisan yang tidak terperi. Aku terbayangkan kecewa hati quartet 4x100m bila pelari akhirnya terjatuhkan batton disaat mereka mendahului. Jeritan batinku Mungkin jatuh itu adalah biasa bagi kita untuk membanding, namun mungkin itulah yang paling teruk bagi sipolan.  Pernah dengar cerita ...

Aku maafkan kamu....

Imej
Aku minta maaf di atas segala perbuatanku. Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan Jamal Abdillah: Ada teratak di hujung kampung Bawah cermin kopak ada kotak Tersembunyi dalamnya ada tempurung Sembunyi bawahnya katak melalak Malique: Atur sepuluh daktil batal yang batil Detik dua usul ditutup satu lagi tampil Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil Minta diisolasi dari dalil busuk jahil Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni Mana cepat terbang atau warna gelang tangan Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan Halusinasi susuli ketandusan ihsan Ubat parut auditori kesan artileri insan Gagal dikesan Jamal Abdillah: Aku maafkan kamu Tak perlu kita bertemu Cukup kau tahu Yang aku Maafkan kamu Tolong teruskan hidup Jangan sebut namaku Malique: Timbul tenggelam, timbul tenggelam Acapkali terpendam, acapkali tersergam Cermin muka kopak penuh bintik hi...

Harga seorang teman....

Imej
Kawan, sahabat, handai, taulan mahupun teman yang dikurniakan kepada kita adalah sangat berharga. Sampai ke tahap tiada yang sanggup untuk meletakkan tanda harga kepada setiap persabahatan yang dipunyainya. Sahabat setia teman berduka... namun tidak dinafikan ribuan teman ketawa juga berkeliaran disini sana. Terbang bertebaran bagaikan rerama mengerumuni manisan. Manusia itu fitrah nalurinya terlalu ingin untuk bersahabat. Tak kira bentuk dan rupa... warna kulit mahupun jantina. Teman ini merupakan carian utama manusia. Oleh itu tiada kuasa untuk menghalang diri mangsa dari didekati oleh pemangsa. Rerama dihujung jemari Jika anda mempunyai teman untuk berbual, mengisi masa lapang dihujung minggu dan juga untuk meluahkan perasaan ketidahpuasan hati, berkongsi kegembiraan dan juga meminta pendapat, anda seharusnya bersyukur kerana tidak semua insan didunia ini memperolehi kesempatan yang sama. Berikutan dengan permasalahan ini jugalah laman soSIAL medapat tempat. TAGGED, TWITTER...

Do or Do Not... There is no try!

Imej
Sebenarnya, manusia ini bertendensi untuk menurut aliran... maksudku... dalam menentukan kehidupan ini, kita sering mengikut sahaja apa yang disuapkan kepada kita. Bagaikan dedaunan yang jatuh ke dalam longkang selepas hujan. Masa sekolah rendah (STOWELL BM) aku sering berteduh ditepi rumah nyonya  kat Taman Bukit bila hujan lebat. Aku tak boleh lari jauh kerana keterbatasan pergerakan. Asyik sungguh nengokkan deruan air menelusuri longkang ditepi rumah... EisyaSalwa Aliran yang laju membawa kemana sahaja daunan itu tanpa diketahui arah tuju dan juga persinggahan. Air yang mengalir laju itu ada matlamatnya, iaitu bergerak pada kelajuan graviti dan juga tenaga inersia yang berjujukan hasil dari pergerakan molekul air yang pertama dan juga hubungan kovalen sesama sendiri. Pada dasarnya, pergerakan ini bermula dari kawasan tinggi ke permukaan rendah yang mana rintangannya adalah yang paling kurang. Bagaimana pula dedaun yang hanyut itu...???? bolehkah ianya menuju matlamat sendir...

Belajar ABC dizaman ini....

Imej

Aidil Adha yang pertama dalam hidupku.....

Imej
Selama hidupku didunia ini, inilah pertama kalinya aku menunaikan solat sunat aidil adha diluar Masjid Padang Lalang. Aku semakin dapat menerima bahawa kini aku bukan lagi warga Padang Lalang. Aku telah semakin dilupakan dan terusir keluar dari keahlian disitu. Kali pertama menjejakkan kaki di Masjid SPT yang tersergam indah itu... Ein Nadira kini dah pandai membaca Buat pertama kali juga Ein mengikut aku menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda bersama Eisya, Ibu, Emak dan Ummi abang. Pertama kali juga aku dengar siak memberikan ucapan aluan sebelum azan dilaungkan. Beliau berterimakasih kepada semua hadirin yang memilih untuk menunaikan solat di masjid itu. Pelik bunyinya.... Mungkin aku tak biasa dalam acara memakmurkan masjid dengan kaedah pemasaran global ini. Semakin menghampiri CLOUD COMPUTING jer bunyinya. Kak Eisya Namun masih nampak banyak orang luar negara (Bangla) dan juga ramai student luar... bersembang de...

Ashiteru - I love you

Imej
Kekadang aku rasa kita sepatutnya belajar gaak bahasa asing nieh. Dan yang aku biasa dengar, orang nih cepat betul belajar bahasa asing untuk perkataan lucah dan mencarut. Mungkin untuk mengelakkan kita kena maki ngan orang tapi kita senyum balik kat dia plakk... hmm kekadang idea kutu berahak nih betul gaak. hmm ni aku lampirkan bahasa dunia untuk ucapan yang biasa kita ucapkan.... selamat berbahasa. Bahasa pertama manusia adalah senyum dan tangis untuk 2 benda berbeza. TERIMA KASIH DALAM BERBAGAI BAHSA DUNIA 1. Bahasa Inggris : Thank You, Thanks, Thank You Very Much 2. Bahasa Prancis : Merci, Merci beaucoup 3. Bahasa Jerman : Danke 4. Bahasa Spanyol : Gracias 5. Bahasa Jepang : Arigato, Arigato Gozaimasu, Arigato Gozaimashita 6. Bahasa Belanda : Dank Je 7. Bahasa Italia : Grazie 8. Bahasa Portugis : Obrigado 9. Bahasa Korea : Gamsa-hamnida 10. Bahasa Mandarin : Xie-xie 11. Bahasa Arab : Syukron 12. Bahasa Ibrani : Toda 13. Bahasa Afrika : Dankie, Baie Dankie ...