Catatan

Dan Syaaban pun melabuhkan tirainya...

Imej
syahdu, gembira , sebak dan terharu... segalanya bergelojak di fikiran ku... Senja hari ini akan melabuhkan tirai dan secara rukyahnya, anak bulan Ramadan akan di teropong dibeberapa tempat seperti Pantai Acheh, Teluk Kemang... dan seterusnya pemegang mohor besar raja-raja punn akan melakukan pengisytiharan tarikh permulaan puasa bagi Malaysia di malamnya. Setiap insan pasti merasa Saat perpisahan terakhir dunia yang fana akan ditinggalkan hanya amalan yang dibawa Terdengar sayu surah dibaca Sayunya alunan suara cemas di dada lemah tak bermaya terbuka hijab didepan mata selamat tinggal pada semua berpisah kita selamanya kita tak sama nasib disana baik atau sebaliknya sekujur badan berselimut putih rebah bersemadi sendiri mengharap kasih anak dan isteri apakah mungkin pahala dikirim terbaring sempit seluas pusara soal bicaa terus bermula sesal dan insaf tak berguna lagi hancurlah jasad dimamah bumi berpisah sudah segalaya yang tinggal hanyalah kenangan diiring doa dan air mata yang perg...

Sketsa Hyderabad....

Imej
Biasa mendengar sketsa ini? Bila terjadinya sesuatu perkara... yang berlaku tetap akan berlaku, tidak bertangguh dan perlaksanaannya tuntas ataupon complete. Namun disebalik kejadian itu, pelbagai reaksi manusia terpapar untuk di fikirkan. Apakah aku perlu begitu, atau sebaliknya begini sahaja atau mungkin juga kombinasi begini dan begitu... dannnn manusia, sebagaimana biasa suka akan sesusatu yang lebih kompleks akan menangkup keputusan begini dan begitu mengikutan peratusan 50-50 atau 60-40 dan sebagainya...Yang dipersoalkan yang manakah yang terbaik? Lihat sahaja keputusan Badminton terbuka Hyderabad, India. skuad double wanita yang paling utama mengikut ranking IBF.. kita tewas mudah ditangan pasangan Jepun *yang dilatih oleh park-Joo Bong. Wartawan begitu kejam sekali memaparkan suatu tajuk sukan "Tewas Mudah" atau "Kecundang di gelanggang lawan" atau Jaguh yang tersungkur etc etc...dan seterusnya bila Chong Wei tak sempat bertemu Lin Dan di acara akhir.... taj...

erti sebuah kemerdekaan...

Imej
"Apa hak kamu memperhambakan manusia yang dilahirkan merdeka...."Kata-kata sahabat rasullulah saw ini sangat mendalam ertinya kepadaku. Entah mengapa... dejavu atau apa... aku rasa seperti pernah berada di dalam keadaan itu. Sekiranya terjadi sebegitu kat aku... aku akan begitu pasrah...tak tahu ndak kata apa.. namun aku bersyukur kini kerana aku tidak diduga sedemikian rupa. Pernah tak rasa camana orang-orang yang kamu sayangi berada di sebalik dinding cermin dan tak boleh bersentuhan secara fizikal... berjumpa bertentangan mata namun berkata menerusi telefon cuma.. tanpa pembelaan sewajarnya... tanpa dibicara dan dipenjarakan tanpa diketahui tempoh panjang masanya. Tersepuk seharian dipojokan itu... terkenang-kenang akan aktiviti harian dikala hidup bebas.. terus-terusan mengira-ngira masa berlalu kerna itulah sahaja yang boleh dihitung. Masa depan ternyata tiada yang dapat dijelaskan... kabur.. kelam berjerebu! Bagi mereka yang membuat keputusan, atas dasar apakah yang tak...

Ceplos... the real!

