Catatan

Akad nikah diikuti dengan hari keluarga....

Imej
Akad nikah Herri diikuti dengan acara hari keluarga di MarinaCove Teluk batik. Pengalaman yang sungguh memenatkan! Jururiuh acara Aku serius dalam getaran He is now my man... not a supervisor but a leader. Barisan saksi, wali, lelaki, perempuan selepas acara ijab dan qabul... yang tak nampak, mas kahwin jerrr.... Aku nikahkan dikau... aku menikahkan dikau... aaa.. aaa... ram ram pisang, pisang masak layu, nenek jatuh lubang disambut bapaknan... Gabra bukan sahaja kat pengantin lelaki... bapak mertua yang ndak menikahkan anaknya ponn takut tersasul gaak... .. dah abih kukucilkan yang boleh dikucilkan. bergaya disaat akhir bergelar bujang kopek kerang ada cincin... at this moment.... i'm still single! senyuman gubra geng mat kacau...!!!

Semalam... tidurku bermimpi tidur

Imej
Kata orang.. mimpi itu mainan tidur. Itu kata-kata orang yang tak berani untuk mengulas asal kejadian mimpi. Dengan culasnya, mereka memutar-belitkan kenyataan yang tak boleh dijawab itu dengan suatu ayat ringkas yang nampak simple tapi sebenarnya complex. Biasa laaa.. manusia nih kalau diutarakan dengan suatu persoalan yang diluar batas kemampuannya untuk berfikir, tendensi untuk diam adalah sangat tinggi... persoalan utama akan dilupakan kerana sibuk memproses data baru yang diterima dan bertemu deadend. TERKENDON ! Dulu, zaman add maths merupakan kegemaran, aku sering mulakan ayat.. "Ohh... addmath.. ianya adalah permainan dewa-dewa" setiap kali member sekole dok tanya soklan.... sebenarnya math adalah suatu teka-teki yang mudah. Setiap kali pensyarah menyediakan soalan, mereka sebenarnya sedang bermain dengan prosa ayat, senario dan nombor. Itu sahaja yang diubah-ubah untuk membentuk suatu keadaan yang penuh dengan muslihat. Kalau dah faham, tiada apa yang boleh menyes...

Giraffe Slaughterman....

Imej
Penah di persoalkan tak... kalau ndak sembelih zirafah, nak potong kat mana??? Zirafah makan daun dan tak gunakan kuku atau taringnya untuk memburu makanan dan bukan hidup dua alam... halal dimakan gamaknye kann... tapi camana ndak sembelih minatang nih... kena baringkan ngadap kiblat or kena panjat pokok untuk capai urat marih dia yang tinggi melayut....  susah gaak tu Memandangkan lehernya yang begitu jinjang, nak potong kat mana??? paling hampir dengan mulut or paling bawah dekat kaki depan... or tengah-tengah??? muka sebelum kahwin... akakakak Tapi, mamat dalam gambar nih nak buat rumah terbuka sembelih zirafah pasal rumah dia dekat ngan zoo Tepeng. menurut dia yang pakar tentang hidupan liar... kena sembelih kat tengkuk yang paling bawah sekali. ko sembelih gajah plakk... potong kat belalai dah memadai.... akakakakaka.... ko sesapa singgah rumah dia make sure tiada hidangan daging aaa... esp kalau korang ada allergic ngan daging zirafah or daging gajah... Farizal - The gi...

Musim bergalang ganti, aku masih disitu...