Imej
Hantu... mana hantu Ada hantu... mana..mana. Lagu ceplos... Ein memula akan buat aksi takut yang melampau.. lompat ke arah ibu or sesapa yang terdekat bila dengar lagu intro... tapi bila sampai ceplos menari... tarian dia lebih ganas lagi...Erman plak.. siap buat-buat bunyi hantu gelak.. AAaaaaa..aak...akk..aaaa...! tapi bagi akak Eisya plakk, takut lelebih la plakk.. tuh yang kekadang aku marah bila dia ndak tengok citer seram kat tv. Cakap pasal antu... unjung minggu lepas balik rumah mak, malam tuh pak lah ngan member ustaz dia ndak pi Bt Maung untuk keje-keje ghostbustering... aku tingin ndak ngikut tapi takut plakk ko berlarutan hingga ke tengah malam... or ada ghost sesat numpang aku balik... akakakakak Ceritanya berat gaak... sorang tua dikampung tuh pulang ke rumah setelah seminggu kematiannya. Ramai yang nampak dia ngutip ulam-ulaman disekitar rumah, anak cucu pon terserempak beberapa kali di dalam rumah etc... seram gaak kan.... Hired Ghostbuster quoted RM200 per house visite...

Kembali ke pangkuanNya...

Imej
Mungkin malaysia kini sedang dilanda kesedihan kerana kehilangan seorang karyawan bertaraf dunia. Media Elektronik pagi tadi turut berusaha memuramkan suasana yang entah mungkin bagiku kerana perlunya kedua-dua host berbuat demikian adalah kerana kehadiran CEO mereka ke majlis tersebut dan turut membuat komen buat si polan ini...Terlalu dibuat-buat kesedihan untuk... hmmm itulah dia cara untuk naik pangkat... sentiasa menari mengikut rentak tarian Boss kalian... sedangkan Boss dia sendiri kagum dengan kenyataan bahawa "Rezeki Allah yang tentukan... bukan manusia" Pelik dan berbelit lidah manusia nih kannn... Aku turut terpanggil untuk menulis tentang peristiwa ini bukan kerana aku penulis pojok majalah hiburan namun aku berusaha menyuarakan ketidakpuasan hatiku dengan idea-idea yang dibawakan ke tengah masyarakat oleh si polan nih di dalam filem-filemnya.... Jauh sekali aku membenci perwatanakannya, coretan ku ini based merely on her idea on Islam. antaranya yang sempat aku ...

Datuk Noerman Radzikin bin Suhaimi

Imej
Coretanku hari ini adalah berkenaan penganugerahan pangkat Datuk Noerman Radzikin. Hmmm.. sebagai ayah kepada Erman nih, berhaklah rasanya untuk aku turut merasa bangga... penganugerahan ini bertempat di Bukit Mertajam dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah. Anugerah Datuk Noerman Radzikin diberikan kepada Haji Basir bin Basimin pada 14 Julai 2008. Dan pada tarikh itu, aku juga mendapat pengiktirafan sebagai wali keramat bergelar Abah. Hmmm menarik kann... dari susunan ayat dan tajuk... begitu membesarkan mata sesapa yang membacanya.. terutama kepada yang berkenaan... esp yang mengejar pangkat di dunia... :) Citer sebenarnya ialah... pada tarikh ini, Erman genap setahun mengikut kalendar gregorian. Hadir dia begitu aku tunggu-tunggu. Pejam celik jerr dah setahun... banyak istimewanya budak nih... first of all... dia ada totemon... akakakakak komen pertama Eisya bila aku bawa balik Erman ke rumah ialah... "pasai apa totemon dia hitam abah... tu yang tak syiok.." aaaaa...

PPSMI dibubarkan 2012...

Imej
PPSMI - Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akhirnya akur dengan desakan masyarakat yang inginkan ianya diteruskan dalam bahasa ibunda yang jelas tidak mengurangkan kefahaman pengajar dan pelajar. Terbayang depan mataku camana bangganya A Samad Said bila perjuangan bahasanya akhirnya berjaya. Itulah berita agak panas yang disiarkan semalam. Setelah 6 tahun bermula dan dijangka akan ditamatkan pada tahun 2012. Rasanya kalau dibuatkan satu sekolah aliran Inggeris lebih baik... back to the previuos years... sekolah aliran Inggeris or sekolah aliran Melayu...untuk yang berminat... masukkan ke sekolah tuh dan yang tak berminat, stay status quo... baru leh nampak perbandingan apple-to-apple... Ntah lerr bagi korang... namun bagiku, kalau setakat bersandarkan PPSMI untuk memajukan bahasa Inggeris di kalangan pelajar luar bandar, jelas idea yang dangkal. Sains dan matematik sebenarnya tidak memerlukan bahasa berbunga-bunga kerana ianya lebih kepada teknikal. N...