Imej
Musim berlalu, pantai berubah, kehidupan berlaku dan sejarah terpahat. Malu untuk aku katakan aku masih tercongok di situ, tak berubah.... anak-anak kecil yang dulu aku dukung dan cium... kini dah besar panjang, menjadi anak dara yang manis ayu.... baby yang dulu kuhayunkan dibuaian kini semakin menjadi teruna yang kacak dan berkarisma dan kian menandingi aku dan ada kalanya menyisih aku keluar dari kisah hidupnya... dimana aku??? Aku masih seperti yang dulu... menunggumu sampai akhir hidupku kesetiaanku tak luntur hati rela berkorban demi keutuhan kau dan aku... Dulu aku sedikit hairan dengan kenyataan sahabatku... kakaknya tidak berkahwin sehingga ke tua kerana ingin menjaga adik-adiknya sejak kembalinya ibu ke rahmatullah... aku rasa, begitu lamanya waktu merangkak, mengapa sang kakak masih setia untuk korbankan kehidupannya demi orang lain? Kini aku dah ada jawapanya... sebenarnya semua berlaku dibawah sedar. Pagi ini bermula dengan tengaharinya telah dapat ditafsirkan da...

Salam Aidulfitri buat semua dari kami sekeluarga...

Imej
Pagi nih, 25 Ramadan... sedang asyik muhasabah diri aku mula berfikir tentang kasih sayang. Itulah ungkapan keramat yang sebenarnya tiada dapat dimengertikan oleh semua manusia selama mana mereka menikmatinya. Kufur nikmat kata ulama.... Aku semakin tak tertahan melihatkan keletah anakku yang semakin hari semakin menunjukkan perangai yang diwarisi dari aku masa kecik dulu. Kasar dan perengus bila berbicara dengan ibu... masa sahur tadi aku katakan pada Eisya.. perangai yang dipamerkan olehnya itu saling tak tumpah dengan apa yang pernah aku lakukan terhadap mak dizaman sekolah dulu. Kalau nak ke sekolah, cari stokin sendiri dalam almari... abis aku punggah semuanya... kerana pada aku, attitude ini akan membuatkan mak nyesal kerana nyuruh aku ambil sendiri next time...!!! That is exactly what is happening. Masa tu.. at any point of time, i wanna grap her attention towards me without knowing that she is trying to grown me up into a proper shape. Aku kira... dalam hidup ni.. 2 kali ...

Mengamuk... pasaipa?

Imej
Terbaca olehku akan berita sedih yang menimpa 2 beradik... dimana bapa yang mngamuk menetak mereka sekeluarga... membunuh ibunya dan mencederakan anggota badan dan jiwa anak-anaknya... dan dalam keadaan begitu... siapa yang harus diharapkan.... kerana yang mengamuk... bapanya. Yang ditetak, ibunya... dan yang menanggungnya pula anak-anaknya... bila 2 ekor gajah bergaduh.. mangsanya ialah anak-anak. "Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera  di bahagian badan s erta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya. Inilah yang ditakdirkan berlaku kepada Najihan dan Nazuwa. Menyaksikan sendiri bagaimana mereka menjadi yatim p...

Berhujung minggu di KPJ... dugaan Ramadan.

Semalam, pagiku yang sering disapa mesra Ein dan Erman menjadi agak gempar.... Ein yang diyakini tidak pernah menghadapi masalah pernafasan pagi itu nampaknya begitu letih untuk bernafas. Tercungap-cungap dan ternyata beliau amat letih dalam mengatur ritma-ritma pernafasannya seperti biasa. AKu semakin resah, Raja membawanya berjumpa Dr Cheam dan diberikan oksigen, dia tidur namun ianya berulang menjelang tengahari. Aku ke sana lagi dan akhirnya dengan surat rujukan, kami menuju ke KPJ berjumpa dengan Dr Shahbodin. Semalam, aku berbuka di rumah mak, sedangkan Rajaku bersama Ein. Malam, lepas terawih aku gunakan kaedah kereta besar mendapat keutamaan, aku bawakan nasi sahur untuk ibu dan Ein....kami lepak sampai hampir jam duabelas sebelum pulang. Aku masak nasi dan tumiskan sotong untuk juadah bersahur aku dan Eisya. Episod duka ku bermula jam 2:30am bila Erman batuk dan muntah, aku wash dia... ada cicak plakk... dia mintak aku ketuk cicak tu... so terpaksa lerr aku jadik hero walaup...